Bercerita tentang "Pandangan"
Sudah agak lama photo ini dalam simpanan Am, photo awan yang begitu cerah dan memancar, susah nak lihat awan begini sekarang ni. Sementara tunggu photo-photo yang menarik dihasilkan, keluarkan dulu semua photo yang dalam simpanan Am Hari ini cerita tentang "Pandangan" seseorang, memang sukar untuk kita mencari seseorang yang sama pandangan dengan kita dalam sesuatu benda, sahabat baik pun kadang kala memberikan pendapat yang berbeza dalam sesuatu benda itu. Contoh terdekat ialah bila pengunjung melihat blog Am ini. Pengunjung 1: Blog ini hitam sangat dan kurang menarik Mungkin ini pandangan mereka terhadap blog Am dan mungkin banyak lagi pandangan terhadap blog Am. Setiap pengunjung ada pandangan mereka sendiri, salah atau betul pandangan mereka adalah cerita lain, Am terima atau tidak pandangan itu juga adalah cerita yang lain TAPI yang paling penting ialah Am perlu menghormati pandangan mereka kerana mereka memberi pandangan dari satu sudut yang berbeza, sudut yang Am sendiri tak terfikir. Begitu juga dalam benda-benda lain, kadang kala kita cepat panas bila orang lain memberikan pendapat berbeza dengan kita hingga kita terlupa berbeza pendapat itulah yang membuatkan kita terfikir untuk berbahas dan ini akan menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Sesuatu yang Am perasan ialah ramai sangat orang kita yang membelakangan pandangan mereka hanya kerana ingin menjaga hati orang lain ataupun terpengaruh dengan pandangan orang lain. Secara peribadi bagi biarlah kita berpegang teguh dengan pandangan kita sendiri bila kita pasti pandangan kita itu betul, jangan bimbang bukan semua orang itu betul dan bukan semua yang kita kata itu salah.
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Pandangan""