Bercerita tentang "Berjimat"
Photo ini Am ambil dua hari lepas semasa dalam perjalanan ketempat kerja, cantik awan tu macam berlapis pula, kalaui edit dengan prgtram picasa lagi cantik awan ni kot Oh ya lupa pula, awan ini dirakamkan oleh isteri Am, biasalah Am sedang memandu semasa itu, kena tumpukan perhatian dijalan raya hehehe Semalam Am pergi makan di satu kedai tak berapa jauh dari rumah Am, rasanya baru lai pertama Am dan keluarga makan disitu, anak Am biasalah nak Milo Ais, bila milo ais tu sampai anak Am dah tanya "Air apa tu mama?" Mana tak milo aisnya punyalah cair dan warnanya dah hampir macam susu ais. Bila rasa anak Am dah reject air tu, bila Am rasa memang sah rasa macam susu ais sahaja. Malas nak komplen terus Am naik kereta dan belikan anak Am air ribene di kedai runcit berhampiran. Setahu Am kita sekarang Berjimat pada gula bukan milo, kenapalah kedekut sangat nak buat air yang sedap. Am rasa kalau sedap tentu orang akan datang lagi. Yang pastinya isteri Am dah kata itulah kali pertama dan terakhir datang situ, Am pun rasa begitu juga. Lebih baik Am pergi kedai mamak yang air milonya punyalah pekat dan sedap. Tertanya-tanya pula, kalau semua berfikiran macam Am siapa agaknya yang pergi kedai itu?. Kalau ada masa Am akan tambah lagu dalam Video diblog Am ini, mungkin Am akan tambah lagu Inggeris, bukan tak nak tambah lagu melayu, masalahnya hanya video lagu inggeris sahaja yang Am ada, nak letak video lagu Mawi takut melanggar hak cipta pula nanti, rasa-rasanya melanggar hak cipta tak?
Labels: Blog, Isu Semasa |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Berjimat""