Bercerita tentang "Banyak Perkara" 5
Photo pagi ini Am rakamkan semasa hendak pergi kerja juga, kalau photo pagi sudah tentu waktu kerja sahaja hehehe tapi Am dah lupa bila masanya Am rakamkan photo ini. Am sedang mengedit photo dari kamera canon itu untuk dipaparkan dalam blog Am nanti Semenjak dua menjak Am memang Sibuk habis, sampai nak update blog pun tak sempat, hari ini petang baru ada masa sedikit untuk buat entry baru, bulan 6, 7, 12 dan 1 memang bulan sibuk Am, banyak benda yang perlu disiapkan. Bila sibuk ni masa cepat sahaja berlalu, sekejab sahaja dah tengahari dan sekejab sahaja dah sampai waktu balik, nak mengantuk pun tak sempat hehehe. Portugal dah berjaya ke pusingan kedua Piala Dunia, gembira Am ditambah pula Portugal ke pusingan kedua dengan mata penuh (9 mata), akan bertemu pula dengan Holland pada pusingan kedua, bahaya ni tapi Am dapat rasakan Portugal akan memang. Jepun sahaja yang amat mengecewakan, tahu tak apa beza Jepun dan Korea? Korea lawan jaring gol dulu, dia mengejar dan berjaya menang dan seri tapi Jepun pula jaring gol dulu akhirnya kalah. Moralnya bagi Jepun lain kali jangan jaring gol dulu. Geram betul.... Harap-harap Korea akan berjaya kepusingan kedua pagi nanti. Oh ya bagi peminat Akademi Fantasia jangan lupa konsert akan bermula pada pukul 8.30 malam pada hari sabtu, jangan pula tunggu pukul 12.30 petang pada hari Ahad nanti, kalau tunggu juga dapat tengok Melodi ajalah jawabnya hehehe Nota Kaki: |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Banyak Perkara" 5"