Bercerita tentang "Terlambat, Tertidur dan Tertinggal"
Photo senja dalam koleksi Am, kamera Canon tu belum ada photo-photo yang menarik jadi Am paparkan photo dalam simpanan Am. Am sekarang sedang mengodek fungsi-fungsi yang ada dalam Kamera Digital Canon tu. Hari ini Terlambat sampai pejabat kerana hujan, sekarang dah mula hujan sebelah pagi, nampaknya selalulah lambat nampaknya, hujan pula punyalah lebat sampai rasanya kalau pakai baju hujan pun boleh tembus juga. Am kalau balik kerja memang Am redah sahaja tapi pasal nak pergi kerja terpaksalah tunggu dan sabar Semalam dalam perjalanan balik kerumah, nampak seorang budak sekolah Tertidur dalam bas sekolahnya, kesiahan Am tengok sudah pukul 7.00 petang tapi masih belum sampai ke rumah. Pagi pergi sekolah ugama, petang pula sekolah kebangsaan dan malam buat kerja sekolah, bilalah agaknya masa bermain dia? Semalam punyalah satu hal, asyik Tertinggal barang sahaja Am, mula-mula tertinggal beg sekolah anak Am sampai terpaksa pusing balik rumah mak mertua Am, kemudian sampai dirumah baru perasan yang kunci rumah tertinggal didalam kotak di motosikal yang di simpan dirumah mak mertua, nasib baik adik ipar Am boleh hantar, bila masuk rumah baru perasan telefon bimbit Am tertinggal dalam kereta, akhirnya diam aja dah malas nak ambil. Sebenarnya dalam hidup ini banyak yang kita tertinggal secara sengaja atau tidak, kita selalu tertinggal kawan yang kita sudah ada semasa mengejar kawan lain dan selalunya kita tertinggal ibubapa kita semasa kita mengejar kejayaan dan keselesaan hidup kita
Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Terlambat, Tertidur dan Tertinggal""