Bercerita tentang "Pilihan"
Photo awan gelap dari beranda rumah Am sebelum hujan turun dengan lebatnya, ok juga tu, hujan yang turun berjaya mengurangkan sikit jerebu yang makin menjadi-jadi. Kamera Canon Am lebih banyak berehat sekarang ini kerana kurang awan yang menarik yang hendak dirakamkan. Semalam menonton finali "Lost", biasalah episod terakhir musim ini dengan terus menambahkan lagi banyak persoalan yang masih buat penonton tertanya-tanya. Tak sabar pula Am nak tunggu sambungannya pula nanti. Apa yang Am nak ceritakan hari ini ialah watak "Michael", dia terpaksa membuat banyak perkara lain seperti membunuh dan membawa kawan-kawannya yang lain masuk perangkap kerana hendak menyelamatkan anaknya. Kalau ini terjadi dialam nyata tentu dia tertekan sangat dengan pilihan yang terpaksa dia buat. Begitulah dalam kehidupan kita ini sebenarnya, untuk mendapatkan sesuatu kita terpaksa mengorbankan sesuatu yang lain. Cuma kadang kala kita perlu tanya berbaloikah apa yang kita korbankan itu dan betulkah pilihan kita itu Nota Kaki: Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Pilihan""