Bercerita tentang "Siapa Cepat"
Satu lagi photo close-up yang Am rakamkan dengan menggunakan kamera Canon Am, Am sendiri tak tahu apa nama bunga ini, main ambil sahaja gambarnya. Photo ini Am rakamkan sama waktu dengan photo semalam, alamak dah dua photo bunga Am paparkan disini, jangan beralih dari mat awan ke mat bunga sudahlah Am ni hehehe Pagi tadi semasa pandu motor ke tempat kerja, Am dah pintas satu motor tu yang Am rasa pandu pelahan sangat, punya seronok cilok sana dan sini tiba-tiba baru Am perasan motor yang Am pintas tadi dah berada didepan Am semula. Terperanjat Am, ingat Am hebat sangat rupanya dia yang bawa dengan slow dan relax lebih hebat mencari peluang untuk cepat kepejabat. Sebenarnya, begitu jugalah dalam kehidupan kita, kadang kala kita rasa dengan ikut jalan pintas untuk mencapai kejayaan kita akan rasa kita terlalu hebat dan menjadi orang yang paling berjaya tapi hakikatnya tidak. Kalau berjaya pun banyak masalah lain yang kita bawa bersama kejayaan kita itu. Am selalu ingatkan diri Am bahawa dalam mencapai kejayaan itu ada dua jalan yang kita boleh lalui, jalan lurus yang baik dan berakhlak atau jalan bengkang bengkok yang penuh dengan niat buruk, hasad dengki dan macam-macam lagi. Secara peribadi tak berjaya bukan perkara utama kerana orang yang berjaya itu juga entah berapa kali gagal.
Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Siapa Cepat""