Bercerita tentang "Durian & Demam"
Pada siapa yang belum mengenali Am, inilah Am semasa sedang lekan merakamkan photo, photo ini Am edit menggunakan program photoshop, baru nak belajar guna heheheh. Sengaja Am beri photo, barulah misteri sikit hehehe, seperti kata Siti "Biarlah Rahsia" tapi pada sesiapa yg dah mengenali Am anggap sahaja ini sebagai gurauan pagi selasa hehehe Semalam Am beli durian, boleh tahan juga harganya, sebiji RM9.00. Takpalah rasanya pun boleh tahan juga puaslah Am makan. Kenapa Am beli durian semalam? Ini semua kerana anak Am demam, bukan apa semasa dia sihat selalu dia minta Am beli durian dan dia nak tengok Am makan durian kerana dia dan isteri Am tak makan durian. Harap-harap selepas tengok Am makan durian akan kurang demamnya nanti pasal Am rasa mana tahu dia demam pasal nak tengok Am makan durian. hehehehe Apa-apa pun Am dan isteri cukup risau sekarang, bulan ini anak Am kerap sakit, minggu lepas asmanya menyerang, minggu ini pula demam, mungkin kualiti udara sekarang memainkan peranan yang penting pada kesihatan dia.
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Durian & Demam""