eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, February 06, 2009

Bercerita tentang PELIK TAPI BENAR

Sejak kebelakangan ni, banyak sangat benda-benda Pelik Tapi Benar berlaku disekeliling Am. Rasanya benda ini bukan baru berlaku, dah lama dah tapi kali ini Am baru betul-betul perasan.

1. Kereta punya cantik, lampu signal mahal tapi tak mahu guna bila membelok. Memang pelik tapi memang benar-benar berlaku.

2. Menungang motosikal sambil mengunakan telefon bimbit kurang pelik, yang peliknya sambil jawab dan terima sms. Yang bertambah pelik dia tak perasan ke orang belakang dia rasa macam nak bagi penampar siam sahaja kat dia.

2. Tuan punya projek yang buat bangunan ditepi-tepi jalanraya, akan anggap sisi jalan, kaki lima jalan dan kalau boleh keseluruhan jalan itu dia punya. Itu pasal kalau mereka nak letak kenderaan besar mereka ikut suka sahaja. Jalan dia punya ler katakan.

3. Pegawai bandaraya / Polis begitu cekap menyaman motor yang parking disekeliling bangunan walaupun tak menganggu lalulintas tapi kereta yang benar-benar parking ditepi jalan dan menyebabkan kesesakkan lalu lintas tak pulak kena saman. Pelik tapi memaaaaang benar. Tak percaya pergi lihat di PERTAMA Compleks.

Yang Ini Paling Pelik Tapi Benar

4. Ahli poloitik boleh lompat ke parti lawan dan tak sampai 10 hari lompat balik ke parti asal. Yang ini patut masuk "Malaysia Book Record". Peliknya tak tahu malu ker ahli polotik tu dan yang paling pelik parti tu boleh terima balik pulak. Pelik... Pelik.... Pelik.... tapi Benar-Benar Kejadian.

Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels:

Tuesday, February 03, 2009

Bercerita tentang LOMPAT

Photo ini photo lama, sama waktu dengan photo yang Am paparkan pada entry yang lepas. Tiada photo baru yang hendak di paparkan disini. Ada dua tiga keping lagi photo lama ni.

Rasanya sekarang isteri Am lebih pandai guna kemera tu dari Am. Manatak, ada awan cantik Am suruh dia yang rakamkan hehehe

Awan Senja....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS


Sekarang ini isu LOMPAT Party dah jadi hangat. Yang sini lompat kesana dan yang sana lompat kesini. Yang sini betul saya lompat yang sana, eeeh mana ada saya lompat.

2. Betul atau tidak, pokoknya Am memang tak berapa gemar dengan orang yang lompat party ni. Bagi Am mereka orang yang tak boleh percaya dan tak amanah dan tak setia dan tak ada maruah.

3. Tak kisahlah party yang mana pun. Mungkin mereka marah jika baca ni. Nasihat Am dari lompat party lebih baik mereka lompat galah ker atau paling senang lompat pagar.

Nota Kaki :
Yang "frust"nya rakyat yang penat berbaris dan memangkah mereka dahulu....

Labels: ,