Thursday, January 22, 2009
Tuesday, January 20, 2009
Bercerita tentang MONTHLY REPORT
Masih photo dalam kapalTerbang lagi. Tak pasti photo ini isteri atau anak yang rakamkan. Am tak perasan bila diaorang rakamkan tapi bila dah lihat lawa ler pulak. Sekarang ni isteri Am yang lebih banyak rakam photo dari Am kerana kamera dia yang selalu pegang hehehe Awan Senja.... Original from Panasonic Lumix DMS-FS Boss baru Am ni dah buat perangai, ada ke minta Monthly Report pulak. Dah ler ada Monthly Meeting. Ini mesti ingat orang tak ada ker atau dia sendiri yang tak ada kerja. 2. Semua dah angin dan malas nak sediakan pasal kami sendiri sedang sibuk gila dengan Penyata Tahunan yang perlu disiapkan dan dihantar. Rasanya Repot Bulanan untuk bulan Januari ni, bulan Februari ler baru dia dapat hehehe 3. Am bulan Januari dan Julai memang bulan tersangat sibuk. Jadi kawan-kawan blog jangan ambil hati ya jika jawatan tiada balasan. Nota Kaki: Sibuk pun hari-hari masuk dan melihat blog hehehe Labels: Kerja |
Wednesday, January 14, 2009
Bercerita tentang PERHORMATAN
Photo ini dirakamkan semasa dalam perjalanan ke Bandung, ada beberapa keping photo lagi. Ikut aturan untuk dipaparkan disini. Nampak tak lama lagi photo yang dipaparkan semua photo diatas awan kerana merakamkan photo ini didalam kapalterbang. Awan Biru.... Original from Panasonic Lumix DMS-FS Beberapa hari lepas ada 2 peristiwa yang buat Am sakit hati dan benda ini berlaku didepan mata Am dan isteri 2. Pertama semasa nak Parking kereta satu mamat yang keluar dari kereta Merz, dengan berlagaknya jalan macam badan kebal. Seolah-olah dia raja dan semua kena beri dia jalan. Sepatutnya dia tengok ada kereta atau tidak, ini kita yang kena hormat gila-gila kat dia. BERLAGAK betul... 3. Baru jadi pagi tadi semasa hantar Am ke sekolah Agama, sorang mamat berkereta Merz ni baru hantar anak dia ke sekolah yang sama. Selepas hantar keretanya terus gerak sampai budak-budak yang melintas terpaksa berhenti tengah jalan untuk memberi dia bagai raja besar tu jalan. Apa salahnya lepaskan budak-budak tu melintas dulu. GILA punya orang... 4. Am percaya bukan semua berkereta besar ini berlagak dan gila macam mamat dua orang tu. Am pernah baca dalam blog AbahMuizz dimana seorang yang berpangkat Dato' tetapi begitu rendah diri. Tapi mamat dua orang ni memang rasa kerana berkereta Merz dia ingat tarafnya tinggi melangit dan dia tak pandang orang yang berkereta kecil ni. Nota Kaki: Semakin banyak perhormatan yang kita beri semakin banyak perhormatan yang kita terima dan kita tak perlukan kereta Merz untuk dapatkan perhormatan ni.... Labels: Jom Fikir |
Friday, January 09, 2009
Bercerita tentang FRUST
Rabu, dengan semangat Am dah target nak makan nasi lemak lauk ikan sardin di kedai dekat dengan pejabat. Bila sampai tiga-tiga kedai hari itu tak ada lauk sardin padahal selalunya hari-hari ada lauk sardin. FRUST betul.... 2. Khamis, sambung balik hasrat nak makan nasi lemak dengan Sardin, gembira dalam 3 kedai satu kedai ada lauk sardin. Bila minta nasi lemak. "Nasi lemak dah habis ler dik" Ayat yang buat Am Frust balik. Nak cover makan bihun dengan sardin hehehe. FRUST lagi... 3. Malam Tadi, secara kebetulan isteri Am masak sardin sambal, terus lepas geram makan sardin da nasi. Angap sahaja itu nasi lemak hehehe. LEPAS Geram ler ni.... 4. Pagi Tadi, sarapan Roti Sardin.... Takut, lama-lama jadi muka sardin. Isnin depan nak dapatkan juga makan nasi lemak lauk sardin hehehe. Nota Kaki: Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan Labels: Peribadi |
Wednesday, January 07, 2009
Bercerita tentang ABANG ADIK
Am baru balik bercuti menguruskan persekolahan Abang dan Nursery Adik. Lepas ni nampaknya lama Am tak boleh bercuti kerana sudah banyak kerja tertangguh ni. Itu belum termasuk kerja yang akan menjelma hehehe. 2. Semalam kali pertama ABANG transit di taska. Sebelum ini tinggal dengan wan dia. Semalam Am terlewat kesekolahnya, risau juga dia salah naik van tapi bila tanya pada kakak yang jaga tu, Abang naik van yang betul 3. Sia-sia sahaja Am risau, Abang sebenar-benarnya boleh jaga diri sendiri walaupun bila abah dan mama dia cakap dia dengar sambil lewa sahaja. 4. ADIK pula hari Isnin kali pertama duduk Nursery, menangis biasalah. Duduk sambil pegang pagar macam terkurung sahaja Adik tu. Mamanya biasalah tak tahan sedih, mana tak kali pertama tinggalkan anak selain dari wan dia dahulu. 5. Am dan isteri risau pada adik sebenarnya kerana penyakit cirit dan muntah dia belum sembuh sepenuhnya. Badan adik pun dah makin susut Am nampak. Nota Kaki : Rasa malas pula nak mula kerja hehehe..... Labels: Anak |