Thursday, November 30, 2006
Tuesday, November 28, 2006
Bercerita tentang "Layout Blog"
Am baru perasan, apabila Am buka blog Am ini di pc lain selain dari pc pejabat Am. Keadaan layout Am tak teratur dan semuanya tidak "centre" seperti yang Am fikirkan. Apa pula yang kawan-kawan semua nampak layout Am di pc kawan-kawan semua? Harap-harap ada pakar Blogspot yang boleh bantu Am Labels: Blog |
Bercerita tentang "Banyak Perkara"
Hari ini Am menulis "entry" dari tempat "Services" kereta Am. Dia kata siap "Services" kereta Am ini silap-silap pukul 3 petang, jadi ada lebih kurang 4 jam lagi masa terluang Am disini. Nasib baik ada internet percuma ini, boleh juga Am isi masa yang terluang ini. Kalau nak ikutkan ini kali pertama Am menulis entry bukan dipejabat Am sepanjang Am berblog ini. Nampaknya tiadalah photo yang dapat dipaparkankan kerana Am tak tahu bagaimana nak "upload" photo disini. Ok, masih dalam bercuti ini, pergi PD tiada apa yang menarik sangat cuma makam malam di kedai yang 6 tahun lepas Am dan isteri berkunjung. Tiada apa perbezaan sangat cuma menu yang sama tapi harga dimenu yang telah banyak berubah. Satu lagi isteri Am sendiri pelik sekarang ini, sejak kebelakangan ini semasa memandu dijalan persekutuan ataupun dilebuhraya lorong yang sepatutnya laju jadi sangat pelahan berbanding lorong yang sepatutnya pelahan. Nampaknya ramai yang suka bersiar-siar dilorong laju. Pelik tapi Benar (salah satu keajaiban di Malaysia) Nota Kaki: Nasib baik kurang "panggilan" dari pejabat semasa bercuti ini hehehehe |
Friday, November 24, 2006
Bercerita tentang "Nak Bercuti"
Minggu depan Am akan mula bercuti selama tiga hari. Sebab utamanya ialah hendak menghabiskan cuti tahunan. Sebab kedua rupanya banyak lagi urusan yang Am kena selesaikan seperti Van untuk sekolah anak Am nanti. Tiga hari lagi akan Am habiskan semasa Am mesyuarat di Pulau Pinang nanti. Dua dalam satulah kiranya. Bermesyuarat dan bercuti. Besok kalau kemungkinan besar Am akan ke PD, sudah lama tak berjalan ni. Anak Am pun dah sibuk nak tidur di "Hotel". Harap-harap jalan ke PD besok tidaklah sesak sangat. Nota Kaki : Labels: Peribadi |
Thursday, November 23, 2006
Bercerita tentang "Runtuh & Catat Rekod"
Sekarang ini kerap sangat dengar cerita pasal tanah runtuh, asal musim hujan sahaja mulalah dengar sana tanah runtuh dan sini tanah runtuh. Yang paling seronoknya bila yang sana salah yang sini dan yang sini salah sana. Beberapa hari lepas terdengar pula cerita Bukit Gasing akan dibangunkan. Kalau betullah Bukit Gasing akan dibangunkan maka akan datang makin bertambahlah berita mengenai tanah runtuh ini. Satu lagi berita menarik ialah pasal rompakkan yang membabitkan MAS Kargo yang melibatkan kerugian dalam lingkungan RM40 juta ker RM50 juta. Rekod baru tu dan sepatutnya dicatatkan dalam "Buku Rekod Malaysia" Cuma yang tak pastinya Sijil rekod dan ucapan tahniah itu hendak disampaikan kepada pengurusan keselamatan yang kurang cekap atau kepada para perompak itu. Nota Kaki : Labels: Isu Semasa, Jom Fikir |
Wednesday, November 22, 2006
Bercerita tentang "Berat"
Selepas raya ini, berat Am makin naik pula. Risau Am bila lihat angka alat penimbang tu, semakin naik dan naik. Am rasalah sesuatu perlu dilakukan kalau tiadak Am terpaksa menyistiharkan alat penimbang itu yang rosak hehehe. Berat Am makin naik tapi berat isteri Am pula makin turun, sekarang tak tahu apa pula alasan nak beri pada Am. Kalau dulu berat Am naik kerana nak beri sama dengan dia. Sekarang terpaksa cari alasan baru hehehe. Nota Kaki : Labels: Peribadi |
Monday, November 20, 2006
Bercerita tentang "Takziah, Duit Raya dan Cuti"
Ok sabtu lepas semasa pergi jamuan rumah terbuka rumah kawan isteri Am, anak Am terima duit raya, perkara biasakan tapi bila lihat duitnya yang pelik sikit. Anak Am terima duit matawang Arab Saudi pula. Lain dari yang lain. Am rasalah, Am pun hendah guna cara ini tahun depan. Silap-silap ini nanti boleh jadi "Trend" pada musim perayaan nanti. Sebenarnya dalam kesibukan Am tak perasan pula cuti sekolah sudah bermula, bila sampai pejabat hari ini, ramai yang bercuti. Pejabat dah jadi senyap pula. Am pula sedang berfikir ni. Bila Am nak menghabiskan cuti tahunan Am itu.
|
Friday, November 17, 2006
Bercerita tentang "Telinga"
Thursday, November 16, 2006
Bercerita tentang "Jerebu & Jamuan"
Wednesday, November 15, 2006
Bercerita tentang "Sibuk"
Tuesday, November 14, 2006
Bercerita tentang "Lagu"
Tapi pada ada Am ada beberapa lagu yang Am rasa rosak terus bila diubah dan cuba diberi nafas baru, contohnya ialah lagu "Pelangi Petang" nyanyian Sudirman dan lagu tema cerita Ali Setan kalau tak silap Am. Pada telinga Am lah, tak tahulah pada telinga orang lain ok sahaja. Yang pastinya bila dengar lagu itu yang telah dinyanyikan semula Am akan beralih ke siaran lain. Apa-apa pun ini pendapat peribadi Am sahaja, mungkin pada mereka yang lebih arif lagu baru itu jauh lebih bermutu dari lagu sebelum diubah.
Labels: Hiburan |
Monday, November 13, 2006
Selamat Datang
Selamat datang ke Blogspot Am, "Layout" blog ini Am tiru sebenar-benarnya dengan blog Am di Blogdrive.com, tiada idea nak buat layout baru disamping idea yang ada untuk layout macam tiru orang pulak. Takut kena saman pula nanti hehehe Am malas nak cakap Am berpindah kesini, Am lebih suka Am kata "Am menyambung bercerita disini" Nota Kaki: Sibuk-sibuk pun sempat juga buat blogspot ni hehehe Labels: Ucapan |
Friday, November 10, 2006
Bercerita tentang "Anak"
Thursday, November 09, 2006
Bercerita tentang "Baby"
Anak : Abah kahwinlah satu lagi Anak Am tak sabar betul nak adik, kalau dulu hendak adik lelaki sekarang nak adik perempuan pula. Dia makin tak sabar bila jiran Am dapat anak dan kebetulan masa beraya ramai pula yang ada baby baru. Am ini kadang-kadang pening juga melayan bila ramai yang bertanya bila nak tambah lagi. Jawapan standard Am ialah "Belum ada rezeki". Kalau Am yang dah ada anak seorang ini pun pening melayan, bagaimanalah agaknya pada mereka yang belum mempunyai anak tu ya.
|
Tuesday, November 07, 2006
Bercerita tentang "Open House, Suasana dan Ujian"
Photo ini dirakamkan kalau tak silap pada hari raya keempat semasa Am sudah pulang ke rumah semula, seronok masa itu bila lihat awan sudah kembali biru dan matahari tidak dilindungi jerebu Sekarang jerebu dah makin nipis walaupun belum pulih sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya mutu udara sudah jauh lebih baik Awan... Original Upload from Canon Digital IXUS 60 Hujung minggu lepas dipenuhi dengan aktiviti beraya, biasalah ramai yang jemput "Open House". Biasalahnya hari raya inilah yang tak kenal jadi kenal dan bermacam cerita juga diceritakan dan banyak juga Am dapat ilmu dari perbualan-perbualan Am itu. Am sebenarnya seronojk dengan suasana tempat tinggal Am sekarang, walaupun boleh dikatakan bandar tapi suasana "Kampungnya" masih kuat lagi. Mak Am ada merungut suasana dikampung Am dah tak macam kampung, ramai muka-muka baru yang gemar berebut kuasa. Rutin-rutin seperti bertakbir dari rumah kerumah bagai sudah nak terhapus. Esok bermulalah Ujian anak Am di tadika dia, ujian yang terakhir di tadika kerana selepas ini dia darjah satu pula. Anak Am tak sabar nak periksa kerana selepas periksa boleh cuti panjang. Am ingat apa yang dia tak sabar, rupanya pasal itu. Nota Kaki: Rumah Am sentiasa terbuka tak kira raya atau tidak Labels: Peribadi |
Saturday, November 04, 2006
Bercerita tentang "Tertangguh"
Anak Am main bunga apai sorang sahaja kerana sepupu dia takut main bunga api. Setakat bunga api Am beri dia main kalau mercun menangis pun Am tak beri. Bunga Api... Lama betul tak menulis apa-apa disini, sibuk lepas balik bercuti ditambah pula blogdrive ini belum hilang lagi masaalahnya sepenuhnya. Banyak benda yang hendak diceritakan terpaksa ditangguhkan dan akhirnya terlupa. Dua hari lepas terima surat dari Bank tempat Am buat pinjaman rumah Am. Surat tawaran penanguhan bayaran untuk bulan November dan Disember. Penanguhan ini semperna budak hendak masuk sekolah nanti. Nampaknya bank pun sudah tahu bebanan kewangan ibubapa bila anak nak masuk sekolah. Ayah Dan Ibu - Sudirman Yang dikurniakan dari Ilahi Ahai... Ayah dan ibu Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat Semalam lihat cerita "Pondok Buruk 2" tiba-iba lagu ini sentiasa berlegar dibibir Am Nota Kaki: Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan Labels: Peribadi |