AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Wednesday, December 28, 2005

Bercerita tentang "Azam"

Tangan


Tiba-tiba hari ini tergerak pula hendak letak photo tangan, tangan yang telah banyak berjasa pada Am. melayan Am tanpa jemu

Kalau dulu tangan ini tanpa kedut, sekarang garis-garis halus kedut telah kelihatan serentak dengan timbunan jasa-jasanya. Tangan ini akan terus berjasa tanpa keluh dan alasan

Tangan
Original Upload from O2 Xda II mini

Dulu dalam satu entry Am ada tulis yang Am akan bercerita tentang Azam, hari ini Am akan bercerita sikit tentang Azam. Azam diri Am dan pergertian Azam bagi Am.

Bila tiba tahun baru selain dari bonus dan kenaikan gaji, azam adalah soalan yang selalu ditanya, dah tertunai ker azam? apa azam tahun baru? masih azam yang sama? atau ada azam tak tahun ini?

Terus terang azam Am, selalunya mudah sahaja, nak tambah anak dan ingin meningkatkan taraf kehidupan Am. Tambah anak masih tak berjaya sampai sekarang mungkin belum ada rezeki dan nampaknya akan dibawa ketahun hadapan, bergitulah sejak 2 tahun lepas. Yang satu lagi sentiasa berjaya dari setahun ke setahun. Demi menunaikan azam kedua, am perlu berusaha dalam mencuba perkara baru, belajar apa yang Am tak tahu dan tunjukkan kemampuan Am pada boss Am.

Bagi Am tak salah kita berazam tinggi melangit tapi perlulah ada usaha sejajar dengan azam kita. Janganlah jadi azam kita sebagai angan-angan mat jenin pula.

Satu lagi seperti yang pernah Am tulis dahulu tak kira apa azam kita sekalipun cara atau usaha untuk kita mencapai azam kita yang penting. Kalau tidak azam akan tinggal azam, dari setahun ke setahun umur makin bertambah namun azam makin tidak berubah.

Akhir sekali secara peribadi bagi Am azam bukan hanya pada tahun baru sahaja tapi pada bila-bila kita boleh berazam tapi biarlah azam kita kearah kebaikkan bukan kejahatan kerana jika baik yang tidak cari baiklah yang kita dapat begitu juga sebaliknya.


Nota Kaki:
Benda yang membezakan azam dan angan-angan ialah usaha, tanpa usaha mimpi takkan jadi kenyataan (macam pernah dengar pula ayat ini)

Labels:

Friday, December 23, 2005

Bercerita tentang 5 Perkara pelik dalam diri Am

Langit


Sudah agak lama photo ini dalam simpanan Am, bila dan kenapa Am rakamkan photo ini Am sendiri sudah lupa.

Cuba cari photo langit yang bersesuaian dengan entry hari ini, ini sahaja langit yang agak pelik dalam simpanan Am. Macam ada sesuatu dicelah-celah awan itu.

Langit Pelik
Original Upload from O2 Xda II mini

Kalau tak silap beberapa hari yang lepas kena tag dengan anakomak, semalam pula Am kena tag dengan saudari Noush kita, mengenai perkara pelik ini, teruk juga memikirkan apa yang pelik mengenai diri Am kerana selalunya melihat benda pelik disekeliling kita sehingga terlupa pula melihat diri sendiri.

1. Ramai yang kata muka Am ini macam muka orang yang sombong dan tak mesra, tapi bila kenal Am sebenarnya itu tak mengambarkan peribadi sebenar Am. Nak buat macam mana muka Am dah macam itu, tak boleh diubah lagi.

2. Tak tahu kenapa Am buat apa2 perkara penting selalunya dua kali, lesen memandu 2 kali, kereta 2 kali ujian motor pun 2 kali ujian baru lulus, khusus khawin pun 2 kali, sekali sijil boleh hilang jadi kena pergi kali kedua. Ujian untuk dapat lesen kerja Am pun dua kali juga. Cuma satu sahaja yang baru sekali, KAHWIN hehehehe

3. Am memang suka makan lauk yang berlemak dan berkuah, pedas-pedas lagi Am suka, apa-apa lemak pun Am makan, sampai isteri Am pun naik marah takut mejejaskan kesihatan Am. Dipejabat ini memang semua rakan dah tahu, kadang-kadang tu siap beritahu pada Am kedai mana yang ada masak kuah lemak. kerana suka sangat berkuah Am sanggup masak maggi untuk dijadikankan kuah untuk makanan Am.

4. Inginkan kepuasan dalam melakukan setiap benda, Am kalau buat sesuatu benda mesti cerewet kerana Am tak suka buat sesuatu benda asal sudah sahaja. Am akan buat sessuatu benda sampai Am puas hati. Bila Am dah puas hati dengan sesuatu benda baru Am berhenti buat, ini termasuklah tentang kerja Am.

5. Cepat marah tapi cepat reda, Am ini sejenis manusia yang cepat marah tapi cepat sangat reda balik, perangai inilah yang Am sedang cuba ubah sedikit demi sedikit, mungkin darah masih muda lagi hehehe. Nak bagi Am reda memang mudah, senyum balik dengan Am atau minta maaf, sudah pasti Am boleh mesra balik.


Nota Kaki:
Minggu depan Am akan bercuti lagi selama seminggu, kali ini tidak berjalan-jalan kemana, cuma hendak menghabiskan saki baki cuti tahunan sahaja.

'Selamat berhujung minggu dan semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.'

Labels:

Thursday, December 22, 2005

Bercerita tentang Anak

Sinaran


Photo ini Am rakamkan semasa dalam perjalanan pulang ke pejabat semula. Sinaran matahari dibalik pokok itu seperti memanggil Am untuk merakamkannya.

Photo ini Am ambil secara seponton sahaja semasa menunggu lampu insyarat bertukar ker hijau, memandu sambil mengambil photo, Jangan amalkan hehehehe

Bersinar
Original Upload from O2 Xda II mini

'Kalau ada adik lelaki nanti nak beri nama apa'
'Spiderman'
'Kalau adik perempuan pula?'
'Spiderman Girl'

Banyak lagi dialog dgn anak Am yang akan buat kami pening, tersenyum dan kadang-kadang terkedu. Kadang kala dialog ini secara seponton dan selamba sahaja keluar dari mulut dia, Am dan isteri pula yang terkedu dengar.

Bercerita tentang anak ini memang buat Am amat seronok sekali kerana terlalu banyak yang hendak diceritakan. Terlalu banyak pengalaman, kejutan, kegembiraan dan kadang kala pengajaran buat Am.

Am juga hairan bagaimana, sesetengah ibubapa sanggup mendera atau membuang anak mereka, bagi Am anak ialah satu anugerah yang amat berharga pada kita, kenakalan, kelincahan dan sifat ingin tahu mereka inilah yang mengajar kita tentang kesabaran, cara memimpin, sifat ikhlas dan banyak lagi sifat yang sebelum ini kita tak pandang penting sangat.

Berbalik pada anak Am, terlalu banyak benda baru yang dia belajar setiap hari, kalau Am atau isteri lalai silap-silap kami tak mampu mengejar tahap kemajuan dia. Sekarang dia sudah pandai menelefon Am atau mama dia dipejabat, ada sahaja pesanan dia "abah jangan lupa ya" itulah ayat terakhir dia.

Beberapa hari lepas, dia telefon ingatkan Am yang dia nak IC, terpaksalah Am luangkan masa sebentar untuk scan IC Am dan ubahsuai, letak gambar dia, tukar ke nombor IC dia dan tukar kepada nama dia. Berbekal sedikit ilmu grafik yang Am belajar dari rakan-rakan Am cuba puaskan keinginan dia. Bila balik dan dia dapat IC itu, walaupun tak secantik mana tapi dia gembira, Am pula puas melihat dia gembira.

Kadang kala dia telefon dan memesan benda yang Am memang susah atau tak boleh tunaikan sehinggakan Am terpaksa mencari alasan yang logik untuk beri pada dia. Am tak suka menipu dengan memberi alasan yang tak logik kerana anak-anak ini merekodkan segala apa yang mereka dengar, jika penipuan kita terbongkar nanti takut dia berangapan menipu itu tak salah.

Tidak lama lagi persekolahan akan bermula, maka sudah pasti Am atau isteri akan bising balik mengajar dia buat kerja sekolah. Nampaknya rotan pun kena asah semula. Kami bukan rotan dia sebenarnya tapi rotan itulah yg buat dia buat kerja sekolah dia dengan lebih cepat.

Seperti yang pernah Am kata dahulu, Am lebih tekankan pada dia waktu yang betul, masa belajar dia belajar dan masa bermain dia bermain. Bagi Amlah jika dia tahu membezakan kedua-dua masa ini dia akan berjaya dan semua benda yang dia buat.

Sekarang pun Am ada ajar agar dia pandai berdikari kerana Am dari kecil lagi sudah diajar berdikari, almaklumlah dari keluarga yang besar dan anak lelaki yang sulung Am perlu cepat berdikari. Kadang kala kerana ingin dia berdikari Am terlupa pula yang dia baru berumur 5 tahun


Nota Kaki:

Mengajar asas kehidupan pada dia, yang lain dia perlu dapat melalui pengalaman dia sendiri, kita perlu membimbing bukan membelengu dia.

Labels:

Wednesday, December 21, 2005

Bercerita tentang Sakit Badan

Awan Yang Bergolak


Photo ini Am rakamkan kalau tak silap hari Ahad lepas, sungguh tertarik melihat awan, gabungan antara awan putih, hitam dan biru

Sebenarnya banyak photo yang Am rakamkan kerana sangat-sangat jarang awan berkumpul sebegini, kalau berkesempatan Am akan uploadkan di fotopages Am

Awan Yang Bergolak
Original Upload from O2 Xda II mini

Semalam punya sakit badan Am ini, dari bangun tidur lagi, sebenarnya sakit badan ini sudah bermula dari hari Isnin. Puas Am fikir kenapa sakit badan ini, kawan-kawan kata mungkin angin banyak dalam badan kot. Ada kemungkinan juga kerana semasa bercuti makan macam-macam.

Fikir balik mungkin tak kot kerana hari Sabtu dan Ahad tak sakit pun, fikir punya fikir mungkin kerana Am minum Nescafe O kaw kaw punya di pejabat, kebetulan 'Tea Lady' bercuti kenalah buat air sendiri, selalu minta dia buat kopi O. Bila kena buat sendiri buat yang senang, Nescafe O lah jawabnya.

Mungkin kerana Nescafe O inilah kot, angin satu badan. Semalam petang tak minum air Nescafe O lagi, hari ini badan ok sikit. Baru Am tahu, Am ini rupanya tak boleh minum air Nescafe O kaw kaw. Rasanya banyak lagi yang Am tak boleh, ini kena try and error dulu hehehe.

Hari ini sebenarnya ada dua benda Am nak minta tolong pada rakan-rakan blog.

Pertama, semalam anak Am berdiolag dengan Am dan dihujung dialog itu dia kata dia belum tengok cerita King Kong lagi (siapa suruh dia tidur dalam panggung). Jadi dia minta Am masukkan cerita King Kong itu dalam HF O2 Am, jadi kalau ada rakan-rakan blog yang ada video clip cerita King Kong yang pendek-pendek itu, tolonglah email pada Am ya biskutlemak_1@yahoo.com

Kedua, Am tiba-tiba timbul satu minat baru, kalau dulu Am akan mengumpul pensil dari semua hotel, byk juga yang dapat Am kumpul, sekarang tiba-tiba muncul pula minat nak kumpul kad-kad prabayar, maksud Am yang sudah digunakanlah. Am hanya dapat kumpul yang Hotlink sahaja kerana Am guna line Hotlink, jika ada sesiapa yang guna line lain bolehlah simpankan kadnya untuk Am bila reload nanti ya.

Apa-apapun Am nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi membantu nanti


Nota Kaki:
Banner baru "KlinikMinda" atas pertolongan saudara
Afzan, punyalah cerewet Am ini sehingga penat Afzan melayan Am, Terima Kasih daun keladi Afzan, sebenarnya banyak nak minta tolong lagi ni. hehehehe

Labels: ,

Tuesday, December 20, 2005

Bercerita tentang "Bahasa"

Langit, Pokok & Laut


Photo ini Am rakamkan semasa berehat sebentar di tepi laut di persiaran Gurney, Penang. Banyak photo yang dirakamkan hanya ini yang Am tertarik dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan semua.

Sekarang ini Am berminat pula merakamkan photo langit bersama sekitarnya, percubaan untuk mengabungkan Alam Sekitar.

Langit, Laut & Pokok
Original Upload from O2 Xda II mini

Hari ini masih bercerita tentang ketidakpuasan hati Am tentang bahasa. Am agak kecewa melihat bila sesama kita berbual menggunakan bahasa inggeris, adakah hendak menunjuk 'Standard' atau kita sudah malu hendak menggunakan bahasa kita sendiri. Secara tidak lansung kita telah mengkelaskan bahasa bahasa kita tiada standard.

Kalau suatu masa dahulu, bahasa kita pernah dijadikan bahasa perantaraan tapi sekarang bahasa kita seperti cuba dipencilkan dan hanya digunakan dalam keadaan terpaksa dan mungkin juga hanya urusan tak rasmi. Sedihnya nasib bahasa kita.

Am bukan orang yang bencikan perubahan ataupun tak inginkan kemajuan tapi janganlah kerana mengejar kemajuan kita mengikut-gikut orang lain sehingga kita leka diri dan meninggalkan benda yang selama ini kita banggakan dan kita perjuangankan. Berjaya sangatkah kita jika bahasa kita sendiri pun kita tak dapat pertahankan?

Ada orang yang pernah beritahu Am, kita perlu jadi begini kerana semua dalam bahasa asing, Bagi Am pula kita yang membenarkan ini terjadi pada negara kita. Cuba lihat Jepun sebagai contoh, mereka lebih menggunakan bahasa mereka dalam segala segi tapi mereka masih boleh menjadi negara gergasi dari segi ekonomi, malah tanpa penguasaan bahasa asing yang tinggi namun begitu mereka masih boleh menjadi boss di negara lain.

Kadang kala Am tertanya juga, teruk sangatkah bahasa kita atau orang kita sendiri yang terlalu bangga dengan bahasa asing dan merendah-rendahkan bahasa kita sendiri. Ataupun orang kita ini terlalu suka mengikut-gikut gaya orang lain dan ambil tak kisah dengan bahasa apa yang mereka guna.

Cuba kita renungkan, jika Bahasa itu mengambarkan Bangsa, Bangsa apakah kita ini.

Satu lagi sajak yang merapu dari Am

Anak Merdeka itu memberi salam
Tapi pada siapa salam hendak diberi
Jika tak kenal bangsa sendiri

Anak Merdeka itu ingin berkata
Tapi bahasa apa yang ingin dituturkan
Bahasa baku tak payah guna
Bahasa pasar dilarang pula
Bahasa Malaysia bagaimana nak guna

Anak Merdeka itu ingin Menyanyi
Tapi nada apa yg hendak dialunkan

Anak Merdeka itu bertanya
Adakah dia merdeka
Jika minda makin dijajah
Bahasanya malu ditutur

Sajak Anak Merdeka
AbahMuda@Am 2005


Nota Kaki:
Kadang kala dalam mengejar sesuatu kita akan korbankan sesuatu tapi berbaloi pengorbanan yang kita lakukan dan dimasa depan berapa banyak pula yang perlu kita korbankan untuk mencari semula apa yang telah kita korbankan dahulu

Labels: ,

Monday, December 19, 2005

Bercerita tentang "Sikap"

Cahaya Kembali Menyinar


Photo ini Am rakamkan masih lagi semasa berhenti berehat sebentar dilebuhraya, sambil hisap rokok sambil tangan mengatal nak menekan hf tu.

Akhirnya ini yang terhasil, terperanjat juga kerana cantik sekali matahari itu, bagai besembunyi dicelah-celah pokok.

Cahaya Kembali Menyinar
Original Upload from O2 Xda II mini

Hari ini ingin bercerita mengenai sikap, sebenarnya tergerak untuk bercerita mengenai sikap apabila berbual dengan salah seorang jurujual di pejabat Am. Dia adalah orang penang dan marah betul dia bila Am pergi penang minggu lepas dan tak telefon dia. Dia kata kalau telefon dia, dia akan bawa Am dan keluarga berjalan-jalan ditempat yg menarik dan ke tempat makan yang popular.

Sebenarnya bukan Am tak nak telefon dia tapi Am sendiri pun sudah ada rakan di Penang yang Am selalu telefon cuma pergi kali ini Am tak beritahu mereka semua kerana sejak 3 tahun yang lepas layanan mereka pada Am memang amat baik sampai Am naik malu Am dibuatnya. Kira-kiranya tahun ini Am hendak berdikari di Penanglah.

Kebetulan bercerita dgn dia, masuklah bab sikap manusia ini. Dia kata hampir semua orang Penang bersikap seperti dia, sangat mesra, sanggup melayan dan memuaskan hati tetamu mereka. TETAPI lain pula dengan orang KL, katanya berapa kali dia tertipu dengan sikap orang KL, berapa kali dia tersesat jalan dan bertanya pada orang Kl, sudahlah mereka tak tahu tapi mereka memberi arah jalan yang makin sesat.

Am setuju dengan dia kerana Am sendiri pernah kena, bagi Amlah apa keseronokkannya menyesatkan lagi orang yang memang sudah sesat, secara peribadi tidak lemah kita ini jika kita mengaku kita tak tahu kerana orang yang paling lemah ialah orang tak tahu tapi buat-buat tahu.

Secara tak sedar seiringan dengan arus kemodenan sifat terpuji dalam diri kita semakin terhakis, kita maksud Am ialah diri Am sendiri. Kita makin terjebak dengan sifat 'Buat Hal Sendiri' dan ketawa bila orang makin susah. Cuba renungkan "Berapa ramai kita yang benar-benar mengenali jiran kita?"

Dulu pernah berjanji dengan pengunjung blog ini akan paparkan cerita mengenai ketam jika jumpa, kebetulan jumpa cerita tentang ketam di blog PB, minta kebenaran pada PB untuk paparkan di blog Am ini. Cerita ini lain sikit dari cerita yang Am pernah baca dahulu tapi iktibarnya dari ceritanya lebih kurang sama sahaja.

Pada suatu hari , adalah satu makhluk yang bernama manusia ni pergi ke pasar basah. Dalam dia dok melilau lilau mencari barang barang yang dia nak purchase, dia pun pergi lah tempat menjual KETAM.

Kat sini, dia lihat ada 2 bekas berisi KETAM.
1 bekas tu DITUTUP bahagian atasnya.
1 lagi bekas, bahagian atasnya dibiarkan begitu jer.

"Apasal ada dua bekas isi ketam ni?""
"OO...satu bekas isi ketam MELAYU dan satu bekas isi ketam Cina"
"Aiks...ada ketam MELAYU dan ketam Cina ka???"

"Yelah, ketam Melayu dok dlm bekas tak tertutup. Sebabnya Ketam Melayu memang tak akan keluar dari bekas tu. Kalau ada yg juga keluar, mesti ada ketam lain yang tarik, bagi dia jatuh"

"Lain pulak dgn ketam Cina. Kalau ada satu yang cuba naik nak lepaskan diri dari bekas tu, mesti ada Ketam lain yang akan tolong tolak bagi ketam tu naik. Mereka akan tolong menolong, tolak semua bagi naik"

"Ooooo..gitu ker??"


Nota Kaki:
Semalam bawa nak menonton wayang King Kong, masalahnya waktu King Kong keluar dia tidur pula, nampaknya terpaksalah bawa menonton sekali lagi.

Labels: ,

Friday, December 16, 2005

Bercerita tentang "Cuti" 2

Cahaya Di LebuhRaya


Photo ini Am rakamkan semasa berhenti berehat sebentar dilebuhraya, sambil hisap rokok sambil tangan mengatal nak menekan hf tu.

Akhirnya ini yang terhasil, terperanjat juga kerana semasa ambil bukan begini hasilnya.

Cahaya Di LebuhRaya
Original Upload from O2 Xda II mini

Hari ini masih bercerita tentang cuti tapi kali ini bercerita tentang nilai cuti. Pernah bertanya pada diri sendiri, adakah Am berjaya capai apa yang Am idamkan semasa Am bercuti. Kadang-kadang bila bercuti tapi kena menjawab telefon pasal kerja Am rasa cuti Am tak bernilai, bercuti tapi otak penuh memikirkan kerja, apa yang perlu dibuat dan akan dibuat. Mujurlah cuti yang baru berlalu ini tidak sebegitu.

Sebab itulah cuti tahunan Am berlambak-lambak sampai Am dipaksa menghabiskannya.

Tentu ramai seperti Am, kita bercuti tapi bukan benar-benar bercuti. Bagi Amlah kalau bercuti kita perlu benar-benar bercuti dari kerja kita, setuju perlu ingat juga tapi biarlah 5% sahaja cukup, jangan sampai 90% kerja 10% cuti.

Biarlah semasa bercuti kita dapat merehatkan minda kita, benda apapun jika berkerja sepanjang masa boleh Jem, inikan pula minda kita, jika dipaksa jangan kata sakit mungkin sakit lain boleh menjelma.

Hari ini tiba-tiba timbul niat untuk bersajak, satu sajak yang merapu dari Am

Jangan cari aku
kerna aku sedang merenung
didalam ruang-ruang kosong ini

Jangan cari aku
kerna aku sedang mencari
mencari erti diri

Jangan cari aku
kerna aku ingin mengerti
sakitnya satu kesakitan

sekali lagi, Jangan cari aku
kerna aku sedang berada
jauh didalam hatimu
adakah kau tak menyedarinya?

Sajak Buat Diri
AbahMuda@Am 2005


Nota Kaki:
Kadang kala terlalu jauh kita mencari sesuatu yang ada didepan kita

"Selamat berhujung minggu dan semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan"

Labels: , ,

Thursday, December 15, 2005

Bercerita tentang "Cuti"

Awan Membiru
Photo ini Am rakamkan di Bukit Merah, setelah balik dan uploadkan di PC Am, nampak unik dan menarik pula Photo ini.

Sebenarnya banyak lagi photo bercuti dalam simpanan Am, Am akan uploadkan satu persatu disini dan kalau ada kelapangan Am akan cuba Uploadkan di Fotopages Am, jika sesiapa ada masa boleh melawat disana.

Ada sesiapa rindu awan Am ker?

Awan Masih Membiru
Original Upload from O2 Xda II mini

Cuti Am bermula dengan sedikit kesedihan, kereta Am tercedera. Nak buat macam mana isteri Am terlangar belakang lori, agak parah juga kereta Am. Terpaksa ganti bonet baru ada beberapa alatan lain, Walaupun sedih tapi masih bersyukur kerana isteri dan anak Am tak cedera apa-apa, cuma poket Am sahaja yang cedera.

Tak lama lagi Hari Jadi isteri Am, Am kata hadiah Hari Jadi dia, bonet baru kereta tu hehehehe.

Ok bercerita tentang cuti pula, awal2 pagi Ahad Am berangkat ke Penang, seronok jalan pagi ni, cuaca redup dan kereta tak banyak sangat. Ingat nak tukar-tukar bawa kereta dengan isteri Am, tapi akibat kemalangan tu, debaran masih ada pada Am hehehe. Tiada apa yang menarik dalam perjalanan cuma berhenti sarapan di Sg. Perak.

Selepas Check In di Gurney Hotel, anak Am melepas segala auranya, terus berendam di Jacuzzi bilik itu. Mula-mula dia sorang2, kemudia Am temankan, punyalah lama sampai Am sendiri tertidur di Jacuzzi itu.

Malam selepas makan di Tapak Berniaga Sementara Persiaran Gurney, Am ingat nak pergi Pesta Penang, baru setengah perjalanan anak Am menangis nak balik hotel, mengantuk la pula, terpaksa batalkan niat dan kembali ker Hotel

Hari kedua, selepas mesyuarat kami bertolak ke Bukit Merah. Di Bukit Merah seperti biasa aktiviti airlah, jenuhlah melayan anak Am.

Balik ke KL amat membimbangkan, sepanjang jalan hujan. Ada dua tiga kali juga isteri offer nak memandu, Am pula dua tiga kali menolak.

Bercuti memang seronok, lupa segala-galanya, mengenai kerja, mengenai masalah, yang ingat hanya melayan dan tenangkan fikiran.

Hari ini Am kembali ke pejabat dengan semangat baru (eeh baru ke?) dan yang paling penting dalam otak dan plan untuk cuti yang akan datang.


Nota Kaki:
Ramai semua orang bercuti tapi tak semua orang benar-benar bercuti.

Labels:

Friday, December 09, 2005

Bercerita tentang "Mesyuarat & Bercuti"

Awan Membiru
Sebenarnya ada beberapa photo awan biru dalam simpanan Am, Am pilih yang ini untuk dipaparkan kerana nampak menarik sikit, gabungan antara awan biru dan pokok

Sebenarnya Am agak tak puas hati dengan photo yang Am ambil dari HF baru Am ini, kualitinya agak kurang berbanding dengan HF Samsung Am walaupun kedua-duanya sama 1.3 Mega Pixels.

Mungkin ada "Settings" yang perlu Am perbetulkan lagi.

Awan yang Membiru
Original Upload from O2 Xda II mini


Minggu depan Am akan ke Penang. Ada mesyuarat AGM syarikat Am jaga dan harap-harap inilah mesyuarat terakhir untuk tahun ini.

Kebetulan mesyuarat di Penang, Am dan keluarga akan bercuti sekali. Mengikut perancangan kami akan bermalam di Penang semalam dan hari berikutnya akan bermalam di Bukit Merah.

Kalau perancangan menjadi kenyataan, ini kali kedua kami bercuti di Bukit Merah, kali pertama semasa pejabat Am buat "Family Day". Ingat lagi waktu itu Am sudah ambil cuti untuk berjalan-jalan, tiba-tiba anak Am deman pula. Malam itu juga kami berangkat pulang ke KL.

Kalau perancangan menjadi juga Am akan bercuti sehingga hari Rabu, nampaknya hari Khamis lah Am akan kembali menjengok blog.

Selepas bercuti ini, masih ada 3 hari cuti perlu dihabiskan untuk tahun ini. Sudah rancang hari yang hendak cuti tapi tak tahu lagi lulus ke tidak.

Tinggalkan blog ini sebentar dengan lagu ini :

Erra Fazira
Yang Terindah Hanyalah Sementara

Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan

Tidak hentinya memanjang dan semoga jiwa ini terus tabah

Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa

Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali

Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalan ini

Sumbangan Lirik Lagu

Selain dari lagu Gemilang, inilah lagu Erra Fazira yang Am minat sangat. Semuga Erra dan Yusry tetap bahgia



Nota Kaki:
"Boleh kongsi tapi tak boleh ambil" - ayat yang anak Am cipta, mungkin Am akan guna ayat ini sebagai tema blog Am nanti

"Selamat berhujung minggu dan semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan"

Labels: , ,

Thursday, December 08, 2005

Bercerita tentang "Kemalangan"


Photo ini dalam perjalanan pergi pejabat tadi Am rakamkan. Nampak menarik pula seperti awan itu sedang tercalar. Kebetulan sedang berhenti di lampu insyarat, cepat-cepat Am rakamkan.

Awan itu seperti mengerti pula seperti perasaan Am yang tercalar pagi ini.

Photo ini terhasil setelah Am betulkan beberapa "setting" didalam HF Am itu, sebenarnya cuba hendak menghasilkan photo yang lebih berkualiti.

Awan yang Tercalar
Original Upload from O2 Xda II mini


Hari ini lewat sampai pejabat, jalan hendak keluar dari kawasan perumahan Am sesak teruk. Puncanya ada kemalangan antara kereta kancil dan BMW

Am kadang-kadang sangat kecewa dengan sikap pemandu yang mengalami kemalangan ini, bukan Am tak simpati dengan mereka tetapi sepatutnya jika bukan kemalangan maut mereka boleh mengalihkan kereta mereka ditempat yang tidak menganggu penguna lain.

Ini mereka sanggup bertikam lidah, berbual panjang tanpa mempedulikan pengguna lain yang terpaksa bergerak perlahan dengan jalan yang penuh sesak

Setahu Amlah, cuma kemalangan maut sahaja kita tak boleh mengalihkan kenderaan kita tapi jika kemalangan biasa sahaja kita perlu pergi ke balai polis untuk buat repot dan gambar kereta akan diambil disana.

Jadi atas sebab mereka mesti menghalang perjalanan kenderaan lain, adakah kerana hendak mempamerkan kenderaan mereka yang sudah tercalar atau memang mereka hanya fikir diri mereka sahaja.


Nota Kaki:
Jangan kita minta orang lain berkongsi dengan kita jika kita sendiri tak mahu berkongsi

Labels:

Wednesday, December 07, 2005

Bercerita tanpa tajuk

Senja
Senja...
Muncul tapi sebentar
Sebentar tapi indah

Indah tapi dingin
Dingin tapi megah

Senja....
Tetap datang menunaikan janji
Selagi siang menutup mata
Selagi malam masih tersenyum

AbahMuda@Am 2005

Senja
Original Upload from O2 Xda II mini


Tiba-tiba hari ini datang pula mood nak bersajak, sajak yang pendek, merapu dan banyak kelemahan. Jangan gelakkan Am ya, sebenarnya Am sudah lama tak bersajak.

Asalnya nak mencipta sajak untuk awan tetapi akhirnya sajak untuk senja pula yang muncul.

Bercerita tentang sajak ini teringat semasa Am sekolah menengah dahulu, berebut-rebut kami mencipta sajak untuk dimuatkan didalam majalah sekolah kami dan kalau tak silap Am cipta 3 sajak. Keputusannya seperti yang dijangkakan satu pun sajak Am tak terpilih hehehe.


Nota Kaki:
Selalu menulis untuk memuaskan diri kerana sukar menulis untuk memuaskan sesiapa

Labels: ,

Tuesday, December 06, 2005

Bercerita tentang "Khawin"

Matahari Memancar
Photo ini Am Am rakamkan sewaktu tangan Am tengah gatal nak mengambil photo, tekan punya tekan inilah hasilnya.

Matahari sedang memancar megah selepas hujan berlalu, mengeringkan bumi yang sedang lembab dan menghalau awan hitam berlalu.

Awan itu sebenarnya lebih cantik dari yang Am rakamkan, lebih biru dan lebih cerah.

Matahari Memancar
Original Upload from O2 Xda II mini



Kebetulan hari ini mendengar topik pagi di Era mengenai lebih kurang 70% perempuan dalam bidang korporat tidak berkahwin. Maksudnya lebih kurang perempuan yang berjaya dalam bidang mereka dan agak kaya atau kayalah ini.

Am memang tak pernah telefon Era untuk berikan pendapat, jadi Am akan berikan pendapat Am disini.

Bagi Amlah ini kerana status mereka itu sendiri menyebabkan mereka sukar atau takut didekati oleh lelaki. Orang lelaki pasti berpendapat yang perempuan sebegini sukar untuk dibawa berjalan-jalan, "demand" tinggi dan tak sesuai dengan poket mereka. Sebenarnya perempuan ini bukanlah semuanya begitu tapi cara penampilan mereka yang menyebabkan lelaki berfikiran seperti itu. Seperti kata isteri Am senang sahaja jangan sangat menunjukkan status tinggi mereka itu. Biar nampak senderhana jadi Am rasalah ramai lelaki lebih berani memikatnya.

Am setuju sangat dengan pendapat salah seorang pendengar Era, pengaruh dari keluarga juga memainkan peranan yang amat penting, keluarga sendiri telah menetapkan menantu bagaimana yang mereka hendak, perempuan itu berkorban demi keluarga dan secara tidak lansung anak gadis mereka akan membujang selagi belum berjumpa lelaki yang mempunyi ciri-ciri yang dibenarkan oleh keluarga.

Satu lagi Am rasa adalah kerana pengaruh rakan-rakan, mereka-mereka ini selalunya menjaga status mereka dihadapan rakan-rakan mereka. Memilih suami juga harus kena dengan status mereka takut pilih lebih rendah dari status mereka akan menyebabkan mereka malu berhadapan dengan rakan-rakan mereka.

Namun begitu bukan semua wanita yang berjaya itu seperti yang Am gambarkan diatas, ramai juga yang sederhana dalam segala segi, cuma ada mereka ini telah terluka dan menyerahkan jodoh itu ditangan tuhan.

Akhir sekali kita terpaksa berbalik pada jodoh, mungkin belum jodoh mereka lagi TETAPI kita harus berusaha untuk mendapatkan jodoh kita bukan berserah sahaja. Didalam zaman IT ini istilah "Perigi Cari Timba" sudah agak lama terpinggir, tak kisah kalau perempuan itu sendiri memikat lelaki tapi janganlah terover-over sangat sampai sakit dipandang mata.


Nota Kaki:
Hari ini terpaksa naik LRT, dengar cerita banyak jalan tutup, ada sesiapa tahu maklumat lengkap bila jalan tutup dan sampai bila bolehlah beritahu Am ya.

Labels:

Monday, December 05, 2005

Bercerita tentang "Kenangan"

Langit Mendung
Langit mendung nak hujan, lama dah ambil photo ini cuma terlupa nak uploadkan disini. Mungkin kerana hitam sangat sampai tak nampak menarik dimana-mana.

Sekarang cuaca tak menentu sekejab hujan sekejab panas, nak ambil langit senja yang menarik pun sangat susah, bila Am berjaya rakamkan photo langit senja yang menarik, Am akan uploadkan disini.

Langit Mendung
Original Upload from O2 Xda II mini


Hari Jumaat lepas bawa anak dan isteri makan di Pizza, kebetulan jumpa dengan seseorang yang sangat lama Am tak pernah jumpa, masuk pintu dia pandang Am dan Am pandang dia. Rasanya dia masih kenal Am lagi, jumpa dia dan salam dan bertanya khabar.

Jumpa dia membangkitkan kembali kenangan lama Am, dialah orang pertama yang marah Am semasa Am menolong abang angkat Am berniaga kedai makan. Teringat lagi semasa pelajar lain lain sedang sibuk mengulangkaji pelajaran Am pulak sibuk melayan pelangan, semasa pelajar lain telah tidur Am pula sedang mengayuh basikal pulang kerumah.

Biasalah Am bukan dari keluarga yang senang, terpaksa cari duit belanja sekolah sendiri. Tapi ok juga belajar berdikari dari umur yang muda lagi.

Semasa baru berkerja selepas sekolah, tak sangka pula berkerja di syarikat adik dia dan dia jugalah orang yang banyak komen kerja Am walaupun pada hakikatnya Am bukan berkerja dibawah dia. Dia sebenarnya seorang yang baik tapi sangat serius bila masuk bab berkerja.

Mungkin kerana itu Am sendiri telah terikut dengan perangai dia, serius bila berkerja.

Balik sambil melambai tangan pada dia, isteri dia dan anak-anak dia, bila akan berjumpa lagi Am sendiri tak pasti. Dia memandang Am dengan senyumannya yang masih tak berubah seperti dahulu. Mungkinkah dia berkata didalam hatinya "Inilah budak selekeh yang dulu aku pernah marah" ataupun dia berkata "Budak ini masih marah pada aku ker?"


Nota Kaki:
Bawa anak Am tonton wayang malam sabtu, tengok cerita PHSM 2, sikit pun dia tak takut cuma Am yang tak dapat menonton dengan tenang kerana melayan soalan yang bertubi-tubi dari dia.

Labels:

Friday, December 02, 2005

Bercerita tentang bulan "Disember"

Langit Kembali Membiru
Uploadkan photo langit semula, rasanya agak lama tidak mempamerkan photo langit disini. Hilang pula identiti Am & langitnya nanti

Sebenarnya bukan apa, cuaca sudah makin cerah sekarang, langit dah kembali membiru, banjir pun dah semakin surut.

Isteri Am pun dah tahu Am suka ambil photo langit, bila ada sahaja langit yang cantik-cantik dia tanya "Tak nak ambil gambar ker? cantik langit tu?"

Langit Membiru Kembali
Original Upload from O2 Xda II mini


Semalam kita mamasuki bulan Disember, bulan terakhir tahun 2005 dan juga kalau tak silap Am hari terakhir raya.

Bila masuk bulan Disember ini mulalah ramai yang terfikir akan azam baru dan tertanya-tanya adakah azam lama dah tercapai. Bagi Am azam itu tercapai atau tidak kurang penting tapi sekurang-kurangnya kita telah bergerak untuk menjadikan azam itu sebagai realiti. Mungkin Am akan kembali bercerita mengenai azam pada entry yang akan datang.

Bulan Disember juga mungkin akan jadi bulan yang paling sibuk bagi ramai individu. Boss akan sibuk memikirkan kenaikan gaji atau bonus untuk kakitangannya walaupun ada juga boss yang buat tak tahu sahaja.

Para perkerja pula sibuk berdebar samada ada atau berapa bonus dan kenaikan gaji mereka tahun ini. Am pula malas nak fikir dan berdebar, bagi Am kita kerja sahaja banyak mana kenaikan bergantung pada boss Am, lagipun kalau rasa kurang pun bukan boleh lawan dan minta lebih pun.

Bagi ibubapa mulalah sibuk memikirkan hal sekolah anak-anak, baju sekolah, beg sekolah, buku sekolah, bas sekolah, kasut sekolah, pendek kata semua mengenai sekolah. Nampaknya belanjawan bulan Disember ini akan bertambah besar, bagi yang dah beringat tu oklah tapi bagi mereka yang tak beringat tu, mulalah memikirkan dimana hendak mencari sumber untuk cukupkan belanjawan. Tahun depan tahun kedua anak Am tadika, jadi Am pun tumpang sibuk sekali memikirkan pasal tadika anak Am.

Bagi anak-anak pula, sibuk apa pula mereka ini ya. Fikir semula apa yang Am sibuk semasa kanak-kanak dulu, mungkin sibuk bermain kot.


Nota Kaki:
Am sibuk nak habiskan cuti sebelum cuti itu habis bergitu sahaja tahun depan.

"Selamat Berhujung Minggu dan semoga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan"

Labels: ,

Thursday, December 01, 2005

Biarkan Photo yang Bercerita

Photo ini Am terima dari Email rakan Am dan sudah cukup untuk menyatakan apa yang Am ingin katakan






Nota Kaki:
Masihkah kita tidak bersyukur lagi?

Labels: