AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, March 28, 2008

Bercerita tentang "Seminar"

Alhamdulillah, dapat lagi Am menulis dan berkongsi cerita diblog ini. Agak lama tak menyentuh blog kerana 3 hari pergi seminar. Bercerita tentang seminar ni, Am amat tak sukanya pergi seminar. Tambah pula selama 3 hari, ini pun kena paksa dengan kawan dan dia yang daftarkan. Hendak atau tak terpaksa pergi.

Dua tahun lepas kena paksa pergi seminar dengan boss, sudahlah seminarnya boring habis, boss pula asyik perhatikan Am sahaja. Akhirnya Am keras kat kerusi tu, badan disitu tapi otak tak tahu dah kemana, silap-silap boeh sampai London, Paris & New York.

Am pernah terfikir nak berkongsi ilmu yang Am ada sekarang ini, maksud Am mengenai kerja Am sebagai "Setiausaha Syarikat". Banyak topik yang Am ingin kongsi dari penubuhan Syarikat hinggalah kepada penutupan sesebuah syarikat itu. Mungkin Am bermula sedikit-sedikit dan jika ada sambutan Am akan pilih satu hari sebagai hari berkongsi ilmu.

Nota Kaki:
Balik dari seminar, kerja pulak tengah beratur.........

Labels: ,

Saturday, March 22, 2008

Bercerita tentang "Photo"


Photo ini Am rakamkan semasa bawa anak Am ke Genting. Muka adik tension pasal tak dapat main apa-apa mainan, abang pula seronok habis sampai mainan orang dewasa pun dia nak main. Tak tahu takut pun

Nota Kaki:
Suka lihat muka adik tension dalam photo ni hehehehe

Labels:

Wednesday, March 19, 2008

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1429H/2008M kepada semua pengunjung Blog Am. Semoga sambutan Maulidur Rasul tahun ini mampu mengukuh dan mengeratkan silaturahim yang sedia terjalin.

Nota Kaki:
Tiru ucapan dari Hotlink hehehe

Labels:

Tuesday, March 18, 2008

Bercerita tentang "Anak"

Alhamdulillah, masih ada upaya untuk menulis disini. Meninggalkan sedikit tulisan tentang perjalanan hidup Am. Diam tak diam anak kecil Am sudah berumur 8 bulan lebih. Semalam dia sudah mula belajar merangkak, walaupun belum bergerak tapi bontotnya sudah naik tinggi hehehe.

Anak kecil Am ini Am rasa cukup sayang dengan abangnya kerana setiap kali abangnya kena marah dia akan menangis lebih-lebih. Jadi Am dan isteri cukup risau kalau marah abangnya depan adiknya. Abangnya seperti selalu memang sayang gila dengan adiknya. Kalau Am suruh marah adiknya, cukup perlahan suara dia marah adiknya. Memang sah adiknya tak takut dengan dia nanti hehehe.

Satu yang Am dan isteri perasan, adik dan abang memang terlalu banyak perbezaan, abang memang kuat menangis dari kecil sampailah sekarang tapi adiknya cukup susah nak lihat dia menangis, tersenyun sahaja selalu. Abangnya cukup takut dengan orang semasa kecil tapi adiknya boleh jeling-jeling dan gelak dengan orang walaupun dalam lift. Am dan isteri sebenarnya lebih risau pada abang dari adik kerana dari kecil lagi adiknya nampak macam dah boleh berdikari hehehe.

Yang pastinya dari kecil ini Am dah pupuk semangat tangungjawab abang menjaga adiknya dan harapkan hubungan adik dan abang erat sampai bila-bila.

Nota Kaki:
Ingat nak paparkan photo adik dan abang tapi tertinggalkan pula photo di rumah.

Labels:

Friday, March 14, 2008

Bercerita tentang "Best Friends Award"


Diam tak diam sudah nak masuk tahun ketiga Am berblog, ini tak termasuk masa Am berblog dengan blog satu lagi Am yang telah terkubur dahulu. Pada awal berblog Am lebih cendurang bercerita tentang anak, isteri dan diri Am sendiri. Kemudian beralih sikit kepada benda-benda yang Am nampak dan akhirnya semua aspek Am paparkan dalam blog Am ini.

Dalan perjalanan berblog ini terlalu ramai yang Am kenal, kebanyakkanya lebih muda dari Am. Boleh dibilang dengan jari yang lebih tua dari Am. Nampaknya Am ini bolehlah dikata orang tua yang masih berblog hehehehe.

Masuk blog Noamee baru perasan yang sebenarnya Am kena terima tropi "Best Friends Award" dari dia. Terus terang Am sendiri tak pasti yang mana satu Best Friends Am dalam blog ini kerana Am rasa semuanya Best Friends Am. Ucapan terima kasih Am buat Noamee kerana sudi meletakkan Am dalam senarai Best Friends dan maaf kerana agak lambat menerima award ini hehehe.

Tropy ini Am sampaikan kepada semua rakan-rakan yang masih tak jemu-jemu mengunjungi blog Am, semuga kita akan terus jadi Best Friends selama-selamanya.

Moral of the Story :
Hidup biar banyak kawan jangan banyak lawan nanti tak pasal-pasal lebam sini sana

Labels: ,

Wednesday, March 12, 2008

Bercerita tentang "Zaman Kanak-Kanak"

Hujan rintik-rintik, tumbuh daun lalang
Mak bagi 10 sen, adik pergi sekolah
3 + 3, adik jawab 6
Cikgu tanda "right" adik pulang

Am teringat satu ketika dulu anak Am ada menyanyikan lagi ini semasa pulang dari sekolah. Zaman Am sekolah dulu memang popular lagi ini, siap boleh lukis muka orang lagi dengan lagu ini. Kawan-kawan siap tambah lagi macam-macam pada lagu ini. Dari muka lelaki jadi muka perempuan dan ada yang tambah hingga boleh pakai cermin mata.

Sebenarnya banyak lagi lagu-lagu yang seumpama ini, seperti bangau oh bagau, pokok bunga melor (Tak pasti betul ker tak tajuknya). Tapi makin lama lagu ini makin dilupakan dan tak keterlaluan jika Am kata mungkin dalam 2 atau 3 generasi lagi, lagu ini akan terus hilang dari minda anak-anak kita.

Bukan sahaja lagu tapi ada banyak permainan zaman kanak-kanak yang semakin dilupakan. Permainan seperti konda-kondi, galah panjang, polis & pencuri, guli, gasing dan bayak lagi makin kurang popular sekarang dan setengah-setengah kanak-kanak tak tahu apa permainan itu bila disebut pada mereka.

Am ada cita-cita hendak mengumpulkan semula lagu-lagu zaman kanak-kanak untuk disimpan didalam blog Am. Jika ada sesiapa yang tahu lagu itu boleh catitkan diruangan komen di blog Am, mungkin Am akan buat satu ruangan khas atau buka satu blog lain untuk menyimpan lagu-lagu ini.

Nota Kaki :
Rindu nak lastik burung hehehe

Labels: ,

Tuesday, March 11, 2008

Bercerita tentang "Blog"

Photo ini Am jumpa dalam simpanan Am, banyak photo dalam "Laptop" dirumah Am. Terlupa pula nak simpan di komputer pejabat ini.

Am sendiri tak pasti photo ini sudah pernah dipaparkan disini atau tidak, kalau sudah maaflah ya hehehe.

Awan Di Pantai....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Semalam dan hari ini melawat blog rakan-rakan, banyak cerita baru dari rakan-rakan. Ada berita gembira seperti perkahwinan cik ooop Puan Faizzah kita dan kehadiran orang baru dalam keluarga AbahMuizz. Berita sedihnya pula tentang Retna yang kehilangan orang tuanya (Al-Fatihah). Am juga bersimpati dengan Abang Long tapi Am sendiri tak tahu nak tolong macam mana. Oh ya terlupa tentang boss kita yang berjalan sakan (2nd honeymoon ker? hehehe).

Am perasan semasa Am berehat ini, banyak "Tag" yang telah tercipta, satu yang paling Am kagum ialah "Tag Best Friends". Tak sangka mereka boleh terfikir nak buat Tag macam tu. Apa-apa pun rasa rugi pula kerana Am tiada bersama untuk berkongsi kesediahan dan kegembiraan rakan-rakan blog semua.

Semuga semua rakan blog akan lebih ceria, maju jaya dan berbahgia selalu.


Moral of the Story :
Jangan rehat lama sangat hehehe............

Labels:

Monday, March 10, 2008

Bercerita tentang "Pilihanraya"

Pagi tadi semasa pergi kerja, Am perasan jalan tak sesak sangat, mungkin ramai mengambil kesempatan untuk sambung cuti balik kampung. Nampaknya itu adalah salah satu kebaikan pilihanraya hehehe

Tamat sudah pilihanraya ke 12, ramai yang tersenyum, menangis, terkedu, terperanjat dan yang tak cukup tidur pun tak kurang juga. (Am salah sorang yang kurang tidur tu hehehe). Ada juga yang sedang pindah barang untuk keluar rumah atau masuk rumah baru, ada yang kunci segala pintu rumah dan ada yang masih rasa boleh bangun semula.

Am ada "Analisis" Am sendiri pasal pilihanraya kali ini tapi Am tak berani nak tulis dalam blog ini kerana malas jika blog ini jadi blog politik pula nanti. Yang pastinya pilihanraya kali ini memang banyak memberi pengajaran kepada sesetengah pihak, baik pihak yang menang maupun pada pihak yang kalah. Yang Am berani kata ialah nampak sangat dalam pilihanraya kali ini, pengundi melahirkan protes mereka melalui undi mereka. Ini membuktikan mereka sudah sedar berapa bernilainya setiap undi mereka itu.

Terus terang, Am lebih memandang apa yang akan terjadi selepas pilihanraya ini, adakah segala kehendak rakyat/pengundi akan termakbur? Tak kisah samada BN atau BA. Adakah janji-janji akan ditunaikan? Adakah keselesaaan hidup akan lebih baik? Harapan Am agar pihak yang menang tak terlalu leka menyambut kemenangan mereka dan pihak yang kalah tak terlalu sedih sehingga terlupa tugas utama mereka kepada rakyat.

Moral of the Story:
Lebih banyak dengar suara rakyat, jangan suruh rakyat sahaja dengar suara kita

Labels:

Thursday, March 06, 2008

Bercerita tentang "Ke Mana Agaknya?"


Sudah lama Am tak paparkan photo awan didalam blog Am ni, terjumpa pula photo ini didalam komputer pejabat ini. Am sendiri tak pasti photo ini pernah dipaparkan atau tidak didalam blog ini.

Harap-harap tak lama lagi makin meriah semula photo awan didalam blog Am ini, sekrang ini dah makin kurang photo awan dalam simpanan Am.

Awan Kembali....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Sekarang ini makin banyak pula email yang Am terima tentang pilihanraya, almaklumlah deman pilihanraya sedang menjelma. Email dari BN dan pembangkang, semuanya Am baca. Ada juga yang tergelak Am baca kerana dia ingat sepembaca ni bodoh sangat boleh kena tipu dengan email-email mengarut tu. Sekarang ni orang kampung pun dah pandai untuk menilai. Yang tak pandai menilai tu sebenarnya lebih pada buat-buat tak pandai hehehe.

Satu yang Am pelik dari Am kecik lagi. Selepas kita mengundi dan pengiraan undi, Ke mana kotak undi dan kertas undi itu pergi agaknya? Disimpan ker atau dimusnahkan? Kalau disimpan siapa yang simpan dan kalau dimusnahkan tak ada dengar pula dan siapa yang musnahkan. Bila banyak soalan ini timbul, timbul satu soalan dalam fikiran Am, Benarkah undi Am itu rahsia

Moral of the Story :
Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri hehehe............

Labels:

Monday, March 03, 2008

Bercerita tentang "Dah Lama"

Tersangatlah lamanya Am tak bercerita didalam blog Am ini, kalau rumah maunya dah bersawang dan mungkin juga berlumut. Mula berblog dahulu Am memang berniat hendak bercerita paling kurang pun seminggu 2 kali tetapi banyak benda lain pula yang beratur didepan semangat menulis blog itu, jadi terpaksalah uruskan benda lain dahulu. TETAPI Am boleh kata hari-hari jengok blog Am dan ikuti perkembangan beberapa blog. Sebenarnya banyak cerita yang Am hendak ceritakan tapi akhirnya Am hanya menulis blog di kepala Am sahaja dan seperti biasa akhirnya hilang begitu sahaja.

Pejam celik sekejab sahaja masa berlalu, anak kecik Am dah makin melasak dan pandai hendak cari perhatian sekarang. Abangnya pula seperti biasa tidak diberikan sepenuh kepercayaan untuk menjaga adiknya kerana dia lebih suka melihat adiknya buat apa-apa dan kemudian menjerit "Mama, adik buat ni" atau "Abah, adik buat tu". Sejak anak dah dua ini, Am kena belajar untuk berlaku adil kepada dua anak Am walaupun ada masa Am tak berlaku adil pada abangnya tapi sekurang-sekurangnya Am masih lagi berusaha untuk berlaku adil. Satu lagi kena berlaku adil pada mamanya juga, kalau tidak ansyik anak sahaja merajuk pula mamanya hehehe

Tak lama lagi Pilihanraya, Am seperti biasa tak memangkah kenapa parti tapi memangkah pada calon yang Am rasa boleh dan layak memimpin Am jadi jangan tanya Am, Am sokong parti yang mana?

Oh ya sekarang ini Am dah berpindah ke pejabat baru, bukan kerja baru tapi pejabat yang baru. Benda serba baru cuma semangat sehaja yang makin turun. Mungkin letih melihat ramai yang pandai main "politik" disini, mungkin mereka sedang belajar untuk menjadi calon pada pilihanraya yang akan datang (itupun kalau ada orang calonkan)

Moral of the Story:
Mengundilah dengan "Akal"

Labels: , , ,