AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, November 28, 2008

Bercerita tentang BERCUTI

Photo ini dirakam semasa dalam perjalan balik kerumah, Bangunan hujung itulah tempat tinggal Am. Itulah "Rumah ku Syurgaku" bagi Am hehehe

Seperti biasa photo ini dirakan oleh isteri Am, nampak cantik minta dia tolong snap. Lama-lama isteri Am pulak lagi bagus dari Am nanti hehehehe.

Awan Biru....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS


Alhamdulillah AGM tadi berakhir dengan selamat dan lancar. Kawan-kawan gelakkan kerana mereka nampak muka Am macam panik aja kat atas tu. Bukan panik sebenarnya, ada sedikit gemuruh sahaja hehehe

2. Hari Isnin ni Am akan bercuti, kebetulan sabtu dan Ahad akan ke kuala kangsar untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kawan Am. Jadi Hari Isnin tu kiranya nak berehat ler.

3. Rasanya tak berehat juga pasal anak Am ajak pergi Zoo, semua gara-gara tengok cerita Madagaskar 2 tu. Isteri pula ajak buat pasport untuk satu keluarga. Nampaknya cuti berehat jadi cuti settlekan janji dan perkara tertangguh.

Nota Kaki:
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels: ,

Thursday, November 27, 2008

Bercerita tentang AGM

Hari ini Am boleh kata sibuk gila, nasib baik sibuk gila dan tak betul-betul gila. Ini semua kerana besok Am ada Annual General Meeting untuk syarikat yang Am jaga. Harap-harap pemegang saham tak mengada-gada besok.

2. Berdebar kerana kali pertama buat di Kuala Lumpur dan ramai pula pemegang saham yang akan hadir. Dulu semasa di Pulau Pinang tiada siapa nak hadir pun. Pangarah pula dah berkali-kali ingatkan supaya semua benda teratur dengan baik.

3. Doakan Am agar tiada perkara yang diluar jangkaan berlaku besok ya. Kalau petang besok Am masuk blog dan gembira maknanya semuanya ok ler tu. Kalau sebaliknya faham-faham saja ler ya hehehe

Nota Kaki:
Nasib baik AGM setahun sekali, kalau sebulan sekali maunya habis semua rambut Am gugur hehehe

Labels:

Wednesday, November 26, 2008

Bercerita tentang IBU




Nota Kaki:
Haiwan pun tahu sayang anak...... Manusia????????

Labels:

Tuesday, November 25, 2008

Bercerita tentang TANDAS

Satu lagi photo awan biru yang Am dah lupa bila Am rakamkan. Sebabbnya mungkin dah terlalu lama atau Am ambil sambil lewa dan tak ada niat nak paparkan di blog Am ini.

Ada cita-cita nak beli kemera yang canggih tapi budget yang belum canggih lagi.... Ada sesiapa nak hadiahkan kat Am tak hehehe

Awan Biru....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS


Nak bercerita sikit pasal semalam kali pertama Am gunakan tandas canggih ditepi-tepi jalan tu. Tak mahal 20 sen sahaja tapi sikit punya canggih tandas tu.

2. Lepas masuk baru Am tahu tandas itu boleh digunakan selama 15 minit sahaja. Sebelum 15 minit ada bunyi untuk beritahu dan selepas itu pintu akan terbuka sendiri.

3. Yang tak seronoknya tak sampai 5 minit Am masuk, tandas tu dah berbunyi, terperanjat Am dan terenjat segala-gala. Akhirnya Am keluar tak sampai 10 minit pun guna.

4. Rasanya kalau tak terpaksa atau dipaksa Am tak nak guna tandas tu lagi hehehe...

Nota Kaki:
Rasa macam satu dunia pandang kita pula hehehe

Labels:

Friday, November 21, 2008

Bercerita tentang KEHIDUPAN

Am selalu mengangap melalui kehidupan sepeti kita sedang membawa kereta atau apa kenderaan dijalanraya. Tersenyum Am pada satu ketika dahulu Dr. Fazly pernah menggunakan falzafah yang sama untuk pelajar Akademi Fantasia. Sama rupanya pemikiran dan Dr. tu hehehe
Untuk keselesaan dijalan raya kita tentu ingin menggunakan kereta yang mewah, berhawa dinggin, kerusi yang empuk, power sterring dan macam-macam lagi. Begitu juga dengan hidup, untuk selasa dalam kehidupan kita perlukan kerja yang bagus, gaji yang menarik, dan macam-macam lagi.

Untuk memudahkan kita menuju kedestinasi kita, kita perlu tahu selok jalan, contoh selok belok jalan di Kuala Lumpur atau Selangor. Begitulah juga dalam kehidupan, kita perlu ilmu dalam yang banyak sebagai bekal atau senjata dalam mengahadapi hari-hari yang akan datang. Tanpa ilmu kita akan sesat dan mungkin juga jauh ketinggalan dari orang lain.

Untuk menuju ke destinasi kita boleh melalui berbagai jalan, contohnya, untuk ketempat kerja Am. Am boleh melalui jalan Tun Razak atau Jalan Kinabalu ataupun Jalan Parlimen. Begitu juga dalam kehidupan banyak jalan untuk mencapai kejayaan. Mungkin jalan itu penuh dengan kekecewaan, kemarahan, penipuan, mengipas, usaha ataupun penuh dengan tangisan orang lain. Kiata yang tentukan jalan mana yang kita hendak.

Banyak lagi sebenarnya yang boleh kaitkan kehidupan dengan membawa kenderaan dijalan raya. Jadi bila bawa kenderaan atau bila diatas jalan raya ingatlah kehidupan sehari-hari kita.

Nota Kaki:
Kegembiraan orang lain boleh mengembirakan kita tapi kegembiraan kita belum tentu akan mengembirakan orang lain. Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

Labels:

Thursday, November 20, 2008

Bercerita tentang KELAS MALAM

Semalam kali pertama dalam sejarah hidup Abang pergi kelas malam kat rumah kawan Am. Kebetulan pergi kelas itu dengan kawan dia yang akan datang sama kelas dengan dia di sekolah Kebangsaan nanti. Masa nak pergi nampak macam tak sabar-sabar, bila balik oklah Am nampak. Ada kerja rumah yang kena buat dan dia boleh buat sendiri. (boleh pulak buat sendiri)

Cuti sekolah Am taknak dia berehat sangat macam lepas-lepas. Nanti habis semua dia lupa dah jadi macam budak tadika balik. Yang dia ingat "Power Rangers" sahaja.

Adik pulak sejak dapat kaki tak reti diam. Pantang leka habis semua benda dia nak buat main. Tak masuk mulut dia baling macam baling bola. Sekarang dah tahu merajuk bila kena marah dan tunjuk tak puas hati bila tak dapat apa yang dia minta.

Tak tahulah isteri tapi Am memang tak sabar tunggu dia pandai bercakap. Sekarang ni dia pandai cakap tapi bahasa dia sendiri yang Am pun tak faham apa yang dia nak sebenarnya.

Nota Kaki:
Masih tak percaya lagi Am dah ada tiga anak hehehe........

Labels:

Wednesday, November 19, 2008

Bercerita tentang CURANG

Semalam sempat melayan cerita Butterfly On A Wheel di Astro. Kali kedua Am menonton cerita ini kali pertama dengan isteri Am. Cerita berkisar tentang isteri yang membuat komplat supaya suaminya merasahi perasaan benci, sedih, marah, kecewa dan terhinanya dirinya apbila suaminya curang. Paling menarik ialah isteri itu berpakat dengan suami perempuan yang lelaki itu ada hubungan sulit.

Menonton cerita ini teringat pula kisah Abby dan Norman. Kesihan Abby walaupun Am tak tak tahu kisah sebenar disebalik kisah-kisah yang terpapar di muka-muka akbar. Norman bersalah atau tidak itu tidak penting. Ramai telah menghukumnya bersalah bila dia mengaku suka/sayang pada perempuan lain selain isterinya.

Am selalu berdoa agar Am tak jadi suami yang macam yang Am dengar, baca dan tonton. Atas sedikit kesenangan Am terlupa atau sengaja lupa pada isteri yang dahulu sama-sama susah, sama-sama berpanas dan berhujan. Atas apa juga alasan Am berdoa agar tak jadi lelaki sebegitu.

Cubaan dan dugaan memang banyak, sana lawa, sini menarik, situ mengoda, sinun manis TAPI bagi Am isteri Am lah yang PALING lawa, manis, cun, mengoda sejak dari mula Am kenal, hari ini, esok dan selamanya.

Pnajang pula Am bercerita hari ini, jumpa lagi Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan. Kitalah watak utama dalam hidup kita dan sebagai watak utama kita punya tangungjawab terhadap hidup kita dan sekitar kita. Salam dan jumpa lagi.

Nota Kaki:
Banyak benda kita kena belajar sebelum berkahwin tapi lebih banyak lagi benda kita belajar untuk mengekalkan perkahwinan

Labels: ,

Monday, November 17, 2008

Bercerita tentang LEMBAB


Photo awan ini dirakamkan semasa kabus melanda kawasan perumahan Am, Am tak pasti pulak semuanya kabus atau separuh kabus separuh jerebu.

Gabungan antara kabus dan jerebu Am panggil "Jebus" dan isteri Am pula panggil "Karebu"

Awan Berkabus....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS


Am macam nak lepas geram hari ini. Am kadang kala (memang selalu pun) sakit hati dengan pengurusan baru tempat Am ini. Kalau kita minta sesuatu punyalah lambat/lembab. TAPI kalau kita buat sendiri marah pulak macam kita memandai sendiri. Masalahnya kerja kita banyak tergendala pasal sifat sambil lewa mereka ini.

Ok lepas geram setakat itu dahulu, nanti sambung lagi hehehe

Nota kaki:
Gaya macam pandai tapi sebenarnya tak pandai pun......

Labels: ,

Wednesday, November 12, 2008

Bercerita tentang "007"

Dua hari lepas Am temankan isteri ke JJ, kebetulan disana Am teringat nak bawa anak Am menonton wayang cerita Madagaskar 2. Rupa-rupanya 13 November 2008 baru mula tayang. Am pun baru perasan "Cicak Man 2" ada ditayangkan pada 11 December 2008. Wah banyak cerita kena bawa anak Am menonton nanti.

Satu cerita yang sedang ditanyang tapi kurang menarik minat Am ialah James Bond 007 Quantum of Solace. Ini kali kedua Daniel Craig berlakon sebagai 007 tapi Am rasa filem yang lepas tak berjaya menarik Am untuk menonton 007 kali ini.

Entah kenapa Am rasa 007 tu dah jadi watak biasa ala-ala penyiasat biasa-biasa sahaja. Entah bagi Am 007 tu merupakan Agen lagenda, dia ada stailnya sendiri, membunuh dengan tenang, mengoda awek dengan caranya sendiri dan paling penting lagaknya yang cool.

Mungkin orang lain ada pendapat yang berbeza tapi ini adalah pendapat ikhlas Am dari filem yang terdahulu dan mungkin pendapat Am ini akan berubah selepas menonton filem 007 yang terbaru nanti.

Nota Kaki:
Lama rasanya tak ke pangung ni......

Labels: ,

Monday, November 10, 2008

Bercerita tentang TRAVIAN

Am sekarang ni tengah ketagih main Games Internet, setiap hari memang kalau ada masa lapang Am akan melayan Games tu. Sampai isteri Am pun dah merungut. Dah lama Am main games ini dan dah seronok pula layan, lagipun Am tak kacau sesiapa.

Am memang cepat ketagih pasal main games ni terutama games yang berbentuk "Strategy". Setakat games yang main tembak-tembak tu Am memang kurang berminat. Games Strategy ini sikit sebanyak buat Am berlajar berfikir untuk mencari jalan yang terbaik untuk berjaya dan terus hidup dalam games tu.

Kalau ada sesiapa berminat bermain games
Travian ni boleh daftar dan cari pemain abahmuda, kalau jumpa boleh jadi geng Am hehehe

Nota Kaki:
Kalau sesiapa jumpa web games yang menarik, bolehlah kongsi dengan Am ya

Labels: ,

Friday, November 07, 2008

Bercerita tentang RM3.00


Am sendiri dah lupa bila photo ini dirakamkan (ayat biasa Am sekarang ini)tapi yang pasti photo ini dirakamkan dianjung rumah Am.

Masih ingin mengekalkan indentiti blog ini dengan "Awan Birunya". Nampak awan biru ingat blog Am ni hehehehe

Awan Biru....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS


Kalau pembaca lama diblog Am ini tentu masih ingat "Entry" Am pasal makcik RM3.00 Tapi sekarang Am dah pindah pejabat tak tahulah makcik RM3.00 tu dah jadi RM3.50 atau RM4.00, mungkin juga dah jadi makcik RM4.00 Tapi Am nak bercerita kali ini pasal kedai makan di PERTAMA Complex yang menjual makanan dengan harga RM3.00 Makan apa sahaja akan kena cuma RM3.00 dan Am dah menjadi pelanggan tetap disitu hehehe.

Sekarang Am rasa kadang kala makan sarapan lagi mahal dari makan tengahari. Mungkin bahan mentah untuk sarapan lebih mahal atau susah nak sedia daripada makanan tengahari.

Teringat zaman Am bujang dahulu, semasa gaji tengah seciput sahaja. Tiap hari makan nasi lemak bungkus, bukan nasi lemak itu sedap tapi itu sahaja yang kena dengan budget. Tengahari pula makan nasi ayam, sekali lagi bukan nasi ayam itu sedap tapi budget kena jaga. Sampai kadang kala kembang tekak tengok nasi ayam tu.

Sekarang bukan senang tapi tak sesengkek dahulu, Am boleh beli apa Am hendak untuk sarapan dan makan tengahari. Mungkin rezeki isteri dan anak-anak, Am tumpang sekali....

Nota Kaki:
Kesusahan mengajar banyak erti kehidupan CUMA harap tak lupa kesusahan hanya kerana sedikit kesenagan.

Labels:

Wednesday, November 05, 2008

Bercerita tentang JAMUAN SEKOLAH

Hari ini anak Am ada Jamuan Sekolah di sekolah kebangsaannya, sekolah agama katanya hari Jumaat nanti, kata dialah..... Dia kata kawan bukan melayu bawa yang ringan-ringan dan yang melayu bawa makanan yang berat-berat. Dia cakap senang, mama dia yang pening kepala fikir nak bawa apa.

Setelah fikir punya fikir, telefon kawan lagi, mamanya buat keputusan nak suruh dia bawa kek pisang. Maka dengan rasminya anak Am bawa kek pisang, Jangan lupa keluarkan dari beg nanti sudah lah hehehe.

Oh ya keputusan peperiksaan Abang kali ini oklah sikit dari dulu, janji satu gagal satu rotan dan dia gagal satu tapi sampai sekarang belum rotan lagi. Tak apalah pasal lebih banyak lulus dari gagal...

Nota Kaki:
Malam tadi lepas makan malam, Abang punya lah rajin.... Terperanjat Am hehehe

Labels: