Tuesday, January 30, 2007
Friday, January 26, 2007
Bercerita tentang "Bola"
Harapan Am agar bolehlah pasukan Bola kita masuk "Final", dah lama rasanya kita tak menyokong pasukan kita di Final.
Labels: Sukan |
Wednesday, January 24, 2007
Bercerita tentang "Blogger"
Tuesday, January 23, 2007
Bercerita tentang "Sibuk"
Semalam ada rakan lam berYM dengan Am, cerita beberapa cerita termasuklah cerita seorang teman yang menyamar dalam YM untuk mengoda gadis-gadis dan isteri orang. Penyamaran terbongkar bi IPnya berjaya dikesan dan ada yang nak buat laporan polis. Terperanjat juga Am dengar cerita-cerita begini. Bagi Am sebaik mana kita menyamar akan terbongkar juga kerana benda-benda IT ini sentiasa ada rekodnya. Kalau tertangkap buat benda baik tak apa , ini benda tak elok, kalau terus beginilah rasanya nanti YM pun kena berdaftar dengan kerajaan. Labels: Jom Fikir |
Friday, January 19, 2007
Bercerita tentang "Tabiat"
Thursday, January 18, 2007
Bercerita tentang "Anak"
Anak : Mama, kita rasa kita dah jatuh cintalah Am rasa dia bukan nak kata cinta tapi dia nak kata dia suka si Siti tu tapi dia tak tahu macam mana nak cakap. Entah siapa yang anak Am tiru, nak kata Am tak juga pasal Am tak bercinta masa darjah satu 1 hehehehe Ada tanya dia, macam mana rupa budak Siti tu, dia kata pakai tudung hehehe. Patutlah sejak kebelakangan ini rajin sebut nama Nur Alia sampai kalau ada adik pun nak letak nama Nur Alia, rupanya ada Udang Sebalik Batu.
Labels: Anak |
Monday, January 15, 2007
Bercerita tentang "Buat Duit"
BUAT DUIT DENGAN HANYA BACA EMAIL DAN KLIK BANNER!!!
Labels: Iklan |
Friday, January 12, 2007
Bercerita tentang "Kenangan 2"
Thursday, January 11, 2007
Bercerita tentang "Kenangan"
Semua awan di Malaysia, bila agaknya dapat rakam awan diluar negara pula hehehe. Terpandang "Tea Lady" Am, teringat waktu pertama Am kerja dipejabat Am ini. Kali pertama Am berkerja dipejabat ni sebagai tukang sapu merangkap tukang buat air, merangkat budak pejabat dan merangkat juga tukang hantar surat. Am kerja disini pun ayah Am yang carikan kerana takut Am putus tangan kerana semasa itu Am kerja di kilang. Pelahan-lahan Am merangkak dari bawah keatas hingga jawatan Am sekarang, ramai orang bangga dengan kejayaan Am termasuklah boss Am dan yang paling penting Am sendiri berbangga dengan diri Am. Sebab itulah Am selalu ingatkan kerani-kerani ditempat Am supaya mereka bukan sekadar buat kerja sahaja tapi belajar apa yang mereka buat itu. Am tak kisah satu hari mereka akan berada diatas Am kerana Am tahu Am akan rasa bangga melihat mereka berjaya didepan mata Am. Am selalu ingatkan diri Am, bimbingan dari orang lain penting tapi yang lebih penting ialah keinginan diri kita sendiri untuk berjaya. Labels: Peribadi |
Wednesday, January 10, 2007
Bercerita tentang "Angkat Tangan"
Am perasan penumpang disebelah Am jeling Am rakamkan photo awan hehehe. Am perasan kadang kala kita buat silap dijalanraya dan kemudian kita angkat tangan tanda mohon maaf, orang lain akan kurang marah dan ada dengan mudah maafkan kita. Begitu juga pada Am kalau pemandu didepan, belakang, kiri, kanan Am buat silap dan kemudian angkat tangan, kemarahan Am akan reda dari 100% tinggal 10% sahaja. Jadi kawan-kawan, faham-fahamlah angkat tangan bila kita buat silap, tak lama mana pun angkat tangan itu.
Labels: Jom Fikir |
Tuesday, January 09, 2007
Bercerita tentang "Bola"
Monday, January 08, 2007
Bercerita tentang "Hari Pertama"
Ada photo awan dari dalam kapal terbang yang Am rakamkan. Banyak juga, nanti Am akan paparkan disini. Agak sibuk sekarang, almaklumlah baru balik dari bercuti. Hai semua, berjumpa lagi kita didunia blog ya. Syukur kerana Am masih sihat dan masih mampu bercerita didalam blog ini. Agak sibuk hari ini sehingga terlalu lewat untuk bercerita disini. Banyak benda hendak diceritakan tapi yang paling Am tak sabar ialah hendak bercerita tentang hari pertama anak bersekolah kebangsaan dan sekolah ugama. Kebetulan isteri Am tak sihat jadi Am terpaksa uruskan semua dari beli baju, kasut, hantar anak hari suai kenal dan seterusnya hari pertama sekolah. Sekolah ugama ok sahaja Am nampak, anak Am macho seperti Am dan tak ada nampak tanda-tanda nak menangis. Dia lebih leka pandang gelagat rakan-rakan kelas dia. Tak banyak aktiviti disekolah kerana selepas mendaftar semua pelajar dibenarkan pulang. Lain pula dengan sekolah kebangsaan, hari suai kenal semua sudah ada kelas sendiri. Kemudian semua pelajar diwajibkan ambil ujian, Am dah lupa apa nama ujian itu tapi ujian untuk menilai samada pelajar boleh membaca dan menulis. Kebetulan ada taklimat, selepas balik taklimat Am lihat anak Am sudah hilang dari kelasnya, rupanya dia sudah ada kawan dan sudah buat tawaf satu sekolah. Am risau juga tapi dia punya muka selamba aja. Hari pertama sekolah tiada apa yang menarik kerana Am lebih lepak dikantin dari kelasnya kerana malas nak ganggu dia dikelasnya. Am perasan dah ramai budak tak menangis sekarang ni, kalau tak silap Am hanya jumpa dua orang budak sahaja yang menangis dan satu lagi yang Am perasan ialah murid perempuan punyalah banyak beg warna pink, segala jenis warna pink boleh lihat hehehehe.
Labels: Anak |