eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, October 16, 2009

Bercerita tentang KECUT


Yang ini photo air terjun di Sg. Gabai. Selalu memandang awan dilangit, kali ini menunduk kepala melihat air dibumi pula.

Banyak lagi photo air terjun tu tapi Am rasa ini yang paling cantik dengan kemera murah tu hehehe

Air Terjun....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS


Am rasa banyak seluar Am dah mengecut, mana tak semua Am rasa bila pakai dah ketat. Sejak lepas puasa ni hampir semuanya ketat. Am pun pelik mungkin salah guna sabun atau kualiti kain yang tak bagus. Entah apa sebabnya. Kalau dulu kena pakai tali pinggang sekarang tak perlu lagi. Sayang pula rasanya nak beli seluar lain.

Oooooooopss atau Am yang dah mengembang......

Nota Kaki :
Menguncup sikit bulan puasa Mengembang banyak bila raya

Labels:

Wednesday, October 07, 2009

Bercerita tentang KEMBALI


Kembali berblog dengan photo awan yang Am sendiri sudah lupa bila Am rakamkan. Yang pasti photo ini dirakamkan di balkoni rumah Am.

Cuma nak beritahu Awan Biru masih ada di Malaysia ni hehehe



Awan Senja....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS


Tersangat lama benar rasanya Am tek berblog, ini yang paling lama rasanya Am berehat. Ada juga beberapa rakan blog termasuk isteri Am sendiri tanya Am dah berhenti berblog atau ada blog lain. Am mana ada blog lain cuma terlebih terpengaruh dengan benda lain agaknya hehehe.

2. Tak ada masa memang bukan alasan yang sesuai kerana Am lebih leka main game dalam Facebook. Maafkan ya kawan-kawan.

3. Bila terlalu lama berehat sudah tentu terlalu banyak ucapan yang tak terucap, sudah tentu ucapan Selamat Harijadi buat anak-anak tak ada dalam blog ini, Ucapan untuk diri sendiri pun tak ada juga, ucapan untuk harijadi blog pun tak ada, ucapan salam kemerdekaan juga terlupa nak letak dan baru-bari ini Ucapan Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya juga tak ada.

4. Sebenarnya banyak benda yang nak ditulis, bermacam isu yang Am nampak dan Am tak puas hati tapi semuanya tertulis dihati sahaja. Tapi tak apa kalau ada masa Am akan kembali menulis isu-isu yang Am nampak didalam blog Am ini.

5. Nampaknya plan Am nak ubah layout blog Am ini pun tergendala hehehe. Am rasa Am akan kekalkan layout ini sehingga Am dapat satu layout yang benar-benar buat Am puas hati. Namk buat macam mana buat sendiri tak pandai.


Nota Kaki :
Harap-harap kali dah mula dan tak rehat panjang lagi.....

Labels: ,