AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Tuesday, June 29, 2010

Bercerita tentang BOLA 2

Sejak musim Piala Dunia ni, Am memang kurang tidur habis, kalau dulu jarang tidur pukul satu, sekarang boleh kata hari-hari tidur pukul satu. Sampai pejabat muka mengantuk semacam hehehe

Banyak pasukan yang disangka akan menyerlah tersungkur di pusingan kumpulan lagi dan pasukan yang tak disangka memberikan kejutan. Biasalah Bola itu Bulat.

Peliknya masa Bola ni lah, Am banyak program lain, ada dua tiga perlawanan yang Am nak tonton terlepas. Sakit hati juga tapi biasalah kena pilih mana satu yang lebih penting.

Bercerita tentang bola ni, Am agak kecewa dengan mutu pengadilan Piala Dunia kali ini. Ada banyak keputusan yang boleh dipertikaikan dan keputusan itu secara tidak lansung menganggu rentak perlawanan itu. Secara peribadi bagi Am, ini dah Piala Dunia, semua yang ada dipadang itu ialah yang terbaik. Sikit-sikit silap orang tak ada hal tapi bila dah ketara sangat oarang akan mula kritik dan menyampah.

Nota Kaki :
Dah pakai "earphone" pun masih boleh buat silap juga hehehe

Labels:

Wednesday, January 27, 2010

Bercerita Tentang SIKAP

Lama benar rasanya Am tak letak photo bunga dalam blog Am ni. Sekali sekala nak juga bagi blog Am ni berseri sedikit selepas lama sangat bersawang hehehe

Biasalah ni photo lama yang masah dalam simpanan Am. Banyak photo bunga sebenarnya ni tapi kalau letak diblog Am ni jadi Mat bunga pula Am.

Bunga Kembali....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS



Dua Hari lepas Am dan keluarga melawat kawan isteri Am di hospital. Dia naik motosikal dan kena langgar lari oleh sebuah kereta. Sakit hati juga bila dengar cerita langgar, orang jatuh dan dia selamba sahaja lari. Apa dia ingat bangga sangat dapat lari dan tak tangungjawab tu ker?

Kekadang semakin akhir zaman ni manusia makin menyerlah sifat "kahaiwanan" mereka. Banyak kita baca diakbar-akbar, anak pukul bapa, mak curah anak dgn asid, orang dibunuh dengan kejam sampai hilang kepala dan macam-macam berita panas lagi.

Pasti ramai yang bertanya, kenapa boleh jadi bergini? Ramai yang kata pengaruh dari sekeliling atau kerana tekanan. Tak kurang juga kata kerana mereka tidak diberikan didikan yang sepatutnya dari awal lagi.

Am setuju dgn pendapat-pendapat itu tapi secara peribadi bagi Am ini semua bergantung pada diri sendiri. Kalau orang lain boleh jadi manusia mengapa kita jadi haiwan. Pokok pangkalnya kita kena menilai sikap diri kita sendiri dan arah mana sikap itu akan bawa kita.

Nota Kaki :
Apa agaknya akan jadi 10, 20 atau 100 tahun lagi.......

Labels:

Tuesday, December 09, 2008

Bercerita tentang SUNAT

Ada dua perkara yang popular bila cuti hujung tahun ni, satu perkahwinan dan satu lagi Sunat. Ada beberapa kawan Abang yang dah bersunat dan nak bersunat. Abang pula pakat perhati dan dia kata dia nak sunat tahun depan. Ok ler tu janji dia nak, jangan dia kata tak nak terus sudah ler hehehe

2. Semalam sepupu dia datang dari kampung, dia cerita tentang sunat rupanya dengan sepupu dia. Ok ler tu sepupu dia kata tak sakit. Tutup mata, lepas muka mata dah siap.

3. Adik pula sekarang makin ligat melasak. Rasanya hampir semua "Frame" gambar di rumah Am tu dipatahkan oleh adik. Dia patahkan, Am gam balik. Mula-mula dua Am marah jugak, sekarang lantak ler malas nak marah....

4. Semalam Abang tidurkan adik, adik menangis abang tepukkan sampai dua-duanya lelap. Bila siang adik kacau abang sampai abang mengamuk, lepas tu abang pulau kacau adik sampai adik menangis. Itulah kerja mereka berdua tu.

Nota Kaki :
Lupa pula hujung tahun ni ada dua lagi perkara, satu dah lama popular iatu BANJIR dan satu baru mula nak popular iaitu TANAH RUNTUH

Labels: ,

Thursday, December 04, 2008

Bercerita tentang MINYAK


Macam photo semalam juga tapi kali ini ada parit sekali. Teruja sangat sampai photo parit pun Am rakamkan hehehe

Kalau tak silap ada photo tali air dan rumah tepi bendang Am rakamkan, nanti Am tanya isteri Am mana dia simpan hehehe


Awan, Bendang & Parit....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS


Semalam isi minyak motor RM8.00 tapi berlebih. Pelik Am selalunya minyak tu secukup rasa dengan tangki Am, Am fikir mungkin kerana Am awal sangat isi minyak kot. Rugi... Rugi... Rugi... 3 sen

2. Sampai pejabat buka blog AbahMuizz baru tahu yang semalam minyak dah turun harga lagi 10 sen. Betulkan jika Am salah, rasanya minyak dah turun 4 kali, 3 kali 15sen dan sekali 10 sen. Minyak turun siap tak perasan lagi tapi bila naik, belum naik lagi dah perasan hehehe

3. Rasa tak adil pula, dulu masa minyak naik Am buat satu entry, jadi bila minyak turun pun Am buat satu enty juga bagi adil hehehe

4. Harap janganlah kerana minyak turun subsidi yang baru diberi tak sampai setahun itu nak ditarik balik. Tujuan subsidi bukan kerana minyak sahaja tapi membantu rakyat kerana kenaikkan harga barang lain sekali. Kalau ditarik balik juga, itu memang keputusan kurang bijak dari mereka.

5. Seperti kata Irman dalam salah satu entrynya dahulu, memang sukar untuk menjangka apa yang ada dalam pemikiran pemimpin-pemimpin kita sekarang ni. Mungkin kerana berada ditempat yang tinggi pemikiran mereka memang lain dari yang lain. Mungkin......

Nota Kaki:
Minyak turun sedikit demi sedikit Harap takkan naik secara mendadak nanti.

Labels: , ,

Tuesday, October 07, 2008

Bercerita tentang "KEMALANGAN"

Terpelanting dirempuh kereta
Oleh Rosliza Mohamed (am@hmetro.com.my)

PASIR MAS: “Saya benar-benar tak sangka kerana ketika itu saya sibuk bersalaman dengan saudara-mara selepas makan. Malah, saya juga tak tahu bagaimana arwah boleh dipimpin dua abangnya untuk melintas jalan.

“Saya hanya menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi brek kereta yang kuat sebelum mendapati anak saya sudah terpelanting akibat dilanggar kereta,” kata Wina Mohd Bili, 37, ibu kepada Mohd Shahadah Azwina Azhar, 2, yang maut akibat dilanggar sebuah kereta di Kampung Gual Periok di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, Mohd Shahadah bersama dua abangnya, Mohd Aman Mirza, 6, dan Mohd Nazmi, 7, mahu melintas dari kiri ke kanan jalan.

Dia dirempuh sebuah Proton Wira Aeroback hingga terpelanting dan cedera parah di kepala dan badan.
Selanjutnya

Komen Am

Am tak boleh fikir kalau perkara ini terjadi pada Am. Itu pasal Am kalau bawa anak melintas, bising mulut Am "ABANG.. tengok kereta dulu" atau "ABANG... pegang tangan Mama". Biarlah orang kata suara Am mengalahkan suara penyanyi rock asalkan tiada apa-apa yang terjadi pada anak Am.

Kadang kala kita berjaga-jaga 99% tapi kerana kecuaian 1% itulah macam-macam boleh terjadi. Am selalu berdoa agar perkara ini tak terjadi pada Am.

Nota Kaki:
Sedih melihat anak kecil meninggal dan anak kecil yang menjadi yatim piatu di hari raya ini.....

Labels: ,

Thursday, July 31, 2008

Bercerita tentang PERKATAAN

Satu lagi photo awan senja yang Am rakamkan sewaktu balik dari Johor. Pembetulan sikit bukan Am rakamkan tapi isteri Am rakamkan

Am sekarang ini teruja pula dengan photo awan waktu senja. Am rasa awan waktu ini memang cantik.


Awan Senja....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS


Sekarang ini Am perasan banyak perkataan yang Am tak pernah dengar timbul di media-media terutamanya di internet. Bukan perkataan ini tak ada tapi baru digunakan secara meluas.

Perkataan seperti Qazaf, Muktabar, Mubahalah, Muzakarah, Muzakkar, Zakkarah dll. Banyak perkataan Am sendiri tak berapa faham maksudnya

Nota Kaki :
Apa-apapun perkataan Liwat/Sodomy yang paling popular....

Labels:

Wednesday, July 30, 2008

Bercerita tentang TAMBANG

K'jaan setuju naik tambang bas
Jul 29, 08 4:24pm

Kerajaan bersetuju tambang bas ekspres dan bas henti-henti seluruh negara dinaikkan tetapi tidak sehingga 100 peratus seperti yang dipohon oleh Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.

Katanya kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos operasi, termasuk harga diesel yang melonjak kepada RM1.43 seliter berbanding 71 sen seliter sejak kali terakhir tambang bas itu dinaikkan pada 2005.

"Peningkatan kos operasi juga disebabkan kenaikan harga barang-barang lain seperti tayar, minyak pelincir dan bateri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi kakitangan kementerian itu di Putrajaya hari ini.
Selanjutnya

Komen Am

Bila minyak naik Orang mula naik bas dan LRT, bila tambang bas dan LRT naik Orang naik kereta semula, bila minyak naik lagi Orang naik bas dan LRT semula, Berulang dan terus Berulang.

Nota Kaki:
Minyak naik semua naik, dulu kata boleh kawal.....chitttt....

Labels:

Wednesday, July 16, 2008

Bercerita tentang MElayu

Tentu ramai yang tonton debat malam tadi, Am pula dari pukul 9.00 kemudian tengok analisisnya di Awani dan kemudian sambung pula dengan siaran tertungak di TV3. Rasanya banyak yang Am hendak tak dibahaskan di debat itu dan Am sendiri masih tertanya-tanya sebab lain selain dari sebab global kenapa minyak perlu naik secara mendadak. Hai gagal....gagal....

Kenapa Am kata gagal sampai 2x, kerana tajuk debat adalah "Hari ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pencadang paling kurang sikit berjaya membuat rakyat yakin yang dia boleh menurunkan harga minyak tapi sebagai pembangkang tajuk debat itu Datuk Ahmad Shabery Cheek tidak berjaya lansung membuatkan rakyat ragu-ragu yang usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan berjaya.

Ok balik pada tajuk asal untuk cerita Am hari ini iaitu, "Melayu". Sekarang ini yang Am nampak dan mungkin semua nampak orang melayu semakin berpecah. UMNO, Keadilan dan PAS tiga parti besar dengan tujuan masing. Sana tuduh sini fitnah dan sini suruh sana bersumpah dan sebagainya tapi yang ruginya siapa. Sudah tentu orang melayu dan kalau ini terus menerus terjadi tak mustahil keruntuhan bangsa melayu akan terjadi tak lama lagi.

Kesihan pada tokoh zaman dahulu yang berjuang tanpa letih untuk menaikkan martabat bangsa melayu dan tokoh sekarang dengan rakusnya meruntuhkan apa yang dibina oleh tokoh dahulu dengan mudah dan tanpa rasa malu. Tak kisahlah tokoh dari parti yang mana pun, mereka secara lansung atau tidak lansung menyumbang kearah keruntuhan ini.

"Tidak Melayu Hilang Didunia" setuju Melayu takkan hilang tapi tak mustahil melayu akan jadi hamba dibumi sendiri atau sekadar menjadi bangsa "melukut ditepi gantang" ada tak apa tak ada pun tak apa. Bila ini terjadi barulah mereka ini semua sedar yang mereka semua sama-sama kalah dan yang menang adalah bangsa lain. Patutnya kita belajar dengan apa yang terjadi di Palestin ataupun Bosnia. Ini tidak kita pandang, kita simpati, kita tumpang mengutuk TAPI kita tak belajar apa-apa pun.

Nota Kaki :
MELAYU...tolonglah jangan ME Layu

Labels: ,

Thursday, July 03, 2008

Bercerita tentang PENING

Sekarang ini macam-macam peristiwa jadi di Malaysia ni. Semuanya agak memeranjatkan dan memening bermacam pihak

1Kes Altantuya Shaariibuu makin menarik dan panas, kalau dulu isteri TPM sekarang TPM pula dikaitkan. Memang dasyat kes ini, siapa lagi yang terlibat agaknya dan yang benar dan mana palsu agaknya.

2Anwar Ibrahim pula dengan kes liwat terbarunya. Kali ini Mohd Saiful Bukhari Azlan pula yang buat aduan. Entah siapa yang betul dan siapa yang salah.

3Pasal Ahli barisan nak lompat parti, ini satu lagi kes yang pelik. Semuanya masih rahsia dan entah siapa yang nak lompat tu. Kalau betul silap-silap boleh tukar kerajaan

4Kes Hakim pun masih suam-suam panas lagi. Yang ini kata campur yang itu kata tidak dan banyak isu berbangkit timbul.

5Ahad ini pula akan ada perhimpunan membantah kenaikan harga minyak. Rasa-rasanya macam jadi sahaja, kalau jadilah perhimpunan tu menurut yang Am tahu 1 juta orang akan berkumpul. Ramai tu.....

Nota Kaki:
Hujung-hujungnya rakyat yang pening....

Labels:

Thursday, June 05, 2008

Bercerita tentang NAIK

FENOMENA SATU NEGARA... Kenderaan berbaris panjang untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas Kampung Baru, Kuala Lumpur, malam tadi selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api. Keadaan yang sama berlaku di seluruh negara.

PM gesa bendung kenaikan harga barang
Oleh HAMDEN RAMLI

PUTRAJAYA 4 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan dalam usaha membendung kenaikan harga barangan keperluan ekoran langkah menaikkan harga petrol dan diesel berkuat kuasa esok.

Sambil meminta rakyat mengamalkan gaya hidup berjimat cermat, Perdana Menteri menegaskan, bantuan orang ramai itu amat diperlukan bagi membolehkan penguatkuasaan dijalankan secara lebih berkesan.

“Langkah berjimat ini bukan untuk kita menjadi kedekut, tetapi jangan sampai berlaku pembaziran. Kita mesti kurangkan pembaziran dalam apa jua perkara yang ada hubung kait dengan kehidupan,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi bahan api di sini hari ini.

Beliau menambah: “Kalau kita sedia buat perubahan dalam cara hidup dan buat penjimatan, insya-Allah kita tidak akan hadapi kesan yang teruk sangat.”
Selanjutnya

Komen Am

Cakap memang senang cik abang oii tapi betulkah kita boleh bendung harga barang naik sepenuhnya. Habis tak payah beli ayam, daging, beras. Perut kena isi dan perut anak-anak pun kena isi juga. Sekarang semua mengunakan minyak, nak bawa barang itu bergerak dari satu tempat ke satu tempat pun gunakan minyak bukan air. Bila minyak naik secara "Auto" barang akan naik juga, tak banyak sedikit.

Seingat Am dari kali terakhir kenaikan gaji Am dahulu, mula-mula tol naik, kemudian tepung, terbaru beras, sekarang minyak pula dan paling teruk tak lama lagi elektrik pun akan naik. Nampaknya semua barang penting naik cuma undi untuk BN sahaja yang turun hehehe. Hai nampaknya nilai wang yang Am ada makin berkurangan.

Am harap "pengecualian untuk diri dan anak" dalam Income Tax akan ditambah.

Nota Kaki:
Jangan tanya apa negara buat untuk anda Tanya apa yang anda sudah buat untuk negara.

Labels:

Friday, May 30, 2008

Bercerita tentang TEMBOK 2

BMC: Penduduk buang semula benteng
May 29, 08 11:50am

Penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) telah membuang semula benteng yang dibina oleh syarikat konsesi tol, Grand Saga, yang menutup jalan yang mengelak tol di Lebuhraya Cheras-Kajang, malam tadi.

Ini merupakan kali ketiga batu benteng yang dibina di jalan tersebut, dibuang oleh penduduk di situ.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang turut berada di situ pada kira-kira jam 7.30 malam, memberi lampu hijau kepada penduduk untuk mengalihkan batu benteng tersebut.

Pada penduduk selesai mengalihkan batu benteng di jalan tersebut pada jam 9.30 malam.
Selanjutnya

Komen Am

Semalam kawan Am asa SMS Am "Makin hari makin glamer rumah kita, Hidup Bandar Mahkota Cheras" Tersenyum Am baca dan memang betul isu pasal tembok ini memang membuatkan orang yang sebelum ini tak tahu macam mana nak pergi rumah Am terus tahu. Senang kalau nak buat kenduri nanti.

Berbalik cerita pasal Tembok tu, Am rasa isu utama ialah "Siapa Paling Sabar", SAGA bina PENDUDUK roboh, dah tiga kali pun, sampai ada yang cedera kena pukul oleh pihak yang entah datang dari mana. Kebetulan petang itu Am ada disana, nasib baik Am dah balik kalau tidak Am sekali terbabit.

Yang Am masih tertanya-tanya ialah kenapa Kerajaan Persekutuan masih tak campur tangan. Mereka yang sebelum ini begitu beria-ia untuk lebih menjaga kepentingan rakyat. Bagi Am isu-isu beginilah yang dapat mengembalikan imej kerajaan pusat yang semakin lesu sejak kebelakangan ini. Tapi siapalah Am ini kan berbanding dengan mereka yang mempunyai bergulung-gulung ijazah. Bagi Am, Am cakap pada benda yang Am nampak dan mereka sepatutnya tunjukkan pada rakyat apa yang mereka buat.

Yang Am nampak mereka hanya kutuk orang sana, kutuk orang sini, membuat kajian itu dan ini tapi masih belum ada projek atau keputusan mereka yang memberi kesenangan pada rakyat (betulkan jika Am salah).

Nota Kaki :
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.

BERITA TERKINI
Akhirnya setelah sekian lama, kabinet telah mengarahkan jalan itu dibuka dan juga mengarahkan Grand Saga membaiki jalan itu

Labels: , ,

Tuesday, May 27, 2008

Bercerita tentang MEDIA

Kerajaan beri penekanan terhadap media baru
27/05/2008 11:25am


KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memberikan penekanan yang lebih kepada aspek media baru seperti blog dalam usaha untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia perlu memandangkan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan melalui platform media baru telah membawa kesan diluar jangkaan seperti yang dapat dilihat melalui keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.
Selanjutnya

Komen Am :

Baru perasan ker? Am dah lama tahu berapa berkesannya "Blog" ini, dari dulu lagi Am dah kata daripada haramkan blog, lebih baik kerajaan gunakan blog untuk menyampaikan maklumat yang mereka ingin sampaikan TAPI bila orang ramai komen nanti jawablah ya dan jangan melenting pula.

Nota Kaki :
Kelebihan Blog, orang ramai boleh komen apa yang kita tulis, sendiri mau ingat lah ya

Labels: ,

Tuesday, May 20, 2008

Bercerita tentang "Keluar"

Dr. Mahathir umum keluar UMNO
Oleh ZAINU‘L AZHAR ASH‘ARI

ALOR STAR 19 Mei – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO, berkuat kuasa serta-merta.

Bekas presiden UMNO selama 22 tahun antara 1981 dan 2003 itu dan merupakan antara ahli terawal parti itu sejak penubuhannya pada 1946 berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden UMNO sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya umum saya keluar parti hari ini,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota UMNO Kedah pada forum Nasib Kedudukan Bangsa Melayu di sebuah hotel di sini.

Menurut anggota UMNO seumur hidup itu, beliau hanya akan kembali menyertai UMNO selepas Abdullah yang juga Perdana Menteri meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin negara.

“Saya akan menulis surat kepada UMNO bagi memaklumkan kepada mereka (mengenai langkah keluar daripada UMNO),” katanya.

Sebelum itu, beliau memberi cadangan supaya pemimpin cawangan dan bahagian parti itu meletakkan jawatan masing-masing sebagai isyarat kepada Abdullah supaya meletakkan jawatan dalam parti sebelum pemilihan UMNO Disember ini.

“Saya tidak akan suruh orang lain buat sesuatu (letak jawatan dan keluar UMNO) yang mana saya sendiri tidak berani buat,” kata beliau.

Bekas Perdana Menteri berusia 83 tahun itu berkata, surat pengisytiharan keluar daripada UMNO akan dihantar secara rasmi kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor secepat mungkin.
Selanjutnya

Komen Am

Malas nak komen, rasanya melambak komen kat luar sana cuma Am nak bertanya sikit. Melayu semakin berpecah dan SIAPA YANG RUGI? SIAPA YANG UNTUNG? SIAPA YANG MENANGIS? SIAPA YANG TERSENYUM?

Nota Kaki:
Sedih.....Sedih.....Sedih......

Labels: ,

Tuesday, May 13, 2008

Bercerita tentang "Blogger"

Tiada hasrat sekat blogger

MERSING 7 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak menyekat pengendali laman blog, sebaliknya akan sentiasa bersikap liberal terhadap mereka.

Bagaimanapun, menurutnya, pengendali blog tidak boleh menerbitkan sesuatu artikel sewenang-wenangnya kerana negara mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi.

"Dalam soal ini kerajaan sentiasa bersikap liberal dan sering memerhati perkembangan laman web yang semakin hari semakin banyak.

"Malah, kita tidak berhasrat untuk menyekat mana-mana individu yang ingin membuka laman web, tetapi mereka perlu ingat yang negara kita ada undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah melawat Kem Iskandar di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pendakwaan ke atas editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin, 58, semalam atas kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan satu artikel mengenai pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam laman webnya kira-kira dua minggu lalu. Seterusnya
disini

Komen Am

Apa pun benda jika diguna dengan baik, baik lah jadi nya begitu juga sebaliknya, namun begitu Am rasa lega juga tiada sekatan dalam berblog ini. Kita masih boleh tulis apa yang kita hendak dan kita pun perlu tahu batasan kita.

Am nampak perubahan blog ini sendiri dari satu diari dialam siber kepada menjadi satu alat oleh berbagai pihak untuk menyuarakan pendapat mereka. Blog juga dijadikan sebagai tempat untuk berniaga, berpolitik dan bermacam-macam lagi. Ini dapat dilihat melalui pengguna-pengguna blog itu sendiri, contohnya blog bekas menteri besar selangor. Mungkin ramai yang tak tahu, Tun juga ada blog tentang perjalanan politiknya.

Bagi Am pula, biarlah Am menulis tentang diri Am dan apa yang nampak didalam blog Am ini, hendak menulis tentang politik Am rasa Am belum layak lagi walaupun bagi Am politik itu bukan untuk orang yang bertanding sahaja tapi bagi semua orang dari PM hinggalah kepada tukang sapu itu sendiri.

Nota Kaki:
Biar banyak blog Jangan banyak mulut....

Labels: , ,

Friday, May 09, 2008

Bercerita tentang "Tembok"




Grand Saga bina balik tembok
Oleh A. JAILANI ABDULLAH

KUALA LUMPUR 8 Mei - Pemegang konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn. Bhd. hari ini membina semula tembok penghadang di persimpangan lebuh raya itu dengan jalan ke Bandar Mahkota Cheras yang dipecahkan oleh penduduk semalam.

Walaupun dilakukan di hadapan ratusan penduduk kawasan perumahan itu tetapi keadaan di persimpangan itu terkawal berikutan kehadiran anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawasi kerja-kerja tersebut.

Tindakan membina tembok itu merupakan yang kedua dilakukan oleh Grand Saga dalam masa dua hari selepas tembok yang dibina semalam dipecahkan semula oleh penduduk pada sebelah malam.

Tembok penghadang yang asal telah dipecahkan oleh penduduk di bawah Jawatankuasa Bertindak Buka Jalan Bandar Mahkota Cheras pada 21 April lalu.

Sementara itu, pembantu khas kepada Ahli Parlimen Serdang, Steven Tan berkata, orang ramai membantah pembinaan semula tembok berkenaan kerana Grand Saga gagal menunjukkan dokumen yang mereka berhak untuk berbuat demikian.
Selanjutnya

Komen Am

Sebenarnya Am tak terfikir nak tulis isu ini dalam blog Am tapi apabila TV3 semalam menyiarkan cerita yang tak berapa tepat atau boleh kata kurang lengkap atau boleh kata lebih pada putar belit membuatkan Am tergerak untuk membetulkannya.

Am berani tulis kerana Am memang tinggal dikawasan itu dan memang boleh kata hari-hari guna jalan itu. Dari apa yang disiarkan oleh TV3 semalam seolah-olah bila Penduduk/Pembangkang pecahkan tembok batu itu, masalah besar dari segi keselamatan telah timbul walaupun pada hakikatnya itu bukan isu besar tapi satu isu yang sengaja diperbesarkan.

TV3 tidak sedikitpun menerangkan bahawa dengan runtuhnya tembok itu ia telah memberi keselesaan kepada berpuluh ribu penduduk disekitarnya yang sebelum ini terpaksa berkongsi satu jalan dengan penduduk Sg. Long dan penduduk Taman Rakan. Dengan pembangunan yang agak pesat di Kawasan Sg. Long dan Bandar Mahkota Cheras, kadar kenderaan telah meningkat dengan banyak sekali dan para penduduk terpaksa bersesak-sesak dijalan raya terutamanya semasa pergi dan balik kerja. Am rasa tak perlu cerita panjang, lihat pada "Map" itu sendiri dah dapat lihat betapa jalan itu memberi keselesaan pada penduduk.

Cara TV3 menyampaikan isu tembok ini memang mencewakan Am, kalau rancangan 999 mereka boleh meneroka sampai kedalam hati penjenayah juga menemuramah berbagai pihak dan rancangan Majalah 3 mereka boleh keluar negara mengupas isu dengan lebih dalam TAPI dalam isu tembok ini seolah-olah ada tembok pula dimata mereka. Am amat berharap TV3 boleh menyampaikan berita dengan lebih telus, tepat dan menyakinkan, yang pastinya Am sendiri tak yakin dengan berita TV3 itu lagi. Kenapa Am tak yakin, kerana adakah berita itu yang sebenarnya terjadi atau mereka hanya menyampai apa yang mereka hendak sampaikan sahaja bukan keseluruhan berita itu sendiri.

Bagi sesiapa yang belum tahu, tembok itu telah wujud sebelum pilihan raya lagi dan permintaan penduduk supaya jalan itu untuk dibuka telah tertanguh dan nampak diambil sambil lewa sahaja selama ini. Malah isu inilah menjadi salah satu isu pembangkang untuk mengaut undi semasa pilihanraya lepas. Setelah hampir 2 tahun bersabar dan setelah tak sampai 2 bulan selangor jatuh ditangan pembangkang tembok itu telah dipecahkan secara paksa. Am tertanya-tanya dalam hati apa yang dibuat oleh Kerajaan Selangor sebelum ini

Am nampak wakil dari pembangkang sahaja sejak dari mula isu ini, wakil BN dimana ya? Sedarkan mereka jalan ini untuk kemudahan semua bukan untuk pembangkang tapi untuk rakyat. "Rakyat" itu bererti bukan sahaja pembangkang tapi akan digunakan oleh penyokong BN juga.


Nota Kaki:
Maaf agak panjang hari ini, Edisi lepas geram

Labels: ,

Tuesday, April 22, 2008

Bercerita tentang "Boikot"

"Kedutaan dan perdana mentri serta media pertelevisian Denmark berusaha menghentikan boikot yang menyebabkan kerugian hingga 2 miliar uero dan jika boikot ini diteruskan selama 7 bulan maka mereka akan menerima kerugian hingga 40 miliar uero. Sebarkan untuk meninggikan harkat dan martabat kita supaya mereka mengetahui kehebatan agama kita. Teruskan Boikot barangan buatan Denmark! Boycott Dutch Products!"

Banyak kali dapat "message" ini didalam YM Am, tak pasti sejauh mana kebenarannya cuma nak berkongsi dengan rakan-rakan.

Nota Kaki:
Ok ler tu

Labels:

Tuesday, April 01, 2008

Bercerita tentang "Last Day"

Hujung minggu lepas Am dan keluarga berjalan di satu pusat membeli belah ini, sedang minum Am dan isteri perasan satu tempat berniaga yang masih memaparkan barang jualannya dengan kertas "Last Day". Kalau tak silap kami minggu lepas pun mereka kata last day, punyalah lama dia punya last day.

Kata isteri Am itu strategi dalam peniagaan

Kata Am pula itu strategi penipuan dalam perniagaan

Nota Kaki:
Jangan bimbang hari ini bukan Last Day Am berblog hehehe

Labels:

Monday, August 13, 2007

Bercerta tentang "Doktor"

Dah lama rasa nya tak menulis dalam blog Am ini, bukan sibuk sangat sebenarnya tapi mood tiba-tiba hilang, entaj kemana perginya mungkin "Gone with The Wind" hehehe.

Sekarang ini Am perasan tengah hangat tentang isu doktor pula, satu tersalah cucuk, satu lagu cucuk tanpa kebenaran hehehe. Apa-apa pun kedua-duanya memalukan jawatan doktor itu sendiri. Ada yang kata ini mungkin kes terpencil tapi jika satu tindakan tegas tidak diambil, kes-kes terpencil inilah yang akan jadi kebiasaan nanti.

Tutup cerita pasa doktor, Am terfikir nak tukar warna blog Am ini tapi masalahnya masih tak tahu nak tukar warna apa pula. Ada sesiapa boleh beri idea hehehe.

Nota Kaki:
Rasanya nak aktif semula berblog hehehe

Labels: ,

Wednesday, July 18, 2007

Bercerita tentang "Nuri & Bola"

Sebenarnya ada beberapa cerita sedih di Malaysia sekarang ini tapi biarlah Am bercerita pasal dua benda ini yang bagi Am paling menyayat hati

Pertama pasal "Nuri", ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban. Am rasa semua tahu ini bukan kali pertama helikopter yang dibeli sebelum Am lahir ini terhempas. Entah berapa banyak lagi mangsa lagi sebelum Nuri ini akan ditukar sepenuhnya. Kita sendiri tak tahu MUNGKIN mereka sedang dalam proses untuk menukar semua helikopter itu ataupun mereka nak cukupkan koleksi kapal selam sebelum mula menukar helikopter. Am sendiri tertanya-tanya adakah ini cerita Nuri terhempas yang terakhir kita dengar ataupun selepas ini akan ada lagi dan ada lagi.....

Kedua pasal "Bola", malam ini Malaysia akan turun padang lagi. Tiada apa yang hendak dikejar, cuma perancangan jurulatih lebih menjurus supaya tak kena belasah dengan jaringan besar lagi. "Slow" betul perancangannya, kalau awal-awal fikir macam tu kan ker bagus.

Tertarik dengan isu perletakan jawatan pengurusan FAM, secara peribadi bagi Am pertukaran tapuk kepimpinan itu penting TAPI pemilihan orang tepat sebagai pengantinya jauh lebih penting lagi. Jangan pengantinya nanti lebih teruk sudahlah.


Nota Kaki:
Ada kawan kena gelak bila pakai baju bola Malaysia.......

Labels: ,

Saturday, June 23, 2007

Bercerita tentang "Mekap"

Eye On Malaysia.....
Satu lagi photo yang Am rakamkan semasa pergi menaiki "Eye On Malaysia" Kali ini photo yang dirakamkan semasa Am diatas roda itu pula. Ada banyak lagi koleksi photo sebanarnya.

Eye On Malaysia 1....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Jumaat lepas sebelum pergi sekolah anak Am, sempat makan tengahari di restoran di Bandar Hussein Onn. Terjumpa pula Siti Nurdiana, penyanyi yang dah kahwin itu. Isteri Am yang beritahu Am kerana dia tahu Am memang minat dengan Siti Nurdiana tu. Mdemang cantik orangnya walaupun tak bermekap lebih-lebih.

Pasal mekap ini teringat Am beberapa hari lepas Am ada dapat email rupa artis Malaysia sebelum dan selepas mekap. Terperanjat juga tengok, rasanya lawa lagi isteri Am dari mereka ini hehehe


Nota Kaki :

Lebih suka yang asli hehehe............

Labels: