Bercerita tentang "Guru"
Cubaan pertama Am untuk mengambil photo secara unik sedikit, entah menjadi atau tidak. Yang pastinya photo ini agak gelap, mungkin untuk cubaan kedua nanti Am perlu lebihkan cahaya. Cubaan Pertama Original Upload from Samsung SGH-D500 Melawat blog rakan yang bertugas sebagai seorang guru mengingatkan pengalaman Am semasa bersekolah. Kalau tak silap semasa sekolah menengah (Tingkatan 1 atau 2), cikgu Am ada tanya cita-cita kami semua. Am dengan tegas dan yakin beritahu cita-cita Am hendak menjadi seorang Guru yang berdedikasi. Apa maksud perkataan 'Berdedikasi' itu pun Am tak tahu, kena gelak satu kelas bila Am tak boleh jawab apa makna 'Berdedikasi' itu. Dulu, kelulusan Am layak untuk menjadi guru dan sudah ambil borang maktab perguruan pun tapi bila balik rumah dan fikir semula, Am rasa Am tak layak menjadi guru yang berdedikasi itu. Bagi Am guru ini bukan hanya satu perkerjaan sahaja tapi satu tangungjawab yang amat besar dan mulia. Kalau kita masuk bidang ini hanya kerana "kerja" sebenarnya awal2 lagi kita sudah gagal untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi itu maaf ya, itulah yang banyak terjadi sekarang. Secara peribadi, tugas sebagai seorang guru jauh lebih sukar dari tugas sebagai seorang askar atau polis. Guru terpaksa berhadapan dengan pelajar tanpa senjata seperti pistol atau senapang. Senjata guru-guru ialah sifat perihatin mereka, pengalaman dan kemahiran yang mereka belajar dari maktab. Tambahan pula sekarang ini pelajar makin tunjuk pandai dan rasa mereka lebih pandai dari guru itu sendiri menyebabkan tugas guru semakin mencabar. Nota Kaki: Hormati guru untuk mendapat keberkatan ilmu yang dituntut itu. |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Guru""