Bercerita tentang Hujung Minggu
Photo Ini dah lama Am ambil, semasa jerebu dahulu, teringat nak post disini kerana baru-baru ini dengar kadar index pencemaran dah naik semula. Harap-harap jerebu yang teruk tidak akan berulang lagi. Jerebu Original Upload from Samsung SGH-D500 Lambat sikit post hari ini, baru balik dari meeting yang dijangkakan habis awal tiba-tiba bawa sehingga ke pukul 2.00 Bercerita tentang hujung minggu, tentulah lebih pada peribadi, biasalah kalau hari-hari bercerita tentang benda-benda yang serius nak sakit kepala pula tulis nanti dan yang membacanya lagilah sakit kepala. Hari Sabtu main boling, kebetulan pula ada persembahan dari perserta Malaysian Idol. Seronok habis anak Am, sebenarnya Am pun seronok sekali boleh tengok final 4 itu live. Ok juga persembahan mereka ini. Hari Ahad pula belikan balang dan ikan untuk anak Am, dia ini tiba-tiba pula minat nak bela ikan. Ini gara-gara pergi rumah kawan Am yang anak dia bela ikanlah ni. Bila dah ada balang ikan dan ikan ini, satu kerja pula melayan dia depan balang ikan ini. Am dan isteri dah beritahu dia, kena ingatkan Am dan isteri kena bagi makan ikan itu, sekali pagi dan sekali malam. Buat sementara ini Am belikan dia Ikan Laga sahaja, senang jaga dan tak perlukan oksigen. Nota Kaki: 11 September, ulang tahun US kena bom, satu dunia sayu, hari ulang tahun Iraq kena bom tak ada siapa nak sambut ker? Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang Hujung Minggu"