Bercerita tentang "Anak"
Terasa unik pula Photo ini, nampak pokok itu ditengah-tengah langit yang membiru. Semasa ambil tak rasa sangat uniknya, bila makin dipandang makin terasa suka pada photo ini. Masalahnya dah lupa pula ambil dimana. Unik Original Upload from Samsung SGH-D500 Semalam ada rakan blog tanya mengenai anak, baru perasan agak lama juga Am tak bercerita tentang anak. Ok hari ini nak bercerita tentang anak Am. Minggu ini minggu ujian di Tadika dia, bila balik tanya ok ke tak? Jawapan standard dia "Semua senang, semua dah buat, nanti boleh dapat hadiah robot kapal terbang yer abah" (Am ada janji nak belikan robot kapal terbang kalau keputusan ujian dia bagus). Tak tahulah macam mana keputusan ujian dia kali ini tapi Am rasalah subject lukisan dia tentu ada peningkatan kerana minat dia merwarna nampaknya bertambah pula. 23hb ini pula tadika dia akan buat persembahan tarian, yang ini Am memang tak sabar nak melihat persembahan anak Am. Dulu pernah juga Am datang awal ambil dia ditadika dia, kebetulan dia ada latihan tarian. Nampak sahaja Am terus anak Am ini tukar rentak dari tarian lelaki terus dia buat tarian perempuan hehehe. Balik dia beritahu teacher rotan pasal salah menari (kena denda lah tu). Puasa? Sah-sah tak puasa, umurpun baru 5 tahun, kalau budak lain cuba puasa dari pagi sampai tengahari, anak Am pula mula puasa 1 jam sebelum berbuka. Nota Kaki: "Abah, bila kita nak ada baby?" soalan cepumas dia yang payah nak jawab. Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Anak""