Bercerita tentang "Kurma"
Nampak menarik tak kurma ini? Kalau hendah rasa bolehlah datang rumah Am, Free sahaja. Terliur pula Am bila lihat buah kurma ini lama-lama. Kurma Original Upload from Samsung SGH-D500 Setiap tahun pejabat Am akan beri satu bekas atau lebih kurma pada setiap stafnya, kurma yang sangat baik qualitynya. Kalau tak silap Am diimport dari California. Pelik juga kan, kurma asal dari negara Arab tetapi quality yang terbaik ada di negara USA. Boleh masuk rancangan "Pelik Tapi Betul" pula. Tahun ini dapat dua bekas, satu untuk keluarga dikampung dan satu kongsi dengan keluarga di KL. "Persabahatan ibarat 1 janji yg dibwt dlm hati. x dpt ditulis, x dpt dibaca, Namun xkan t'pisah krn jarak, xkan b'rubah krn masa, sekali kita brkwn selamaya tetap kawan..." Terima SMS ini pagi tadi pada seorang sahabat, mungkin balasan sms dari ucapan selamat berpuasa dari Am, serupa dengan Am jika sekali dia jadi kawan Am, Am takkan lupakannya dan no. tel dia tetap akan berada didlm Hf Am. Dan bila ada hari-hari penting, ucapan akan dia terima dari Am. Nota Kaki: Hari ini kemungkinan besar akan balik lambat, byk benda pelu dibuat, harap-harap dapat diselesaikan cepat dan tak berbuka di pejabat pula. |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Kurma""