Bercerita tentang "Puasa"
Semalam tiba-tiba Am terasa hendak ambil pula photo ini. Walaupun dah tahu bila berpuasa tapi masih tak sabar nak tunggu pengumumannya. "Dengan ini saya mengumumkan puasa pada hari rabu, 4hb Oktober, 2005" Teka Siapa Original Upload from Samsung SGH-D500 Kebetulan hari ini terpaksa kepejabat walaupun masih bercuti, jadi ambil kesempatan untuk buat post entry di blog Am ini. Kalau tak silap Amlah, Am dah lihat wajah penyimpan mohor besar raja-raja ini semenjal Am sekolah rendah lagi, wajah yang sama dan lengok suara yang sama cuma ayat yang disampaikannya sahaja yang berbeza. Kalau dulu ayat "Anak bulan tak kelihatan" selalu kedengaran tetapi sekarang terus sahaja pada tarikh puasa. Sekali lagi Am mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Berpuasa" kepada semua rakan-rakan blog dan semua yang mengunjungi blog Am ini. Nota Kaki: Tak sabar nak berpuasa kali pertama dirumah Am baru Am ini, almaklumlah rumah sendiri. |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Puasa""