Bercerita tentang "Soalan"
Photo ini ialah satu lagi Am rakamkan semasa menunggu isteri Am, Am rasalah jika kamera canggih cantik photo Am ini. Am memang ada perancangan nak beli kamera digital tapi Am ni jenis suka beli yg baik sekaligus, jadi terpaksalah menunggu hingga budget benar-benar ada. Keatas Lagi Original Upload from Samsung SGH-D500 Hari ini Am hendah bercerita tentang soalan yang pernah ditanyakan kepada Am. 'Kenapa ya Am selalu marah bangsa sendiri dalam blog Am?'. Soalan yang baik, sebenarnya Am bukan marah tapi cuma menyedarkan bangsa kita dengan cara dan gaya bahasa Am sendiri. Kadang kita perlu menjerit kepada bangsa kita agar mereka sedar dari lamunan atau kekeliruan mereka itu. Am lakukan kerana Am sayang dengan bangsa kita yang semakin hari semakin parah, Am bukan ahli politik yang boleh pegang mic dan berceramah di majlis2 besar, Am juga bukan menteri yang boleh membantu dengan membentuk dasar-dasar baru dan Am juga bukan bos besar yang boleh mempengaruhi ribuan perkerjaan melayu dibawahnya. Am cuba insan kedil yang ada keinginan untuk melihat bangsa kita maju seiringan dengan bangsa-bangsa lain di negara kita ini. Am tak kisah bila ada orang kata Am nak tunjuk pandai atau tunjuk bagus kerana dalam proses menulis blog ini Am bukan sahaja memberi pendapat, teguran dan pandangan Am pada semua tapi dalam masa yang sama Am belajar dan menyedarkan diri Am juga. Biarlah satu masa nanti bangsa kita berjaya di negara ini kerana usaha mereka buka simpati dari bangsa lain di bumi sendiri. Nota Kaki: Menjerit tak semestinya marah, diam tak semestinya suka. Labels: Blog |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Soalan""