Bercerita tentang "Demam"
Photo ini pada asalnya Am ambil secara tak sengaja, tiba-tiba terasa unik pula. Bila difikirkan semula, Am terasa tersepit pula ditengah-tengah bangunan itu. Tersepit Original Upload from Samsung SGH-D500 Semalam melawat blog sahabat-sahabat, kawan-kawan dan blog yang baru nak berkawan kebanyakkannya ramai yang dah demam, baru sembuh atau baru nak demam. Kali ini demam betul-betul bukan demam AF. Sekarang ini agaknya memang musim demam kot, Am sekarang pun dah ada rasa sikit-sikit tapi syukurlah belum betul-betul demam lagi. Anak Am pun baru sembuh dari demamnya, 3 hari cuti sekolah, semalam baru mula bersekolah. Seperti biasa bila balik sekolah, kerja sekolah memang banyak dan akhirnya 4 sahaja yang siap dan yang selebihnya ditunda ke waktu yang akan ditetapkan kemudian. Satu lagi sekarang ini ialah musim menganti puasa, di pejabat Am ni yang perempuan semua tengah sibuk menganti puasa, yang lelaki pula sibuk mengusik hehehehehe. Malam ini juga ialah Final Malaysian Idol, siapa yang akan menang ya? Nota Kaki: Yang pastinya poket Am yang sedang demam hahahahaha Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Demam""