Bercerita tentang "Web Lucah"
Photo Pelangi, sudah agak lama Am tidak melihat pelangi, bila sesekali terjumpa terus Am rakamkan. Sebenarnya pelangi ini berbentuk separuh bulatan tetapi kerana hanya kemera telefon jagi hanya ini sahaja yang dapat dirakamkan. Tersepit Original Upload from Samsung SGH-D500 Potret kekasih dalam laman lucah Oleh Zainal Zawawi Mohamed KUALA LUMPUR: Pengasas laman web lucah Melayu terbaru yang didedahkan Harian Metro, baru-baru ini, dikesan menyalahgunakan potret seorang gadis remaja yang diperoleh melalui laman mencari kenalan di Internet. Dalang terbabit dipercayai memindahkan gambar wajah gadis berkenaan menggunakan teknik pertindihan atau `super impose' untuk dijadikan tarikan kepada laman web lucah, sekali gus membolehkannya mengaut keuntungan cara mudah. Tindakan ini menyebabkan beberapa mangsa berasa malu apabila dituduh terbabit dalam `pesta seks' anjuran laman web lucah terbabit, selepas mendapati gambar mereka dicuri daripada laman web mencari kenalan. Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta di ibu kota yang hanya mahu dikenali sebagai Halim, 24, berkata pengasas laman web terbabit menyalahgunakan potret kekasihnya yang dipercayai diperoleh melalui laman mencari kenalan sebelum diubah suai menjadi gambar bogel menggunakan teknik super impose. Menurutnya, dalang terbabit menggunakan teknik potong dan tampal untuk memindahkan gambar teman wanitanya dan tindakan itu menyebabkan dia dan gadis berkenaan berasa malu. "Mereka mengeksploitasikan gambar terbabit untuk tujuan mencari keuntungan `atas angin' dengan cara mudah. "Ramai rakan menghubungi saya dan memberitahu mengenai perbuatan teman wanita saya menghadiri satu pesta seks berdasarkan gambarnya terpampang di muka depan akhbar baru-baru ini. "Gambar teman wanita saya dipaparkan bersama dua gadis lagi yang sedang mandi dalam kolam sambil berbogel. Saya sedih dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu," katanya ketika menghubungi Harian Metro, semalam. Bagaimanapun, pemeriksaan Harian Metro mendapati laman web lucah yang dipercayai didalangi sindiket penipuan dengan mengumpan pelanggannya menyertai pesta seks di Port Dickson pada malam sambutan tahun baru 2006, didapati sudah disekat. Difahamkan, ini berikutan tindakan pantas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menyekat siaran laman web lucah Melayu itu sebaik berita mengenainya disiarkan Harian Metro, sehari sebelum itu. Halim berkata, berdasarkan pemerhatiannya, dua lagi gadis yang dipaparkan dalam keadaan berbogel itu rakan teman wanitanya yang juga menjadi mangsa dalang laman web memualkan itu. "Mereka mengubah suai gambar berkenaan selepas menyalinnya daripada laman web lain dan kemudian mencantumkan gambar bahagian kepala gadis itu dengan gambar bogel yang diambil daripada laman web lucah. "Perbuatan `syaitan' itu sungguh tidak bertanggungjawab," katanya. Menurutnya, selepas gambar itu tersebar, jiran termasuk rakan teman wanitanya melemparkan pelbagai hinaan sehingga ahli keluarganya tidak keluar rumah berikutan malu dengan perbuatan anak mereka. Muka depan Harian Metro Khamis lalu membongkar perbuatan satu sindiket penipuan yang dikesan mencipta laman web lucah Melayu terbaru untuk meraih keuntungan 'atas angin' dengan mengumpan pesta seks eksklusif bersama model dan artis sekiranya menjadi ahli berbayar laman berkenaan. Setiap ahli dikehendaki membayar RM60 menggunakan kad prabayar telefon bimbit bagi melayakkan mereka menyertai pesta seks beramai-ramai di Port Dickson, pada 31 Disember depan sempena sambutan tahun baru 2006. Selain itu, ahli atau ejen yang mengumpul mata tertinggi ditawarkan hadiah percutian 'seks' bersama 'Ratu Seks Melayu' dan gadis tertentu yang disediakan khas pengasas laman web berkenaan. Ahli yang berjaya mempromosi atau menarik penyertaan rakan lain pula ditawarkan mata bonus yang melayakkan mereka membuat 'temu janji seks' dengan model lucah Melayu terkenal, 'Babyrina' dan rakannya di hotel lima bintang di ibu kota. Penemuan laman web lucah terbaru itu dianggap memeranjatkan apabila ia didakwa lebih 'panas' berbanding beberapa laman web lucah Melayu terdahulu seperti 'Melayu Boleh', 'Seks Melayu', 'Melayu Telanjang' dan 'Skandal Melayu' yang sudah ditutup. Komen Am. Moralnya janganlah kita dengan mudah meletakkan photo kita dilaman web, tujuan kita baik tapi selalu akan disalahgunakan oleh pihak yang berperangai tidak senonoh itu Satu lagi jika laman web itu boleh kerajaan sekat kenapa banyak lagi laman web lucah lain kerajaan tak dapat sekat? Nota Kaki: Internet memang banyak kegunaannya TETAPI web lucah bukanlah salah satu kegunaannya. Labels: Isu Semasa |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Web Lucah""