Bercerita tentang "Rezeki"
Cubaan kedua, photo ini Am lebih puas hati dari yang pertama, awan itu nampak lebih biru dan photonya lebih terang. Rakamkan photo ini dari dalam kereta semasa pulang dari kerja. Cubaan Kedua Original Upload from Samsung SGH-D500 Am bila boring-boring suka melawat blog-blog, semalam terbaca satu entry dalam blog yang Am lawat itu. Terjumpa dua peribahasa yang biasa kita dengar tapi selalu kita salah gunakan. Satu ialah "Rezeki Secupak takkan jadi Segantang", memang rezeki ditangan tuhan tapi siapa tahu rezeki kita dimasa depan. Inilah indahnya hidup kita, kita tak tahu masa depan kita. Jangan terlalu taksub dengan peribahasa itu sehinggakan kita terlalu berserah dan berkata rezeki ditangan tuhan tanpa berusaha. Berserah kepada tuhan disamping berusaha, mana tahu dengan izin tuhan rezeki secupak itu akan jadi segantang atau 2 gantang atau 100 gantang ataupun 500 gantang. Siapa tahukan? Satu lagi ialah "ulat didalam batu pun tak mati kebuluran". Memang betul itu ulat, kehidupannya memang disekeliling batu itu dan makanannya pun memang ada diseliling batu itu TAPI kita manusia, satu makluk yang lebih tinggi darjatnya dari ulat tersebut. Kita punya keinginan, tahap kepuasan diri dan sifat ingin memiliki yang jauh lebih besar dari ulat itu. Sebenarnya kedua-dua peribahasa ini mempunyai maksud yang tersirat yang baik namun begitu kita sering salahgunakannya untuk menutup kelemahan diri kita yang malas berusaha dan sentiasa mengharapkan sesuatu itu datang bergolek. Kita kena ingat tuhan beri kita tulang empat kerat, akal dan tenaga supaya kita berusaha. Nota Kaki: Sesuap nasi dari titih peluh sendiri jauh berharga dari seguni emas yang diberi secara percuma. Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Rezeki""