Bercerita tentang "Kemalangan"
Photo ini dalam perjalanan pergi pejabat tadi Am rakamkan. Nampak menarik pula seperti awan itu sedang tercalar. Kebetulan sedang berhenti di lampu insyarat, cepat-cepat Am rakamkan. Awan itu seperti mengerti pula seperti perasaan Am yang tercalar pagi ini. Photo ini terhasil setelah Am betulkan beberapa "setting" didalam HF Am itu, sebenarnya cuba hendak menghasilkan photo yang lebih berkualiti. Awan yang Tercalar Original Upload from O2 Xda II mini Hari ini lewat sampai pejabat, jalan hendak keluar dari kawasan perumahan Am sesak teruk. Puncanya ada kemalangan antara kereta kancil dan BMW Am kadang-kadang sangat kecewa dengan sikap pemandu yang mengalami kemalangan ini, bukan Am tak simpati dengan mereka tetapi sepatutnya jika bukan kemalangan maut mereka boleh mengalihkan kereta mereka ditempat yang tidak menganggu penguna lain. Ini mereka sanggup bertikam lidah, berbual panjang tanpa mempedulikan pengguna lain yang terpaksa bergerak perlahan dengan jalan yang penuh sesak Setahu Amlah, cuma kemalangan maut sahaja kita tak boleh mengalihkan kenderaan kita tapi jika kemalangan biasa sahaja kita perlu pergi ke balai polis untuk buat repot dan gambar kereta akan diambil disana. Jadi atas sebab mereka mesti menghalang perjalanan kenderaan lain, adakah kerana hendak mempamerkan kenderaan mereka yang sudah tercalar atau memang mereka hanya fikir diri mereka sahaja. Nota Kaki: Jangan kita minta orang lain berkongsi dengan kita jika kita sendiri tak mahu berkongsi Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Kemalangan""