Bercerita tentang "Hujung Minggu"
Shai pernah tanya photo yang Am rakamkan semasa berada diatas puncak Menara Kl, inilah salah satu dari koleksi photo tu. Dengan suasana yang agak berjerebu dan hujan lebat tiada apa2 yang menarik hendah dipaparkan Permulaan hujung minggu dengan Am diserang sakit kepala yang amat sangat, balik kerumah makan panadol dan terus terbaring, mujurlah sakit kepala kurang sikit kemudian, mungkin kerana cuaca yang kejab panas dan kejab sejuk, isteri Am pula diserang sakit gigi, hari sabtu kami sekeluarga berangkatlah ke klinik gigi, terperanjat juga Am ramai juga pelanggan diwaktu itu ya, secara tidak lansung ramailah yang tahu kepentingan menjaga gigi sekarang. Anak Am sahaja yang tak ditimpa sakit, hujung minggu ini dia berhenti makan ubat batuk dia, batuk dah habis, risau juga kami kerana dah sebulan juga dia batuk tak habis-habis. Hari minggu tak kemana, akhirnya melayan menonton F1, Ferrari kalah lagi, mungkin tahun ini bukan tahun Ferrari lagi kot, apa2 pun semuanya masih awal lagi. Sambil tu sempat juga kami kemas bilik tetamu (anak Am panggil bilik stor), kemaskan meja komputer dan sangkut gambar-ganbar yang sebelum ini tersimpan sahaja. Fakta Menarik
Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hujung Minggu""