Bercerita tentang "Hujung Minggu"
Dah lama photo ini tersimpan dalam simpanan Am, kalau tak silap photo ini waktu petang semasa Am pulang kerumah. Nampak cantik pula awan tu. Petang... Hari sabtu lepas Am dan keluarga tidur dihotel, isteri Am dapat penyinapan percuma, walaupun dah banyak kali tidut di hotel tapi ini kali pertama tidur di bilik hotel 5 bintang. Perbezaannya cuma bilik yang lebih besar, bilik air besar, pendek kata semuanya besar-besarlah. Almaklumlah bayarannya pun besar kan. Lepas masuk bilek sekejab pergi ke Menara KL, Terima Kasih banyak-banyak kepada Shai kerana 'barang' yang dia beri tu. Nasib tak baik kerana semasa naik tu langit macam jerebu dan hujan lebat. Akhirnya kami ke KLCC pula, pusing-pusing, dapat jugalah lihat Hazami menyanyi, rendah sahaja dia ni ya tapi dari pemerhatian Am dan isteri dia nampak bersopan dan pandai melayan peminat. Ok, kali pertama juga Am dan anak masuk tandas RM2, "Toilet Premier" kalau tak silap Am, Am terfikir apa keistimewaan tandas ini, tiada apa yang ketara sangat, ala-ala tandas hotel 5 bintang sahaja. Yang pastinya jauh lebih bersih dari tandas yang bukan "premier" tu, kalau semua tandas di awam di Malaysia begini kan ker bagus. Balik kerumah memeranjatkan kami, hujan lebat rupanya malam sabtu dikawasan perumahan Am, banyak pokok yang tumbang dan ada beberapa kereta dikawasan tempat tinggal Am rosak kerana dihempap serpihan batu dari bumbung, mujur Am tiada kalau tidak kereta Am sudah pasti salah satu kereta yang jadi mangsa. Sekarang semua risau bila hujan lebat diikuti dengan angin yang kencang. Fakta Menarik
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hujung Minggu""