Bercerita tentang "Rotan"
Photo ini Am rakamkan semasa pulang kerumah Ahad lepas, nampak cantik pula terus Am rakamkan, langit sekarang tak menentu sekejap gelap sekejap terang
Panas... Semalam Am ada terdengar berita yang merotan pelajar dihadapan pelajar2 sudah tidak dibenarkan malah benda ini memang sudah lama dimansuhkan. Benarkah? Am sendiri pun tak tahu. Pelik juga Am ya, dari mana arahan itu datang dan atas alasan apa arahan itu dikuat kuasakan. Mungkin kerana takut pelajar itu jatuh air muka atau takut air muka ibubapa pelajar itu yang jatuh ataupun mereka anggap merotan dihadapan semua sudah tak relevan lagi, macam mana mereka tahu? ada kajian mereka buat atau sekadar dengar kata-kata orang-orang yang anaknya sudah kena rotan dihadapan semua. Akhirnya apa yang jadi, lahirlah pelajar pandai bermuka-muka sahaja. Kenanya sikit meraung macam nak pecah dunia. Teringat sewaktu Am belajar dahulu inilah satu benda yang kami tak nak kena jadi secara tidak lansung kami menjaga kelakuan kami. Kalau dulu ibubapa berpesan, rotanlah anak saya tapi jangan sampai patah sudahlah akhirnya lahirlah pelajar yang memang benar-benar nak belajar dan tahu menghormati guru TAPI sekarang ada ibubapa berpesan, ajar anak saya tapi jangan sentuh kalau tidak saya ambil tindakan, akhirnya apa yang jadi? Am kadang kala pelik juga, terlalu ramai yang campur tangan tentang sekolah ini, hinggakan guru tak boleh buat apa, akhirnya siapa yang rugi? Fakta Menarik
Labels: Isu Semasa |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Rotan""