Bercerita tentang "Masalah"
Photo langit ini baru Am rakamkan semasa balik kerja semalam, menarik sangat pada pandangan Amlah, ada dua yang menarik, esok Am akan paparkan yang lagi satu Am dan isteri sekrang ada perancangan nak beli kamera digital Alhamdulillah, masih sihat lagi Am hari ini dan masih mampu berceloteh disini, bersyukur kerana mata ini masih mampu melihat, otak ini masih mampu berfikir dan setiap angota masih mampu bergerak. Ok hari ini Am nak ajak semua bercerita mengenai masalah, pasti semua orang ada masalah sendirikan, ada boleh diceritakan dan ada pula yang begitu peribadi untuk diceritakan, cuba kita fikir sebentar, seronok tak hidup ini tanpa masalah? Secara peribadi bagi Am masalah itu adalah guru kita, masalah itu bukanlah masalah yang besar pada kita melainkan kita sendiri yang menjadikannya masalah besar dalam hidup kita. Pokok pangkalnya semuanya terpulang pada kita. Kita kena tahu telah menjadi hukum kehidupan ini, setiap orang akan hadapi masalah, tak kiralah masalah kecil atau besar. Jadi untuk apa kita takut dan tak mahu masalah itu, masalah itu tetap akan muncul samada kita suka atau tidak. Jadi lebih baik kita terima sahaja masalah itu dengan hati terbuka, mengeluh ikut suka tapi janganlah terlebih sangat mengeluh sampai kita lihat masalah itu sebagai satu bala besar. Maaflah jika Am kata, kesilapan ramai orang ialah mereka bila datang masaalah selalu berfikir sehari suntuk, mengapa masaalah tu datang pada mereka, mengapa orang lain tak kena sama, mengapa masaalah datang bertalu-talu, mengapa itu dan mengapa ini. Hinggakan yang paling teruk ialah mereka menghabiskan masa mencari orang untuk disalahkan. Kan lebih baik, masa itu digunakan untuk berfikir secara rasional bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu, bagaimana hendak menghadapi masalah itu secara positif, bagaimana nak mengelakkan masaalah itu dari berulang dan bagaimana menjadikan masalah itu satu keuntungan kepada mereka. Am tahu untuk permulaan memang susah, tapi lebih baik dari mengeluh bukan. Am sendiri pernah hadapi masalah yang amat besar, sampai pening kepala Am nak selesaikannya, tapi bila Am fikir secara rasional penyelesaian masalah itu mudah sahaja, Am yang menjadikan masaalah itu begitu rumit kerana sifat marah/geram/tak puas hati Am mengatasi sifat rasional Am Fikirkanlah
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Masalah""