Bercerita tentang "Senyum"
Photo ini Am rakamkan dari Mug Am di pejabat. Mug ini hadiah dari isteri Am diawal perkahwinana kami, sebenarnya ada penutup tapi penutupnya hilang entah kemana. Tersenyum bila lihat Garfield ini tersenyum Sekarang ini Am lihat disana sini kerajaan sedang menjalankan kempen agar rakyatnya tersenyum, di TV ada iklannya, anak Am cukup suka iklan tu, di tiang lampu jalan pun ada berbaris-baris poster orang tersenyum. Mungkin kerajaan sedar rakyat semakin terhempit dengan berbagai masalah hingga tak mampu tersenyum. Senyum itu sebenarnya sangat mudah nak dilakukan tapi sukar kita nak lakukan kerana terlalu banyak benda yang menghalang kita lakukan, setiap orang ada lasan mereka sendiri, tak ada gigi juga boleh jadi alasan utama juga dan yang paling teruk ada yang tiada alasan untuk senyum cuma dia memang tak suka tersenyum. Senyum ini pula bukan bila gembira sahaja, sedih pun boleh senyum juga dan marah pun senyum tapi bila marah pun boleh senyum jadi kita kena hati-hatilah dengan orang ni, bila-bila masa sahaja dia boleh meletup ni. Yang pastinya senyuman paling indah itu ialah senyuman yang datang dari hati yang ikhlas. Am bila orang yang baru Am kenal, Am lebih banyak senyum sahaja, bukan apa senyuman tu sebagai satu insyarat perkenalan dari Am, kalau dia balas oklah, kalau dia jeling tempat lain, Am cari orang lain pula untuk senyum. Tapi risau juga terlebih senyum ini nanti orang ingat kita orang tak betul pula hehehe Kata-Kata Menarik
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Senyum""