Bercerita tentang "Mengajar dan Diajar"
Koleksi photo yang Am paparkan minggu ini, cuba membuat sedikit pembaharuan di blog Am ini. Sementara tunggu photo-photo yang menarik dihasilkan, keluarkan dulu semua photo yang dalam simpanan Am Tertimbul idea hendak bercerita tentang topik ini semasa mengajar anak Am buat kerja sekolah dia. Am kalau setakat mengajar tulisan tiada masalah tapi masuk bab mengajar matematik, susah sikit kerana guru tadika dia ada formula tersendiri dalam mengira campur dan tolak ini. Terpaksalah Am belajar dengan anak Am dulu formula bagaimana nak mengira itu sebelum tengok samada dia buat betul atau tidak. Anak Am memang seronok kalau dapat mengajar Am ini. Ok, dalam kehidupan kita ini kita memang sentiasa mengajar dan diajar, jangan kita terlupa baby kecil juga mengajar kita, dia mengajar kita tentang kesabaran, tentang menjadi ibu atau bapa dan kita juga mengajar baby itu tentang kesabaran tapi pada konsep yang berlainan, mengajar dia tentang hidup dan kehidupan. Secara peribadi bagi Am, mengajar dan diajar adalah dua benda yang tak boleh dipisah, kita dituntut untuk mengajar ilmu yang kita ada tapi sebelum mengajar kita kena pastikan kita sendiri telah diajar ilmu berkenaan begitu juga sebaliknya.
Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan. |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Mengajar dan Diajar""