Bercerita tentang "Cherating"
Hujung minggu seperti yang diberitahu Am sekeluarga ke Cherating semperna "Company Family Day", seronok tu memang seronok tapi penatnya sampai hari ini masih terasa. Badan masih sakit-sakit kerana bermain polo air dua hari berturut-turut. Biasalah badan terlalu dimanja tiada senama sekali senaman habis sakit semuanya. Yang paling utamanya keseronok itu datang bila boss dan staff tidak mengira kedudukkan berbual, berjenaka, bercerita tanpa takut dan sekatan. Semua orang dengan jenaka mereka sendiri dan perwatakan sebenar mereka yang selama ini disorokkan dipejabat. Ok, berbalik pada Cherating, anak Am yang paling seronok, mandi kolam dan mandi laut, rasanya ini kali pertama dia mandi laut walaupun bukan kali pertama dia ke laut. Di tepi pantai nak buat bangunan tapi tak tahulah bangunan apa yang dia buat, bulat sahaja nampaknya. Asyik minum air sejuk sahaja, risau juga Am dan isteri, nasib baik dia tak batuk. Perjalanan pulang dari Cerating ke KL, ditemani dengan hujan yang lebat, kalau tak silap ada dua kemalangan yang berlaku, isteri Am siap berdoa supaya kami tak apa-apa sampai ke Kl, Alhamdulillah Am selamat sampai ke Kl dan kini berada didepan komputer untuk mengupdate blog.
Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Cherating""