Photo ini baru semalam Am rakamkan semasa balik kerja, awan yang begitu cantik dan romantik bagi Am, sudah lama tak melihat awan yang cantik. Photo baru setelah lama memaparkan photo yang lama
Senja... Original Upload from O2 Xda II miniCerita 1 - Kena Denda Semalam anak Am kena denda di tadika dia, dengan sedih cerita yang dia lambat salin kerja jadi kena denda, terus dia kata tak nak pergi sekolah lagi. Punyalah sedih dia. Am kata 'Teacher' denda dia pasal dia main-main kat sekolah tu, lain kali buat betul-betul dan jangan main-main. Kalau pergi sekolah boleh jadi pandai, nak pandai tak. Cepat sahaja dia jawab nak. Pagi tadi tanya 'Teacher" betul ke dia kena denda semalam, betul kata Teacher dia dan dia siap menangis kuat lagi, oooooo nangis rupanya, pandai anak Am ni bab bangis tak nak cerita ya hehehehe Cerita 2 - Bugger Anak Am semenjak dua menja ni minat sangat pula makan burger, bukan burger McD tapi yang orang jual di tepi jalan tu, boleh kata tiap-tiap malam nak burger. Semalam isteri Am suruh bawa dia tengok orang tu buat burger, balik rumah terus dia gunakan pemadam dia buat burger, lepas siap kasi pada Am, bila tanya berapa harga dia jawab 20 ringgit, kenapa mahal sangat? jawab dia burger ni special tau. Tak tahu tang mana yang specialnya. Cerita 3 - Sombong Ini cerita Lama, ada sekali tu, semasa bayar duit parking di kuanter bayaran, punyalah dia tegur budak yang jaga parking itu, budak tu jangan kata nak menjawab pandang pun tidak, bengang agaknya anak Am sampai dia kata "Sombong" kat budak tu. Terperanjat Am dan isteri, mana dia dapat perkataan tu, kami nasihatkan dia jangan cakap pada orang macam tu, nanti orang marah. Budak parking tu pun satu pasal, cubalah senyum sikit. Nota Kaki: Hari ini nak pergi tengok persembahan Siti Nurhaliza di Bukit Kiara sempena Minggu Setiausaha, besok cerita panjang ya
Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Anak""