Bercerita tentang "Kehilangan"
Photo senja ini Am baru rakamkan minggu lepas, macam agak kabur sikit, mungkin tangan Am bergerak semasa Am rakamkan photo ini. Besok Am akan paparkan satu lagi photo senja, yang ini Am rasa ok sikit kot. Hujung minggu, masa banyak dihabiskan dirumah sahaja, anak Am banyak kerja sekolah jadi terpaksa ajar dia buat kerja sekolah dia. Ok nak bercerita sikit pasal peristiwa yang terjadi pada hujung minggu. Malam Sabtu tiba-tiba Am dan isteri baru perasan yang kami dah kehilangan kunci pagar rumah, punya kami cari sampai lebih pukul 12.00 malam. Semua tempat Am dan isteri geledah, bawah katil, atas katil, dalam peti ais, bawah sofa dan boleh kata semua tempat kami cari. Akhirnya masih tak jumapa juga. Akhirnya tidur dengan perasaan tak puas hati. Nak tanya anak Am dia dah tidur pula. Isteri Am cerita dia sampai termimpi nak cari kunci tu, dalam mimpi dia jumpa kunci tu dalam bilik air hehehe. Pagi Ahad terus tanya anak Am, anak Am seperti biasa tak tahu, tak ingat. Am memang tak puas hati, pencarian bermula lagi tapi masih tak jumpa juga. Akhirnya dekat pukul 11.00 pagi semangat nak mencari pun hampir hilang, serah pada takdir sahaja. Semasa Am nak ke peti ais, apa yang Am nampak buat Am tersenyum dan lega. Kunci itu cantik sahaja tergantung di clip tempat letak nota di peti ais. Padahal semalam Am dah cari dalam peti ais boleh tak nampak pula, silapnya Am cari dalam peti ais tapi tak cari luar peti ais. Sebenarnya kadang kala dalam kehidupan ini kita mencari sesuatu benda ditempat-tempat yang pelik tapi sebenarnya benda yang kita cari itu ada dihadapan mata kita dan satu lagi cara yang paling baik untuk mencari sesuatu benda itu ialah tak payah cari kerana kadang kala benda yang kita cari itu akan datang pada kita sendiri.
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Kehilangan""