Bercerita tentang "Ibu"
Paparkan photo ini setelah sekian lama tersimpan dalam simpanan Am, cantik pula nampak pokok kelapa itu, sebatang sahaja disitu. Cuba cari photo yang bertema hari ibu untuk dipaparkan disini tapi tak jumpa yang menarik pula Hari ini cuti setengah hati, bateri kereta meragam lagi, ada alat yang Am ganti bulan lepas rosak menyebabkan bateri tak cas semula, jadi pergi kedai tu dan minta dia gantikan alat dan bateri itu dengan yang baru. Nasib baik tak kena apa-apa bayaran. Ada tanya dia selalu ke alat itu rosak, dia kata dalam 10 satu sahaja yang rosak. Bertuah betul Am jadi yang satu itu. Ok mari bercerita tentang Ibu pula, Am sebenarnya tak tahu nak bercerita pasal ibu ini, bukan tak ada apa nak cerita tapi tak tahu nak mula dari mana, terlalu banyak jasa Mak Am dan kalau nak tulis disini sampai besok pun tak habis, terlalu banyak yang Mak Am ajarkan pada Am dan boleh kata tanpa tunjuk ajarnya Am tak boleh jadi Am sekarang ini. Am masih ingat bila kakak Am pulang lambat, Mak Amlah yang pusing satu kampung mencari, bila adik Am bergaduh, Mak Amlah yang yang berdiri didepan meleraikan pergaduhan, bila Am deman dan muntah dimalam hari, Mak Amlah yang disebelah Am mengurut dada, membersihkan muntah Am, menyapu kain didahi Am dan menepuk Am kembali tidur. Terlalu banyak benda yang Mak Am lakukan berlegar di minda Am bila Hari Ibu ini menjelma, yang pastinya walaupun Mak Am tak membaca apa yang Am tulis ini, Am ingain ucapkan selamat Hari Ibu buat Mak dan kasih sayang Am pada Mak tetap tak berubah dari dulu, kini dan selamanya. Buat isteri pula, selamat Hari Ibu, terimakasih kerana sudi melahirkan zuriat buat Am, nanti kita cuba sedaya upaya untuk tambah zuriat ya hehehe dan satu lagi nanti kita sambut hari Ibu sama-sama ya hari Ahad ini. Selamat Hari Ibu buat Mak Am
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Ibu""