Photo ini baru sahaja Am rakamkan, nampak cantik juga bila matahari bagai bersembunyi di balik awan, memang nampak menarik dan unik. Ada tiga photo ini tapi Am rasalah ini yang paling menarik pada pandangan Am, atas terang bawah gelap
Sembunyi... Original Upload from O2 Xda II mini Pagi Nak makan nasi lemak, banyak kolestrol, nak makan mee ada pula dengar cerita pasal mee dengan asid, tengok bihun pula macam dawai aja, nak ambil telur semalam dah makan telur, nak beli roti canai punyalah banyak minyak, apa nak makan sarapan ni? Akhirnya beli nasi lemak+kerang+telur goreng (bertambahlah lagi kolestrol nampaknya) Tengahari Semalam dah makan nasi hari ini tak tahulah nak makan apa, lauk daging teringat pesan doktor kurangkan makan daging, nak makan ayam teringat pula artikel yang ayam sekarang ni banyak ayam segera, nak makan telur pagi tadi dah makan telur, nak makan ikan bakar teringat pula yang bakar2 ni mudah dapat kansel, nak makan kuah lemak takut tambah kolestrol lagi, nak makan ikan sardin teringat email yang baru sahaja terima, Pening kepala dibuatnya. Nampaknya tengahari ini makan komik sahajalah. Kadang kala bila terlalu banyak yang dibaca tentang kesihatan ini terlalu takut nak makan itu dan ini, terlalu banyak kira-kira yang dibuat hanya untuk sarapan dan makan tengahari. Malam malas nak fikir, biar isteri yang tetapkan menu, Am tukang habiskan sahaja. Nota Kaki: Pening-pening pun berat makin bertambah juga hehehehe
Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Pening""