Bercerita tentang "Watak"
Bunga perhiasan dirumah mak mertua Am, nampak cantik terus rakamkan. Nak buat macam mana awan kurang menarik sekarang ni. Kali pertama paparkan photo bunga disini, silap-silap Am boleh jadi mat bunga pulak nanti hehehe Kadang kala bila Am baca komik dan menonton TV, nak sangat Am watak yang jahat dan memualkan itu lenyap dengan segera tanpa Am sedari watak itulah yang menghidupkan keseluruhan cerita itu, cerita itu lebih menarik kerana adanya watak itu. Begitulah hidup kita seharian ini, kadang kala watak yang kita tidak suka itulah yang mengwarnai hidup kita, watak yang memberikan kita kepahitan hidup agar kita lebih menghargai kemanisan hidup itu. Watak-watak ini akan sentiasa berlegar disekeliling samada kita mau atau tidak dan watak ini akan lebih mematang kita dalam menghadapi hidup. Tapi janganlah kita terlalu terpengaruh dengan watak-watak ini sehingga kita sendiri terperangkap dengan dengan kehadiran watak-watak ini
Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Watak""