Bercerita tentang "Insyarat"
Photo ini isteri Am rakamkan juga waktu pagi semasa dalam perjalanan ke pejabat, memang cantik awan waktu ini, langit begitu cerah sekali. Ada banyak lagi photo yang isteri Am rakamkan, nanti Am akan paparkan disini satu persatu Entry hari ini agak panas sedikit bagai melepaskan perasaan yang terpendam. Semalam balik kerja Am nampak penunggang mosikal yang menunjjukkan insyarat f**k, yang bertambah sakit hati pemandu itu sedang bawa isterinya dan seterusnya pemandu dibelakang turut ikut menunjjukkan insyarat tersebut. Wah punyalah bangga mereka menunjjukkkan insyarat itu ya seperti benda itu satu benda baik dan digalakkan buat. Am berani jamin orang begini kalau diajak berborak tentu mereka ini begitu menyokong agar kita sentiasa bersopan santun, berbudi bahasa, jangan buat itu dan jangan buat ini tapi dalam masa yang sama mereka begitu bangga menunjjukkan insyarat tersebut. Kalau nak sangat balik rumah masuk bilik air tunjjuk insyarat itu pada diri sendiri berpuluh kali atau beratus kali, kemudian tanya pada sendiri elok ker atau tidak? Mungkin mereka marah pemandu kereta menghalang jalan mereka yang Am sendiri tak pasti ada nama mereka atau tidak, tapi mereka sendiri kena tanya berapa puluh kali mereka sendiri melanggar peraturan jalan raya secara sedar atau tidak, kalau setiap kali buat salah dan tanda insyarat itu yang dapat, agaknya berapa kali mereka dah terima, mungkin masa itu mereka baru nak marah orang yang menunjjukkan tanda insyarat itu pada mereka.
Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Insyarat""