Bercerita tentang "Kompang"
Photo ini isteri Am rakamkan juga semasa balik rumah hari sabtu lepas, Am kata awan cantik, terus dia ambil Hp Am dan rakamkan photo ini dan beberapa photo yang lain. Isteri Am pun dah perasan dia dah jadi pembantu mengabil photo untuk Am. Semalam ingat nak bercerita tentang MyTeam tapi banyak kerja pula selepas balik mesyuarat, nak bercerita hari ini rasanya dah terlewat kot Ok, hari Ahad lepas pergi kenduri kahwin saudara belah isteri Am, anak Am kalau rombongan kahwin sampai dia bukan tengok pengantin tapi dia lebih leka tengok pasukan kompang itu. Selagi tak habis bunyi kompang tu selagi itulah dia tak berganjak. Memang semua kenduri kahwin dia macam itu. Kebetulan cerita pasal kompang ni, Am hanya ada dua kali sahaja pengalaman bermain kompang di majlis perkahwinan, pertama semasa baru masuk persatuan kompang, baru dua minggu jadi ahli dan berlatih dah kena main. Am sendiri tak pasti kompang yang Am pukul tu berbunyi ker tak kerana dalam hati asyik mengira step yang diajar. Kali kedua pemain kompang ala-ala bidan terjun dimajlis perkahwinan sepupu Am dikampung, ini gara-gara banyak sangat kenduri kahwin dan pasukan kompang tak cukup ahli. Harapan Am agar budaya kompang ini akan terus dipertahankan dari generasi ke generasi, banyak yang kita telah hilang harap-harap yang ini kita jangan hilang juga.
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Kompang""