Bercerita tentang "Anak"
Satu lagi Photo yang dirakamkan oleh isteri Am, photo ini sudah agak lama tersimpan dalam simpanan Am, ada beberap keping lagi sebenarnya Sekarang ini dalam proses memaparkan semua photo yang ada dalam simpanan Am ke blog Am ini. Am : eja ABAH Anak Am ini kalau bab Abah dia, busuklah, buruklah kalau mama dia semuanya wangi dan cun, Am tahu kenapa. Dia tahu mama dia cepat merajuk tapi abah dia tak kisah, jadi kalau bab nak mengutuk ni dah tentulah abah dia yang kena hehehe Sudah dua hari Am rasa Tak Sihat, kepala rasa sakit semacam, hidung selsema, badan macam nak demam aja. Ini bukan deman AF tapi betul-betul kejadian. Tapi kerana banyak kerja yang perlu dibuat terpaksalah kerja juga. Hari Isnin ada mesyuarat, walaupun bukan orang penting dalam mesyuarat tu tapi banyak dokumen yang perlu disiapkan sebelum mesyuarat tu. Kepada kawan-kawan Blog semua, maaf ya, Am akan kurang sangat melawat dan bermesra, nanti bila Am free semula Am akan melawat dan meninggalkan jejak di blog kawan-kawan ya
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Anak""