Bercerita tentang "Bola dan Mimpi"
Satu lagi photo yang Am rakamkan pada hari jumaat lepas, cuma kali ini lokasinya sahaja yang berbeza, photo ini Am rakamkan di tepi jalan di Taman Connought Sekarang macam dah mula nak berjerubu semula, awan pun dah kembali kelabu, nampaknya susahlah nak rakamkan photo-photo awan yang menarik hujung minggu ini nanti Beberapa hari lepas Am berMimpi jadi tukang cuci dan tukang sediakan air di satu pejabat yang besar. Yang bestnya walaupun kerja sebagai tukang cuci tapi gaji Am cukup besar hehehe. Bila terjaga Am tersenyum sahaja kerana bagi Am mimpi itu mengingatkan Am kembali ke asal Am mula berkerja. Mungkin pada siapa yang telah lama membaca blog Am ini tahu Am bermula dari sangat bawah sebelum Am berada dijawatan Am sekarang. Setelah Jerman, Portugal pula gagal untuk menjejak kaki ke perlawanan akhir Piala Dunia. Sedih juga Am tapi Am masih berasa bangga kerana Portugal berjaya ke kelompak 4 pasukan terbaik dunia. Kalaulah Malaysia mau aja Am botakkan kepala kot hehehe. Sebenarnya dalam perlawanan pagi tadi, Am sudah rasa yang Portugal akan kalah kerana pertahanan mereka nampak sangat kendur dan memberi banyak sangat ruang untuk Perancis melakukan percubaan bahaya. Hantaran-hantaran yang kurang kemas juga sering berlaku, Am rasa pemain Portugal bermain terlalu berhati-hati dan cara permainan mereka semasa bertemu England jauh lebih baik. Besok kalau ada masa, Am akan buat satu entry tentang ramalan Am tentang juara Piala Dunia kali ini
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Bola dan Mimpi""