Selamat Hari Jadi Anakku
Satu lagi photo yang Am rakamkan pada hari jumaat lepas, terpegun Am lihat langit pada waktu itu, cukup cantik Dulu ada satu waktu yang awan senja begitu cantik tapi sayang Am belum ada kemera canon Am ini, Am sedang menunggu awan itu muncul kembali Sebelum mula bercerita, Am memohon maaf kepada semua rakan-rakan blog Am kerana lambat menjawab salam atau komen diblog Am ini. Maaf kerana sekarang Am agak sibuk sikit kerana ada pertukaran pengurusan dipejabat Am ini, kami terpaksa lebih berdikari jadi kerja dan tanggungjawab makin bertambah. Harap-harap hujung tahun gaji pun bertambah juga hehehe. Sekali lagi Am memohon maaf. Hari ini Am cuti 1/2 hari pergi tadika anak Am untuk menyambut harijadinya. Hari ini hari jadinya yang ke6. Diam tak diam dah 6 tahun anak Am ini, tahun depan dah masuk darjah satu. Cepat benar rasanya masa berlalu. Malam tadi dalam pukul 11.00 lebih kejutkan dia untuk raikan harijadi dia, mula-mula malas aja dia bangun tapi bila ada kek dan hadiah mulalah senyum malu dia datang. Makin besar ini, anak Am makin pandai pula mencari alasan. Kalau dulu alasannya "Kejab", sekarang dah pandai cipta ayat pulak. Kadang kala untuk Am dan isteri tersenyum sahaja dengar alasan dia. Bagi dia tak kiralah alasan dia logik ker atau tidak janji dia nak beri alasan juga. Teringat Am satu benda, anak Am ni memang memang minat no. 4 agaknya, hari jadinya pada 4hb Julai, berat semasa lahir 4.44, bil hospital dia lebih kurang 4k, harap2 janganlah periksa dalam no. 4 sudahlah hehehe 1234 - Aris Ariwatan Satu... kasih yg abadi Tiga... lapar dan dahaga Sayang dengar lagu ini Sumber : Liriklagu.com * Am selalu berangan nak berduet menyanyi lagu ini dengan anak Am, ini salah satu lagu yang Am minat.
|
JEJAK TEMAN DI "Selamat Hari Jadi Anakku"