eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Saturday, September 27, 2008

Selamat Hari Raya AidilFitri

Dapatkan Satu Di Sini - e-comment2u


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung Blog Klinik Minda - Merenung Jejak Kehidupan ini.

Am mengambil kesempatan pada entry kali ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua teman-teman yang sudi mengunjungi blog Am ini.

Am memohon maaf zahir dan batin jika ada tersalah bahasa, tersalah perkataan hingga menguris hati sesiapa biarpun secara Am sedar atau tidak.

Am juga ingin memohon maaf jika ada entry Am sebelum ini menyakitkan hati sesiapa yang membaca blog Am ini, semua itu tak disengajakan walaupun kadang kala tu ada juga yang disengajakan tapi entah dia baca ker tidak. Jangan takut kalau ada sesiapa yang buat salah dengan Am, Am dah maafkan pun hehehehe.

Kebetulan minta maaf ni, Am juga nak minta maaf jika ada kesalahan di entry-entry akan datang juga sekali

Sekali lagi Am dengan hati yang ikhlas memohon maaf dan Selamat Hari Raya.


Jangan Lupa :
- Berhati-hati di jalan raya
- Kunci rumah sebelum meninggalkan rumah
- Jangan makan sampai melampau
dan paling penting jangan lupa pada blog Am ini hehehe

Labels:

Thursday, September 25, 2008

Bercerita tentang Dialog & Jalan

Dialog 1
Anak : Abah ni kalau naik motor, lepas jatuh, luka dan nak minta orang kesian... Baik tak payah nak beli motor tu.
Abah : Bila masa pula Abah nak minta orang kesian......
(Semua ni gara-gara Abahnya tak sampai sebulan 2 kali jatuh motor)

Dialog 2
Abah : Kejab, Abah nak pergi hisap rokok...
Anak : Kan basah kat luar tu abah...
Abah : Nak tunggu kering, besok pun tak..
Anak : Tunggulah lusa..
Abah : Lusa pun tak kering juga..
Anak : Boleh ler Abah, kereta yang kena hujan tu pun boleh kering...


Banyak lagi dialog Abang ini sebenarnya. Ada sahaja jawapan dan idea Abang ni, sampai kadang kala tu nak pening Am nak menjawab. Nak kata salah betul pula apa yang dia cakap tu, nak kata betul macam salah pulak. Akhirnya Am terdiam dan abang pula senyum pasal dia rasa dia menang.

Adik sekarang dah mula nak berjalan, agaknya dia jeles semua kawan/sepupu seangkatannya dah berjalan. Orang kata kalau tumbuh gigi banyak lambat jalan. Ada kebenarannya juga. Memang banyak giginya dah tumbuh dan memang dah ramai yang kena gigit denga adik.

Nota Kaki:
Tahun ini bayar zakat 4 orang, tahun depan mungkin 5 kot hehehe.....

Labels: ,

Tuesday, September 23, 2008

Bercerita tentang LAILATUR QADAR

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Labels: ,

Saturday, September 13, 2008

Bercerita tentang PUASA

Masuk bulan Ramadhan, macam berpuasa pulak blog Am ini. Blog pun boleh puasa jugak ker? Apa yang Am dah mula mengarut ni

2. Am kalau pergi bazaar sekarang cukup takut kalau beli laut, mahal yang amat ler pulak. Tambah-tambah yang tak letak harga tu. Kalau dulu boleh beli RM2/- sekarang paling kurang RM3/- Harga makin naik tapi lauk yang dapat pula makin sikit

3. Nak marah salah tak marah pun salah. Nak marah memang tahu barang semua naik, yang marahnya barang naik tapi harga lauk melampau-lampau naik.

4. Apa-apa pun marah ker tak, kena beli juga kerana tak sempat nak masak....

Nota Kaki :
Bulan puasa lagi susah nak berjimat hehehehe

Labels:

Monday, September 08, 2008

Bercerita tentang ANAK


Photo ini baru isteri Am rakamkan pagi tadi. Cantik juga Awan semasa matahari baru nak menampilkan diri ni. Rasanya guna kamera baru ini hasil photo yang dirakamkan lebih cantik lagi

Sudah lama benar Am tak memaparkan apa-apa photo awan disini rasanya.

Awan Pagi....
Original from Panasonic Lumix DMS-FS



Tahun ini abang berpuasa penuh dari pagi sampai waktu berbuka. Cuma bocor sehari waktu semput dia datang. Semangat dia agak tinggi untuk berpuasa. Semangat dia lagi tinggi untuk minta imbuhan semasa hari raya nanti.

Adik pula paling senang bangun sahur, tak kejut pun boleh bangun.

Nota Kaki :
Tak tahu macam mana pula adik mula berpuasa nanti....

Labels: