Bercerita tentang ANAK
Photo ini baru isteri Am rakamkan pagi tadi. Cantik juga Awan semasa matahari baru nak menampilkan diri ni. Rasanya guna kamera baru ini hasil photo yang dirakamkan lebih cantik lagi Sudah lama benar Am tak memaparkan apa-apa photo awan disini rasanya. Awan Pagi.... Original from Panasonic Lumix DMS-FS Tahun ini abang berpuasa penuh dari pagi sampai waktu berbuka. Cuma bocor sehari waktu semput dia datang. Semangat dia agak tinggi untuk berpuasa. Semangat dia lagi tinggi untuk minta imbuhan semasa hari raya nanti. Adik pula paling senang bangun sahur, tak kejut pun boleh bangun. Nota Kaki : Tak tahu macam mana pula adik mula berpuasa nanti.... Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang ANAK"
salam...macam mana puasa..wah seronok la budak2..teringat masa kecik2..di latih puasa, mula2 puasa separuh hari..lama2 dapatla puasa penuh
Samalah kita, Am pun di latih macam tu juga hehehe, dulu kita dilatih sekarang kita pula melatih anak2 kita
Salam ramadhan Am.
Kita punya anak sepesen je nampak gayanya.
Yang si abang seronok nak puasa, yang si adik pulak sibuk nak kejutkan orang bersahur.
Dah beli baju raya anak2 Am?
sepanjang puasa sy cuma bersahur 3 kali am...haihhhh
teringat masa kecik2..puasa tp minum air paip dlm bilik airr...wahahaha
well done abg...yg lat sehari tu sbb semput..xpe..sakit kan..:)