Bercerita tentang RM3.00
Am sendiri dah lupa bila photo ini dirakamkan (ayat biasa Am sekarang ini)tapi yang pasti photo ini dirakamkan dianjung rumah Am. Masih ingin mengekalkan indentiti blog ini dengan "Awan Birunya". Nampak awan biru ingat blog Am ni hehehehe Awan Biru.... Original from Panasonic Lumix DMS-FS Kalau pembaca lama diblog Am ini tentu masih ingat "Entry" Am pasal makcik RM3.00 Tapi sekarang Am dah pindah pejabat tak tahulah makcik RM3.00 tu dah jadi RM3.50 atau RM4.00, mungkin juga dah jadi makcik RM4.00 Tapi Am nak bercerita kali ini pasal kedai makan di PERTAMA Complex yang menjual makanan dengan harga RM3.00 Makan apa sahaja akan kena cuma RM3.00 dan Am dah menjadi pelanggan tetap disitu hehehe. Sekarang Am rasa kadang kala makan sarapan lagi mahal dari makan tengahari. Mungkin bahan mentah untuk sarapan lebih mahal atau susah nak sedia daripada makanan tengahari. Teringat zaman Am bujang dahulu, semasa gaji tengah seciput sahaja. Tiap hari makan nasi lemak bungkus, bukan nasi lemak itu sedap tapi itu sahaja yang kena dengan budget. Tengahari pula makan nasi ayam, sekali lagi bukan nasi ayam itu sedap tapi budget kena jaga. Sampai kadang kala kembang tekak tengok nasi ayam tu. Sekarang bukan senang tapi tak sesengkek dahulu, Am boleh beli apa Am hendak untuk sarapan dan makan tengahari. Mungkin rezeki isteri dan anak-anak, Am tumpang sekali.... Nota Kaki: Kesusahan mengajar banyak erti kehidupan CUMA harap tak lupa kesusahan hanya kerana sedikit kesenagan. Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang RM3.00"