Bercerita tentang "Bersyukur"
Photo ini Am saja ambil mengingatkan diri Am bahawa walaupun kita tak berjaya mencapai sasaran kita 100%, namun harus bersyukur jika berjaya mencapai hampir dengan sasaran kita. Mana ada hidup yang sangat sempurna, betul tak? Sasaran Original Upload from Samsung SGH-D500 Teringat Am pada satu cerita dari seorang pakcik yang Am pernah dengar, agak lama juga cerita ini dan maafkan Am kerana sudah lupa watak dalam cerita ini. Cerita ini lebih kurang begini : Ada seorang alim berehat disebelah kaabah dan dia melihat seorang sedang bersembahyang dan kemudian berdoa. Doanya lebih kurang berbunyi begini "Ya Allah, masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit itu...." Orang alim itu pelik, siapa golongan yang sedikit itu, lalu bertanya kepada orang itu. Jawabnya golongan yang sedikit itu golongan orang yang bersyukur Adakah kita bersyukur dengan apa yang telah kita perolehi sekarang? Melihat perjalan hidup Am dari dulu sampai sekarang, Am memulakan saat berkerja Am dengan gaji RM280 sahaja, pergi kerja naik bas, melihat orang lain ada motorsikal Am berharap Am juga memiliki motosikal. Harapan Am dimakbulkan tuhan dan Am pun memiliki motosikal dan gaji pun semakin bertambah. Kemudian Am lihat orang berkereta dan berkeluarga, Am teringin juga untuk memiliki semua itu. Sekali lagi keinginan Am dimakbulkan tuhan, sekarang Am memiliki keluarga, kereta dan rumah sendiri. Am memang bersyukur dengan apa yang telah tuhan kurniakan pada Am sekarang dan belajar untuk bersyukur. Seperti yang Am pernah katakan dalam satu blog sahabat dahulu 'Ini adalah benda yang paling baik yang tuhan boleh berikan pada Am pada waktu ini dan hanya tuhan sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita'. Namun begitu ramai yang salah sangka antara bersyukur dan berusaha. Itu adalah dua benda yang berbeza. Kita wajiblah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang namun begitu dalam masa yang sama kita masih kena berusaha untuk memajukan diri kita juga. Bukan hanya berdiam diri dan kata bersyukur ini sahaja yang tuhan boleh kasi pada kita tanpa berusaha untuk maju lagi. Nota Kaki: Terlalu banyak yang kita terima tapi terlalu sikit kita bersyukur. |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Bersyukur""