Bercerita tentang "Sikap"
Indahnya dan biru bersih langit pada waktu Am rakamkan photo ini, kami sempat berhenti sekejab ditepi jalan untuk ambil photo ini. Isteri Am pun tahu Am suka mengambil photo awan, jadi bila ada yang menarik dia sempat beritahu Am dan tanya tak nak ambil ker. Birunya Original Upload from Samsung SGH-D500 Semalam ada seorang rakan blog Am berjaya mengubah layout blognya walaupun pada asalnya dia tak tahu tentang penggunaan code ini. Am rasa seronok dengar. Bagi Am inilah sifat atau sikap yang sepatutnya disemai dalam diri dan pemikiran kita semua. Ini tidak, belum mula lagi sudah kata susah, tak tahu nak buat, takut salah. Bagi Am jika kita tak mencuba atau buat sesuatu perkara itu mana kita tahu ia susah, tak boleh buat atau takut salah. Satu lagi jawapan yang diberi ialah 'saya sedar kemampuan diri saya'. Begitu merendah diri tetapi tak kena tempat, kita sendiri tak tahu ditahap mana kemampuan diri kita kalau kita sendiri tak uji dan lihat kemampuan diri kita. Am sendiri semasa mula melangkah ke dunia IT ini tanpa apa-apa pengetahuan dalam bidang IT tapi yang penting kita kena ada kemahuan akhirnya semua akan jadi senang. Memang pada permulaan kita berjaya buat tapi secanggih orang lain tapi yang pentingnya kita sudah bermula. Sifat ini bukan sahaja pada IT atau blog tapi pada semua perkara yang kita lakukan. Nota Kaki: Banyak permulaan dalam hidup kita, garis akhirnya hanya satu.....bila kita tiada lagi "Selamat Berhujung Minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan" Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Sikap""