Bercerita tentang "Penderaan"
Biasalah photo ini Am rakamkan sewaktu balik kerja, inilah kerja Am kalau jalan jem teruk. Makin kurang pula photo langit disini, sekarang pula musim hujan, susah sikit nak ambil photo langit yang menarik Menarik Original Upload from O2 Xda II mini Semalam dengar cerita tentang penderaan, bahang juga hati Am dengar mengenai penderaan ini. Yang kena pula budak kecil lagilah panas membara. Dalam bulan yang penuh dengan kemaafan pun ada juga perasaan nak mendera. Kalau sikit tak apa ini sampai patah tulang, dari tuhan beri dengan sempurna tubuh badan dah patah sana patah sini dan ada kemungkinan akan tempang. Bagi Am anak itu adalah satu amanah dari tuhan untuk menguji kesabaran kita. Mereka ini patut disayangi bukan untuk didera atau bukan tempat untuk menunjukkan kejantanan kita. Kalau handal sangat pergilah dera pelumba-pelumba haram atau tak pun pergi benteras kongsi-kongsi gelap yang banyak bertaburan sekarang. Kadang kala Am tertanya-tanya apa perasaan orang yang mendera kanak-kanak ini, mereka rasa banggakah? atau seronok? atau itu kejayaan dalam diri mereka? ataupun saja suka-suka. Yang pastinya jawapan standard tak sengaja dan saya menyesal. Bagi Am mereka ini orang yang tak bersyukur, tuhan beri mereka anak pada masa ramai orang lain lagi yang sangat berharap dapat anak. Mereka membalas pemberian tuhan itu dengan penderaan. Kalau tak nak berilah sahaja pada orang lain, Am pun hendak juga. Macam kata anak Am 'Abah, Mama, bila kita nak beli baby?' Memang Am tak nafikan kita boleh pukul anak kita, Am sendiri pun pukul anak Am tapi pukul itu biarlah dengan niat untuk mengajar dan bukan dengan nafsu marah kita. Pada pembaca blog Am ini, jadikanlah cerita ini sebagai iktibar dan jika kita hendak memukul anak kita pun "Biarlah pukulan itu untuk mengajar bukan untuk mendera". Satu lagi pastikan marah kita dah reda baru pukul dia kerana kita sendiri tak perasan perbuatan kita semasa marah. Nota Kaki: Hari ini hari pertama anak Am tinggal dirumah jiran Am, selalu dirumah wan dia. Nak beri dia ubah angin sewaktu cuti sekolah ini. Selepas cuti sekolah nanti balik rumah wan semula. Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Penderaan""