Bercerita tentang "Rasuah 2"
Photo ini Am rakamkan sewaktu menunggu isteri Am, kebetulan hujan pula. Terus Am rakamkan Photo ini. Inilah photo pertama Am rakamkan melalui Handphone O2 Xda II mini Am. Yang pastinya ia bukan yang terakhir kerana tangan Am dah kembali gatal untuk mengambil photo. Hujan Original Upload from O2 Xda II mini Semalam bercerita tentang rasuah, hari ini Am masih berminat bercerita tentang rasuah tapi kali ini Am nak bercerita atau lebih lebih tepat memberi pendapat Am kenapa gejala rasuah makin berleluasa dan semakin susah hendak dibenteras. Bagi Am ada banyak sebab dan jika hendak disenaraikan rasanya satu muka surat pun tak cukup tapi biarlah Am beri sebab utama pada pandangan Am. Secara peribadi bagi Am ada 3 sebab utama. 1. Terlalu banyak ruang untuk mereka terima rasuah Bagi Am bila kita diberi terlalu banyak ruang untuk melakukan kesalahan kita sendiri akan melakukan kesalahan tanpa rasa takut, kerana kita tahu kita akan terlepas. Ini bukan sahaja pada polis tetapi pada semua bidang sekalipun. Accountant juga akan mengelapkan duit syarikat jika dia diberi banyak ruang untuk berbuat demikian. Am bukan cakap kosong, benda ini pernah terjadi dan Am pernah saksikannya. 2. Undang-undang yang kurang tegas Sebab ini memang semua orang dah tahu. Terlalu banyak undang-undang tapi tak tegas "nak takut apa dia kata sahaja nak buat tapi tak buat pun, bila dia mula tegas kita stop sekejab, lepas tu sambung balik" Inilah perkataan yang selalu kita dengar, nak marah pun tak boleh kerana kebenarannya ada dimana-mana. 3. Rasuah itu sudah menjadi perkara kebiasaan bukan lagi kesalahan. Am pernah dengar bila seseorang berkata yang duit rasuah pun akan dimasukkan dalam budget syarikat mereka tapi biasalah bukan atas nama rasuah, malah mereka tak malu-malu menyatakan mereka memberi rasuah. Ini baru tahun 2005, cuba bayangkan jika 5 tahun atau 10 tahun lagi ataupun pada tahun Wawasan 2020 apa kan terjadi. Mungkin ada yang perasan kenapa Am tak senaraikan kesempitan hidup adalah sebab utama rasuah, bagi Am hampir semua orang yang menerima dan memberi rasuah adalah orang yang mampu cuma mereka tak mampu menahan nafsu mereka sahaja. Bagi Am sebanyak mana undang tak guna, buat apa kita nak menakutkan mereka dengan hukuman yang berjela-jela tapi tak tegas dalam perlaksanaan. Akhir kata Am minta maaf jika ada yang tak bersetuju dengan pendapat Am kerana Ini hanya pendapat Am sahaja, seorang insan kedil jika dibandingkan dengan pengubal, pelaksana dan pemikir lain yang memiliki beberapa gulung ijazah. Nota Kaki: Anak Am mula batuk balik, sepupu dia pula dah deman, ini gara-gara minum air sejuk tak putus-putus di Hari Raya lah ni. Labels: Isu Semasa, Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Rasuah 2""